Mohd Nasir Isa's Blog

Just another WordPress.com weblog

Siapa tolak Shamsul masuk tasek?

leave a comment »

Shamsul Akin telah mengikuti rombongan PKR yang diketuai Anwar Ibrahim ke India. Mereka telah menziarahi istana seorang Maharaja dan bertemunya. Apa lagi kalau bukan mintak duit.

Di tepi istana ada satu tasik yang indah tapi dalamnya ada beberapa ekor buaya. Maharaja membawa Anwar dan rombongan melihat keindahan tasek itu. Tasek itu agak tinggi kelilingnya untuk mengelakkan buaya dari merangkak masuk istana.

Baginda Maharaja memberitahu, “Buaya itu memberi keselamatan kepada beta. Setelah berasa begitu aman, saya ada hajat. Sesiapa saja yang berani berenang melintasi tasek ini dengan selamat, beta akan berikan apa saja yang dia kehendaki.”

Tak lama lepas Baginda Maharaja habiskan katanya, tiba-tiba terdengar seorang melompat masuk kolam itu dan berenang bersungguh hingga ke seberang sana.

Anwar terkejut dan bertanya pada ahli rombongan siapa itu. Mereka memberitahu Shamsul Akin yang lompat.

Terus dia beritahu Maharaja dengan banngganya, “Your Majesty, my youth leader is the person that swam across.”

“Berani …”, Maharaja puji.

Shamsul Akin pun selamat berenang. Lalu Maharaja berpesan suruh dia berehat dan datang mengadapnya besuk hari.

Esok Shamsul datang mengadap di balai penghadapan. Maharaja sedang duduk di atas takhta dengan Maharani, diiringi putera dan puterinya serta hulubalang.

Sebaik masuk saja Shamsul, Maharaja bertanya, “Apa yang anda mahu? Kahwin puteri saya?”

Shamsul tertelan air liur bila disebut kahwin puteri Maharaja yang ada dalam balai mengadap. Lawanya orangnya macam bintang filem Katarina Kaif. Cuma terlalu tinggi untuknya.

“Tidak Maharaja,” Shamsul beritahu.

“Awak mahu wang emas dan harta karun? Cakaplah apa awak mahu saya akan beri?” Maharaja tanya lagi.

“Tidak juga, Maharaja”

“Cakap apa pula kamu mahu? Tanah? Saham?” desak Maharaja.

“Saya mahu tahu satu saja, Maharaja,” kata Shamsul.

“Apa dia?”

Shamsul beritahu, “Saya mahu tahu siapa cilako lahanat yang tolak saya dalam kolam itu. Terkencing kencing saya dalam seluar sambil berenang menyeberang kolam itu!”

Wow! Ingatkan berani.

Written by mohdnasirisa

27/05/2010 at 9:45 am

Posted in Politic

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: