Mohd Nasir Isa's Blog

Just another WordPress.com weblog

Rachel Aliene Corrie

leave a comment »

Nama sebenar Rachel Corrie adalah Rachel Aliene Corrie. Rakyat biasa daripada golongan pertengahan Amerika. Lahir pada 10 april 1979 dan beliau mati pada usia 23 tahun.

Rachel Corrie menganggotai kumpulan International Solidarity Movement (ISM) sebagai platform NGO masyarakat antarabangsa membantah kekejaman regim zionis terhadap nasib masa depan rakyat Palestin.

Rachel Corrie menganggotai ISM manakalan Anwar Ibrahim menganggotai ICG, sebuah pertubuhan yang jelas menyokong segala dasar kekejaman regim zionis. Rachel Corrie mula bergiat aktif sebagai aktivif Palestin apabila dia menginisiatifkan satu gerakan kerjasama diantara olympia (tempat tinggal corie) dengan bandar Rafah.

Disinilah gerakan Corrie menentang kekejaman regim zionis bermula. Apakah punca kebangkitan penduduk asal Amerika bernama Rachel Corrie melakukan penentangan luar biasa terhadap regim Israel ? puncanya kerana perobohan penempatan penduduk Palestin di Rafah, pembinaan penempatan haram penduduk haram Israel di bumi Palestin dan sekatan ekonomi terhadap hak penduduk Palestin.

Tanggal 16 mac 2003 merupakan klimaks terakhir perjuangan Rachel Corrie. Dia berada di Rafah mengadakan demonstrasi, membantah gerakan zionis iaitu Israel Defence Force (IDF) yang menjalankan operasi perobohan rumah-rumah penduduk palestin.

Walaupun Rachel Corrie mengikuti amalan biasa dalam proses mengadakan demosntrasi seperti memakai baju jaket floresen, menggunakan pembesar suara namun ia tidak menghalang daripada gerombolan IDF menghancurkan rumah penduduk Palestin.

Rachel Corrie adalah pejuang kemanusiaan sejagat, apabila berani menggunakan tubuhnya sebagai perisai manusia menghalang buldozer kepunyaan zionis menghancurkan rumah penduduk Palestin. Rachel Corrie melutut di depan buldozer IDF, namun zionis mana mungkin tidak berperangai binatang. Tubuh Rachel Corrie dilanggar oleh buldozer IDF, tamatlah satu lagi pejuang Palestin yang datangnya daripada negara Amerika.

Hari ini nama Rachel Corrie timbul lagi, setelah 7 tahun ia menyepi. tetapi Rachel Corrie yang muncul hari ini bukanlah kebangkitan jasad sebenar Rachel Corrie, sebaliknya ia digunakan sebagai nama kepada kapal pengaman bantuan terhadap penduduk Gaza. Nama Rachel Corrie diabadikan sebagai kapal pengaman bantuan Palestin.

Written by mohdnasirisa

07/06/2010 at 12:13 pm

Posted in Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: