Mohd Nasir Isa's Blog

Just another WordPress.com weblog

Saman Ekor – Roadtax Jadi Mangsa

leave a comment »

Apa nak jadi dengan Kerajaan BN sekarang?

Semalam aku nak memperbaharui roadtax, tak dapat kerana sistem JPJ kata aku masih tertunggak bayaran kompaun saman trafik Polis. Betul-betul menyusahkan sekarang walaupun slogan yang dilaungkan ada menyebut “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” – kepala hotak kau !!!

Aku ada 2 saman tertunggak, paling kurang RM500.00 melayang sebelum dapat memperbaharui roadtax baru. Apakah kerajaan mengizinkan kita semua berada diatas jalanraya tanpa roadtax? Bagi mereka yang kurang duit, pilihan seterusnya adalah TIDAK membayar roadtax tersebut dan insuran bodi. Padan muka kerajaan, kalau kena saman di Polis lagi, perkara tersebut berulang lagi. TIDAK bayar lagilah nampaknya.

Tidak ada jalan penyelesaian kah kepada masalah ini wahai JPJ? Tidak ada hati perut kah JPJ, asyik nak menyekik darah rakyat? Sudah habiskah jalan Polis/JPJ untuk mengutip hasil duit haram dari rakyat ini? Ingat !!! duit yang dikutip dari hasil saman ekor ini adalah duit sumpahan rakyat. Duit inilah juga pihak JPJ/Polis suapkan menjadi rezeki kepada isteri dan anak-anak kamu. Bagaimana rasanya makan duit sumpahan rakyat. Kenapa tak makan dari hasil yang halal?

Harap pihak JPJ/Polis dapat merenung kembali, adakah kamu akan hidup selama-lamanya? tidak matikah anda? Tidak takutkah kepada balasan Allah nanti?

Written by mohdnasirisa

23/06/2010 at 6:27 am

Posted in Politic

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: