Mohd Nasir Isa's Blog

Just another WordPress.com weblog

Pengurusan Yang Bisu Dan Kelu

with 4 comments

Email yang dihantar pada 29 June 2010 masih lagi belum berjawab. Apa? anda bisu ke? Terlalu banyak email yang hendak dijawab ke? atau sengaja menutup mata, memekakkan telinga dan malas nak menjawab email aku tu?

Kamu dibayar gaji untuk tido ke? sekurang-kurangnya jawablah email aku tu, kalau boleh kata boleh, kalau tak boleh, apa salahnya kalau kata tak boleh! apabila kita menghantar email tu, kita mengharapkan jawapan dari kamu. Cuba bayangkan kamu berada ditempat aku, tertunggu-tunggu jugak bukan jawapan dari pengurusan yang “bertanggungjawab” kononnya.

Aku reda kalau jawapan mu itu negatif, kerana aku tahu rezeki aku datangnya dari Allah, bukannya kamu! jadi sekurang-kurangnya berikanlah jawapan yang kamu rasa cukup mahal untuk ditulis itu.

Aku tahu bahawa sudah sampai masanya rezeki aku tidak lagi datang dari Petronas, aku reda kehendak Allah itu. Mungkin rezeki aku dan keluargaku dari punca lain pulak. Itu janjimu ya Allah. Aku tak akan menangisi pemergianku dari Petronas, malah aku berbangga menjadi salah seorang pioneer kepada kebangkitan syarikat yang daripada tiada kepada ada.

Dengan pengurusan yang bisu dan kelu ini kita sudah dapat melihat pencapaian pendapatan syarikat yang dikeluarkan baru-baru ini, dan adakah pencapaian sebegini akan berterusan ditahun-tahun yang akan datang? sama-samalah kita tunggu, hanya masa yang dapat menentukannya.

Written by mohdnasirisa

06/07/2010 at 4:25 pm

Posted in Petronas

4 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Takkan gitu sekali bang. Kurang pro tu. Dari luar macam best je keje petronas. Rumah beso, kete kelas, beli barang main ambik je tak tengok harge. Keje pun saye ingat mesti first class juge.

    Tevez

    07/07/2010 at 1:20 pm

    • Mungkin anda belum tahu lagi bagaimana rasanya bekerja di Petronas, pressure/stress bagai nak gila, masing-masing takut kena macam saya kena sekarang. Bila dah kena macam nak sewel.

      Cuba bayangkan, kenaikan gaji saya. Perbandingan macam ni lah. Saya naik RM50, kawan-kawan lain naik RM4000 setahun. Macamana anda rasa? Padahal kita sama-sama buat kerja yang sama, tapi oleh kerana boss tak suka kita, kita sengsara. Memang betul rezeki itu dari Allah, tapi dek kerana perbuatan manusia yang tak berhati perut, kita nak jadi sewel.

      Kerja macam kuli batak, takde orang bawah, macam saya manager tapi takde orang bawah. Semua kewrja kita buat sendiri, kita lah kuli, kitalah manager, apa kata anda?

      Kalau nak cuba kerja dengan Petronas, applylah tapi ingat, setiap tahun Petronas akan buang pekerjanya seramai 10%, macam saya kena sekarang…

      mohdnasirisa

      07/07/2010 at 4:26 pm

      • Kalau saya lagi teruk. Bukanya naik tapi turun dalam RM2000.00 punya le jahat ! So bulan Jun gaji banyaklah kurang dek kena tolak lagi gaji bulan April.

        Batillo

        14/07/2010 at 8:40 pm

  2. me too!

    M3 candidate

    20/08/2010 at 12:21 am


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: