Mohd Nasir Isa's Blog

Just another WordPress.com weblog

Lega

with 6 comments

Hari ini 7 Julai 2010, aku menerima berita baik untuk aku sekeluarga. Walaupun gaji yang aku minta tu agak menyakinkanku pada mulanya, tapi oleh kerana polisi syarikat itu menghadkan kepada satu tangga gaji sahaja, maka aku akur dengan kehendak syarikat baruku. Mungkin ini adalah sebagai hadiah harijadi anakku Farihah !!!

Memang ada hikmah disebalik kesusahanku selama ini. Memang, rezekiku sudah beralih arah kepada yang lain dari Petronas, tapi aku merasa syukur kepada Allah kerana kebolehan yang ada padaku masih lagi dihargai oleh syarikat lain yang ingin mengambilku bekerja dengannya.

Selamat tinggal kepada kerja-kerja mengarut di Petronas. Tetapi, aku dapat menimba banyak ilmu dari kerja-kerja yang lepas, semoga ianya dapat memberikan aku satu kekuatan baru untuk menjalankan kerja-kerja kejuruteraan tinggi nanti ditempat baruku.

15 Julai 2010 hari terakhirku di INSTEP yang cuma kurang 15 hari untuk mencukupkan masa selama 10 tahun disana. Aku melapor diri ke INSTEP pada 1 Ogos 2000 dan aku akhiri masaku disana pada 15 Julai 2010, ok lah tu.

Yang penting, aku melapor diri lagi bertugas di tempat baru pada 19 Julai 2010 ini sebagai Project Manager/Structural Engineer – 2 in 1 position, siapa sangka kehendak Allah terjadi juga akhirnya. Bayangkan segala kemudahan yang diberikan kepadaku semasa di Petronas, aku akan dapatinya juga ditempat baruku itu. Cuma jarak perjalanannya sahaja yang berbeza, kalau ke INSTEP aku cuma mengambil masa 1 jam 45 minit, tapi untuk ketempat baru aku terpaksa mengambil masa 4 jam setengah. Apa nak buat…yang penting hidup mesti diteruskan juga.

Written by mohdnasirisa

07/07/2010 at 7:58 pm

Posted in Petronas

6 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Congrats bang. Orang ade skill gitu lah. Laku macam kopok lekor. Semoga bahagia ditempat baru. Teruskan blogging. Saye suke artikel kat blog ni (with exception tu boleh boss & kickdefella link tu. Jngn caye sangat dgn kickdefella, nanti kite pun die kick jugak). Ade stail tersendiri.

    Tevez

    07/07/2010 at 10:09 pm

  2. Terima kasih Sdr Tevez (takde nama melayu ke?) Blog saya ni, bagi saya tempat mencurahkan rasa hati saya kerana saya ni suka bersendirian. Kadang-kadang ada idea, kadang-kadang takde langsung idea untuk ditaip.

    Berkenaan dengan politik ni, saya suka lihat dari banyak segi kerana kita semua tahu politik itu kotor, dia orang sama saja, mereka semua cuma nak kuasa supaya boleh memanupulasi kita semua. Kata mereka saja betul, orang lain semua salah.

    Memang saya cuma ada stail saya saja kerana saya orang teknikal, tak tahu putar belit, straight forward saja. Apa yang saya rasa, itu yang saya taip, anyway thanks for your support.

    mohdnasirisa

    08/07/2010 at 6:33 am

  3. Biasele bang minat tevez. Kalau tengok work ethic die memang tak boleh lawan. Tapi SAF masih pilih Berba yang tak buat keje sangat. Dunia macam tu lah.

    Tevez

    08/07/2010 at 1:01 pm

    • Oh memang minat bola yer? cakap pasal bola, memang abang frust sangat-sangat Jerman kalah malam tadi, 1-0 jer tu…

      Tapi saya tak minat Tevez, dia tak nampak sangat seni bola bila dia main.

      mohdnasirisa

      08/07/2010 at 5:40 pm

  4. Assalamualaikum, saya tengok artikel ni dah lama, tapi nak bertanya jugak soalan. Boleh tahu tangga gaji untuk Exec di INSTEP?

    Safuan Hamid

    16/07/2014 at 9:56 pm

    • Waalaikumussalam, gaji dimana2 DLM Petronas semuanya sama. Gaji permulaan RM4500, INSTEP pon samalah.

      mohdnasirisa

      16/07/2014 at 10:05 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: