Mohd Nasir Isa's Blog

Just another WordPress.com weblog

Archive for July 8th, 2010

Final Touch at PDB, KLCC

with 6 comments

Hari ini merupakan hari engagement terakhirku di PDB, KLCC. Jumpa Shamsul, Isa dan Rosman. Tujuanku cuma satu, untuk meng”hand-over” segala kerja-kerja bersangkutan dengan PDB. Ada 6 program semuanya untuk dilaksanakan pada tahun ini, dan hari ini kita bincangkan salah satu dari program2 tersebut.

PDB nampak agak keberatan untuk melepaskan aku pergi, dari raut wajah Shamsul, aku dapat lihat dia agak sedih juga tapi aku dapat meyakinkannya bahawa sesiapa saja yang mengganti tempat aku nanti, akan memberikan perkhidmatan yang terbaik buat PDB, itu jaminan. Tapi dalam hatiku, siapakah yang akan menggantikan tempatku nanti? kerana, biasalah Petronas hanya tahu membuang pekerjanya saja, tapi tidak pernah menjanjikan pengganti yang sama taraf dengan yang pergi. Dia cuma tahu meng”rekrut” yang baru, yang masih putik, yang tidak mempunyai pengalaman apa2 untuk menggantikan orang lama, jimat koslah katakan.

Cuba bayangkan berapa Petronas dapat menjimatkan gaji kakitangannya dengan membuang pekerja lama yang bergaji “besar” dan digantikan dengan pekerja baru masuk dengan gaji RM4000 sebulan? itulah kelebihan Petronas !!!

Baru hari ini aku dapat meyakinkan diriku bahawa langkah yang aku ambil ini adalah yang paling tepat. Dengan penjelasan yang diberikan oleh kawanku ditempat kerja baruku, aku begitu bangga sekali menerima tawaran kerja disitu. Tidak ada pressure/stress bodoh seperti di Petronas. Semoga hari2 mendatang memberikan segala kekuatan dan kebaikan kepada kerja2 yang akan ku hadapi, insyaAllah…

Written by mohdnasirisa

08/07/2010 at 6:12 pm

Posted in Petronas