Mohd Nasir Isa's Blog

Just another WordPress.com weblog

Tok Arab Celup

leave a comment »

Ramai diantara kawan-kawan yang berhijrah ke negara-negara Arab mengeluh panjang sekarang berkenaan dengan pekerjaan mereka. Ada yang sampai memberitahu aku, sebelum kesana, hendaklah memikirkan semasak-masaknya tentang keputusan yang hendak diambil sebelum berhijrah kesana.

Apa yang terjadi disana? Dari email2 yang dihantarkan kepada aku, mereka merungut tentang cara Tok Arab melayan mereka semasa bekerja disana. Mereka berkata, ada 4 kategori pekerja disana. Pertama, Tok Arab, mereka walaupun bodoh, tetap mahu menjadi bos. Kedua, Keling dari benua India, walaupun bergaji kecil, tapi masih juga dipercayai untuk menjadi bos kepada orang2 kita. Ketiga, Venuzuela dan yang menyedihkan, keempat, Melayu yang dijadikan hamba abdi oleh Tok Arab dan Keling pariah.

Walaupun dibayar gaji yang agak lumayan, sekitar RM25,000 – RM30,000 basic sebulan, Melayu ni masih lagi merungut dan nak balik bekerja di Malaysia semula. Salah seorang kawanku dalam perjalanan balik ke Malaysia dan akan bekerja bersama-sama aku nanti ditempat kerja baruku. Dia memberikan masalah domestik sebagai alasan untuk dia kembali ke Malaysia.

Sebelum ini, sebelum aku mendapat tawaran kerja baru, aku sering menghubungi beliau untuk menolongku mendapatkan kerja ditempat dia bekerja sekarang, entah macamana aku mendapat tahu yang dia akan balik ke Malaysia akhir bulan ini, aku tersentak. Dengan serta merta aku mengambil keputusan untuk tidak kesana. Ditambah pula dengan seorang lagi kawanku yang menelifon aku tengahari tadi dari sana bertanyakan tentang keadaanku sekarang. Dia juga merungut dalam perbualan kami tadi dan dia juga meminta aku menolong dia mencarikan kerja untuknya di KL. Nak balik juga dia !!! Confirmed aku tak jadi pergi kesana.

Untuk kawan-kawan semua, jika anda ingin mendapat pendapatan yang agak tinggi berbanding dengan pendapatan di Malaysia ini dan juga jika anda ingin selalu mengerjakan Haji/Umrah dengan tiada halangan, anda bolehlah membuat keputusan untuk pergi kesana, tapi jika anda ingin mendapat kepuasan didalam pekerjaan anda, anda tidak akan mendapatkannya, malahan anda akan menyesal pergi kesana. Pilihan ditangan anda.

Written by mohdnasirisa

09/07/2010 at 9:48 pm

Posted in Petronas

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: