Mohd Nasir Isa's Blog

Just another WordPress.com weblog

Final Acceptance

with 3 comments

Hari ini dalam sejarah. Aku telahpun menghantar jawapan muktamadku kepada Petronas seperti didalam lembaran dibawah. Pihak CTO Helpdesk telahpun menerimanya dengan resmi melalui email aku pagi tadi. Mulai hari ini, secara teknikalnya aku telah keluar dari Petronas

Selamat tinggal Petronas, kalau ikutkan Presiden lama, kena langkah mayat dia dulu sebelum dapat masuk semula ke Petronas, tapi Presiden baru belum tau lagi.

Banyak kenangan yang telah ku lalui semasa bekerja disitu. Semalam jabatanku mengadakan jamuan makan tengahari sempena pemergianku, sehelai baju batik dihadiahkan oleh kawan-kawanku yang aku amat hargainya. Semoga perpisahan ini akan disambung dengan pertemuan-pertemuan yang tidak resmi dengan bekas rakan kerjaku.

Written by mohdnasirisa

12/07/2010 at 5:54 pm

Posted in Petronas

3 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Assalamualaikum Encik Nasir. Saya terasa teruja dengan penulisan blog Encik Nasir. Nama saya Nas. Saya berasal Kuala Lumpur. Saya sekarang mencari peluang perkerjaan jikalau ada kekosongan. Sekian lama saya sudah memohon pelbagai jawatan lebih kurang 6 bulan tetapi belum ada panggilan. Diharapkan Encik Nasir dapat membantu saya.

    Nas

    13/09/2011 at 7:32 pm

    • Waalaikumussalam Cik(?)Nas, terima kasih kerana sudi menjengok blog saya. Sebenarnya artikel ini telah lama saya tulis, iaitu sebelum saya keluar dari kompeni dulu lagi, rasanya dah setahun lebih, tapi takpe. Tentang jawatan tu saya boleh syorkan kepada anda tempat saya bekerja dahulu iaitu di Petra Resources Sdn Bhd kalau anda seorang executive teknikal, anda cuba contact dia ni, zaffarinsyah@penergy.com.my. Manalah tahu, nasib anda baik.

      Sebenarnya saya sekarang pun dalam proses mencari kerja juga, sama spt anda. Saya berpakat dgn kawan2 membuka sebuah kompeni kecil2lan. Tengoklah kalau ada rezeki nanti, saya akan cuba menolong seramai mungkin saudara/saudari yg pernah dianiayai kompeni, tapi saya xboleh janji sekarang. Cuba2lah contact saya balik di email saya mohdnasirisa@yahoo.com kalau ada masa lapang.

      Semoga berjaya, insyaAllah.

      mohdnasirisa

      13/09/2011 at 7:48 pm

      • Terima kasih Encik Nasir di atas pendapat dan pandangan En. Nasir. Buat pertama kalinya saya kunjungi blog En. Nasir untuk meninjau-ninjau sekiranya adanya terdapat sebarang kekosongan jawatan yang di syorkan dan juga mana-mana blogger yang prihatin dengan permasalahan manusia sejagat. Saya terpaut dengan tajuk-tajuk artikel yang dihujahkan, diluahkan dan disampaikan oleh En. Nasir sendiri yang merangkumi pelbagai aspek samada perihal isu-isu, rencana dan forum-forum bagi bertujuan pengetahuan, pendidikan dan informasi dalaman luaran untuk tatapan umum. Untuk pengetahuan En. Nasir, saya sememangnya masih tercari-cari peluang perkerjaan setelah sekian lama masih menanti panggilan dari mana-mana syarikat. Terima kasih saya ucapkan di atas pengesyoran En. Nasir di atas pemberian alamat email sahabat En. Nasir tersebut dan saya akan mencuba menghubunginya sekiranya adanya mana-mana jawatan yang ditawarkan. Bagi saya, tidak kiralah apa jawatan sekalipun, insyallah saya akan cuba berusaha untuk melakukannya. Saya bukanlah seorang yang bijak pandai atau cerdik akal di dalam akedemik tetapi saya tetap berusaha untuk mempelajarinya. Saya juga doakan segalanya yang terbaik untuk En. Nasir mudah-mudahan segalanya berjalan dengan baik,insyallah. Terima kasih di atas segala bantuan En. Nasir dan amatlah saya hargainya dengan setinggi-tingginya perhargaan. Terima kasih juga untuk penerimaan rakan di FB sebentar tadi (Nick saya:”Nas Anas”) dan insyallah sekiranya ada kelapangan saya akan terus masih menghubungi En. Nasir. Terima kasih sekali lagi.

        Nas

        13/09/2011 at 10:45 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: