Mohd Nasir Isa's Blog

Just another WordPress.com weblog

Hari Terakhir Di INSTEP

with 2 comments

Pagi-pagi lagi aku sudah mengangkat semua barang2ku dan dimasukkan kedalam kereta dari rumah sewaku. Tepat jam lapan pagi tadi aku berangkat menuju ke INSTEP buat kali terakhir.

Sampai di INSTEP, 10 minit kemudian, aku park keretaku diluar pagar sahaja untuk tidak menyusahkan Pak Guard memeriksa keretaku. Aku berjalan kaki menuju ke ofis untuk berjumpa rakan sepejabat buat kali terakhir. Kami telah berjanji untuk keluar minum pagi bersama-sama di tempat biasa, dekat Suria Merang Beach Resort.

Roti canai kegemaran kami, kami order seperti biasa, ada yang minta roti sadin bawang, roti canai bulat dan lain2 lagi. Kita semua meraikan aku dan seorang lagi kawanku yang akan mengambil CTO tu juga. Rasa agak sedih untuk meninggalkan kawan2 ku itu, tapi apa boleh buat, takde yang kekal didunia ini, semua akan berpisah. Itulah kehidupan yang kita semua mesti lalui. Kami semua 7 orang makan disitu, terpaksa pergi dengan 2 buah kereta kami.

Belum sempat kami nak makan, bayaran makanan kami sudahpun dibayar oleh seorang kawan yang kebetulan berada disitu yang sudahpun menghabiskan roti canainya. Rezeki kami bertujuh amat baik hari ini, makan free lagi. Banyak cerita kami luahkan dan kita sama2 ketawa apabila terdengar cerita lucu. Lepas makan kami bertolak balik ke INSTEP. Kami bersalaman buat kali terakhir dan aku terus mengambil keretaku untuk pulang kerumahku di Dungun.

Tengah jalan terfikir pulak nak separatekan voice dan data handphoneku. Fikir punya fikir, aku mengambil keputusan untuk ke Celcom Kuala Terengganu. Aku berjumpa dengan executive pemasarannya. Tanya punya tanya, akhirnya aku mengambil keputusan untuk menukar pekej telefonku kepada P28 dari P38 tapi masih mengekalkan BB68, cuma dijangka masa panjang aku dapat menjimatkan RM10 sebulan, oklah tu.

Dari Celcom KT terus balik ke Dungun dan sampai kerumah 1 jam kemudian, itulah sahaja catatan untuk hari ini.

Written by mohdnasirisa

13/07/2010 at 4:10 pm

Posted in Petronas

2 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Salam bos,sedih pulok baca cerita mung…..nok contact mung tapi no h/phone mung aku takdok doh….

    syedhijaz

    14/07/2010 at 9:51 pm

    • Wsalam syed, aku tadok mende, dapat keje baru doh, gaji besar lagi dari Petronas, sebab tu dia terkejut berok

      mohdnasirisa

      14/07/2010 at 9:59 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: