Mohd Nasir Isa's Blog

Just another WordPress.com weblog

Permulaan Lembaran Baru

leave a comment »

Hari ini merupakan hari terakhir resmi aku bersama Petronas. Aku bebas dari cengkaman.

Seperti biasa aku bangun pagi pukul 6:10, kemudian diikuti dengan anak bongsuku, Ain. Memang dia selalu menemaniku setiap pagi jika aku berada dirumah. Selepas mandi, kami sama-sama mengerjakan solat Subuh berjemaah. Hanya dia sahaja anakku yang selalu menemani aku dirumah, yang lain2 buat tak tau jer. Selepas solat, dia bertanya kepadaku, bila aku akan balik dari kerja, aku menjawab perlahan, ayah belum tahu lagi kerana perjalanan kali ini agak jauh dari dulu, kalau dulu aku akan balik setiap minggu kerumah, tapi kali ini aku akan cuba balik kerumah setiap minggu juga. Dia agak sedih memandang kewajahku. Untuk menyenangkan hatinya, aku menjawab, aku berkata, jika Ain minta ayah balik, ayah akan balik juga minggu tu.

Selepas memasukkan semua barang2ku kedalam kereta, aku minum/makan pagi sekejap. Tepat jam 8:37 minit pagi, aku memulakan perjalananku ketempat mata pencarian baruku di Kuala Lumpur. Didalam perjalanan sempat singgah di dua tempat untuk mengisi minyak dan melepaskan kehendakku sekejap. Aku juga sempat bertanya khabar kepada kawanku yang masih tinggal di INSTEP, belum mendapat offer untuk keluar lagi kata kawanku itu. Tapi dia orang akan diberikan kesempatan untuk keluar dari Petronas lagi pada bulan Oktober ini, bergantung kepada pekej yang ditawarkan nanti. Ramai yang telah membuat perkiraan dan ramalan tentang pekej yang akan dikeluarkan nanti, hanya masa saje yang menentukan samada mereka akan masih bekerja di INSTEP atau mengambil keputusan seperti apa yang aku lakukan sekarang ini.

Aku sampai di rumah sewa baruku di Kg Baru pada jam 1:10 minit tengahari, cuaca agak mendung seperti nak hujan, tapi tak hujan. Aku cepat2 memunggahkan semua barang2ku kerumah sewaku itu. Tercungap-cungap juga dibuatnya kerana rumahku berada ditingkat 3, fuh penatnya. Aku terus berkemas didalam bilikku, kemudian menjawab beberapa email dari pejabat baruku. Baru sekarang ada masa untuk buat posting ini. Chow untuk hari ini.

Written by mohdnasirisa

15/07/2010 at 5:01 pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: