Mohd Nasir Isa's Blog

Just another WordPress.com weblog

Pampasan Petronas

with 56 comments

Dua hari lepas aku dipanggil oleh seorang kerani bahagian gaji Petronas untuk mengambil surat/borang CP22A supaya dihantar kepada Income Tax untuk mendapatkan surat pelepasan dari LHDN. Rupa-rupanya hari itu, aku mendapat “habuan dalam penyiksaan”.

Semasa dalam perjalanan pulang semula keofis, aku melalui jalan disebelah kerja-kerja pembinaan bangunan baru Carigali. Dengan tak disangka-sangka aku di lempar dengan tanah liat yang baru digerudi oleh mesin penggerudi disitu. Habis seluar aku diselaputi tanah liat itu. Geram betul aku dengan pekerja-pekerja disitu. Mula2-nya aku ingin membasuh sahaja seluarku itu, tapi aku mendapat satu akal. Aku menggunakan ilmu “Project Management” yang ada padaku untuk mendapatkan pampasan dari kontraktor disitu. Aku memanggil supervisornya bertanyakan dimana Project Manager dia berada. Supervisor itu memeberitahuku bahawa bosnya berada dibangunan yang sama aku bekerja, apa lagi, aku terus menuju keofis mereka dengan seluar kotorku itu untuk mendapatkan pampasan. Sampai diofisnya, aku berjumpa dengan manager yang berbangsa India dan terus meminta penyelesaian darinya. Dia kata dia akan membayarku RM100.00 sahaja kerana menyusahkanku. Aku cuba mendapatkan lebih sikit darinya tapi beliau berkeras dengan RM100.00 itu. Nak tak nak aku ambil juga RM100.00 itu. Balik keofisku, terus masuk tandas dan membersihkan seluarku. Itulah pengalaman yang paling tak enak sejak berpindah kesini !!!

Berbalik kepada income tax, semalam aku telah berjaya menyelesaikan masalah untuk mendapatkan surat pelepasan dari LHDN tu. Pihak LHDN KT cuma menyuruhku faxkan sahaja borang CP22A tu kepada mereka di KT, jadi aku tak payah pergi berjumpa mereka untuk mendapatkan surat pelepasan tersebut. Selesai masalahku. Sekarang aku cuma menunggu surat itu dari mereka sahaja.

Bila dapat surat itu, raya sakanlah aku nanti. Apa tidaknya, RM60,000.00 beb duit tersepak masuk poket tanpa cukai !!! siapa sangka Petronas bagi duit bonus berlebihan kepada aku tahun ini, tanpa cukai pulak tu. Itulah rezeki anak2 namanya. Bagus jugak keluar dari Petronas ni yer? Tapi yang masih tinggal tu, masing-masing mengeluh sekarang mengenangkan nasib masing2 ditahun depan, apa nak jadi dengan PPA akan datang. Moral is down, bagi yang hanya tahu bekerja dan tak tahu mengangkat bos, siaplah nanti, tapi bagi yang tahu mengangkat bos dan tak tahu buat kerja, still survive nanti, percayalah cakap aku ni. Kerana itulah yang terjadi kepada aku.

Jadi kepada kawan2 yang masih lagi bekerja dengan Petronas, aku ucapkan, eh apa nak cakap hah? good luck with your PPA… It’s not about performance, but it’s all about asshole, oh sorry, emotion !!! Jumpa lagi kawan2 yang membaca blog ini.

Written by mohdnasirisa

22/07/2010 at 8:59 am

Posted in Petronas

56 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. dear bro nasir, i am keen follower of ur blog…last yr i was in yr shoes, M3, but this year selamat by the skin of my teeth ( i got 3)..u r right, morale is down, everyone is worried they’ll be getting M3 in next PPA, entah lah apa nk jadi..i think if I get the CTO pun i would cabut…but nk kena formulate Plan B and C dulu hehe..it’s good that u landed a new job..hope everything works out well for u there

    adam

    22/07/2010 at 9:50 am

    • Sdr Adam, saya dah boleh katakan dalam keadaan “going to re bounce back” dengan kerja2 baru saya, tried to forget the past. Nak cabut tu, you have to think twice since I think you must have a lot of commitment already. Yes, you must be prepared for the worst to come.

      mohdnasirisa

      22/07/2010 at 11:37 am

  2. salam, saya pon keje petronas gak tp mmg tak tahan n sgt demotivated keje dgn workplace camni. sume jd selfish sbb taknak dpt m3. yg ampu2 bos mmg tak kenela. kalau sy kene next year mmg sy amik cto, tp sy dgr kalau first time ranked m3 takleh dpt cto? tul ke?

    lg satu, kan en nasir dh keje lame,nape dpt 60 k je? bkn dpt 12 bln gaji ke? yg saya dgr rmi dpt 12 bln gaji?

    hana

    22/07/2010 at 10:28 am

    • Waalaikumussalam Hana, boleh dikatakan semua orang nak jaga diri masing2 jer sekarang ni dalam Petronas, takut kena M3. Sebenarnya saya cuma ada 10 bulan jer lagi nak pencen dgn Petronas, sebab tu dia orang tak bagi 12 bulan, cuma 4 bulan jer dia bagi kat saya, double standard. Tahun ni, semua yang dapat M3 dioffer CTO, takde pengecualian.

      mohdnasirisa

      22/07/2010 at 11:40 am

  3. a lot of feedback that i received are very critical against the M3 policy..understood that the mgmt wanted to weed out underperformers but now seems more prone to victimizing ppl…it would be better if they just offer VSS to all

    adam

    23/07/2010 at 12:11 pm

    • According to some of the EVP, they can’t do anything to stop this M3 thing, so you all will be facing a hard time again next year.

      mohdnasirisa

      24/07/2010 at 7:53 am

  4. 10%

    myy

    27/07/2010 at 11:19 am

  5. Salam Sdr Nasir;
    alhamdulillah sdr sudah pun punya kerja yang baru dan pada usia begini sememangnya satu dugaan lebih2 lagi sudah berkhidmat sekian lama dengan Petronas.
    PAda kebiasaannya hujung2 bulan Julai setiap tahun kita akan dengar cerita2 bonus yang menyedapkan. Tetapi la ni M3 = malaikat maut menjenguk seperti satu penyiksaan.
    Saya pasti tujuan syarikat berbuat begini adalah bagi tujuan meminggirkan orang-orang lama yang telah banyak berkorban seperti En Nasir dll. Umpama ‘Habis madu, sepah di buang’. Satu tindakan yang tidak professional langsung, dan sudah tentu mereka mencari insan2 yang lebih berkaliber bagi mengisi kekosongan sedia ada, lebih2 lagi ‘graduate’ dari UTP yang sedang menunggu!
    Tetapi percayalah syarikat sebenarnya melakkan satu kesilapan dan pasti dilihat kesannya keada syarikat khasnya dan negara amnya dalam masa 5 tahun ini dengan meminggirkan staf2 yang berpengalaman! Ya memang benar, syarikat memerlukan staf2 yang ‘high flyer’ tapi bukanlah satu cara yang betul dengan polisi sekarang! Hendak atau tidak 10% pasti akan M3!

    Ujang UB44

    Ujang

    29/07/2010 at 10:02 pm

    • Waalaikumussalam Sdr Ujang UB44,

      Sebenarnya apa yang dilakukan oleh pengurusan Petronas itu adalah merupakan satu keputusan yang berdasarkan kepada benar pada keadaan itu sahaja (right at that point of time only), saya percaya mereka tidak pernah menjalankan R&D terhadap keputusan itu, dan percayalah apa yang saudara katakan itu akan berlaku juga akhirnya. Mereka cuma menciplak sistem yang digunakan oleh syarikat gergasi dunia yang lain. Kononnya jika Petronas mengguna pakai sistem yang dicedok dari barat maka Petronas akan mencapai tahap World Class seperti yang diidamkannya selama ini. Untuk M3 ini, mereka menciplak sistem dari General Motor Company dari US yang sudah bankrup itu, percayalah suatu hari nanti, Petronas akan mengikutinya juga !!!

      Apakah sdr seorang kakitangan Petronas juga? saya sudah masak dengan “keputusan” yang dibuat oleh Petronas selama ini. “High Flyer” itu cuma rekaan bos2 sahaja untuk kroni2 mereka. Saya dah banyak tengok gelagat manusia sebegini yang sentiasa menindas kakitangan yang tak sebulu dgn mereka, cuma yang mendengar kata2 mereka sahaja yang diberi jolokan high flyer itu, percayalah itu cuma rekaan manusia sahaja, bukan rekaan Allah. Apa pun saya ucapkan terima kasih diatas komen sdr itu. Wassalam

      mohdnasirisa

      29/07/2010 at 10:30 pm

  6. En. Nasir, Saya juga salah seorang daripada mangsa sistem M3 ini. Tetapi saya baru sahaja join Petronas setahun setengah. Pada mulanya saya dengar org baru yakni first time PPA tak dapat M3, tapi ternyata tidak benar. Saya yg baru setahun ini pun dpt M3 jua. Sekarang ni saya tengah sibuk cari kerja lain sebelum dpt M3 lagi tahun ini. Saya rasa lebih baik saya cari kerja lain sementara umur masih muda (33). Saya dulu datang dari luar Petronas, jadi tak tahu pasal M3 ni. Jika saya tahu sudah tentu saya x terima offer daripada Petronas kerana karier saya sudah steady di sebuah MNC Company daripada German. Rasa macam menyesal pun ada sekarang ni.

    Zack

    08/08/2010 at 6:23 pm

    • En Zack, Petronas nampaknya sekarang ni tak kira tua muda, semua dia sapu. Memang ada circular dulu menyatakan yg orang baru join dan orang yg nak pencen tak akan diberi M3, tapi boss kita tak ambil peduli pasal itu semua. Sementara masih ada peluang, baik anda keluar jer dari Petronas tu.

      mohdnasirisa

      08/08/2010 at 10:18 pm

      • setahu saya, circular tu kata golngan2 tu xperlu buat PIP
        -org yg 1st ppa
        -yg bersara tahun tu
        -yg pernah dpt rating 2

        patrk

        13/03/2011 at 8:09 pm

  7. masalahnya saya bonded dgn petronas..CTO pon cukup2 bayar loan+makan sebulan..

    M3 candidate

    20/08/2010 at 12:11 am

  8. saya pun dpt M3 jugak for the recent PPA..kecewa jugak.I applied for the CTO and accept it. saja to test the waters..masalahnye petronas ni mmg ramai yg pandai tapi x pandai manage ppl. bila i dah blah, baru tau tinggi rendah nye langit memasing.sampai sekarang x dpt pengganti.kelam kabut semuanye..

    Alida

    29/08/2010 at 11:34 pm

    • Sebenarnya bukan xpandai manage ppl, tapi nak jaga asshole masing2

      mohdnasirisa

      30/08/2010 at 5:49 am

      • selain tak pandai manage, nak isi jawatan kosong mungkin tak pandai juga

        meng

        25/09/2010 at 10:31 pm

  9. Kalau saya masih stay in Petronas (I left Petronas in 2006), saya confident saya lah antara calon terbaik untuk M3.

    Alhamdulillah sempat keluar Petronas sebelum semua itu berlaku.

    Rezeki ALLAH di mana-mana.

    Hansac

    25/09/2010 at 8:51 am

    • betul cakap saudara tu…..
      Petronas sedang munuju kehancuran…..
      Banyak fresh graduate terutama dari UTP sdg gharirah nak panjat Twin Tower….
      Staff senior yg x menjilat akan diketepikan….apatah lagi yg junior….Hancussss !!

      Hassan

      27/12/2012 at 10:58 pm

  10. Actually tiada apa dah daya tarikan kerja dengan Petronas sebenarnya.

    1. Dulu ada PRBF – Retirement Benefit. Memang bermillion kalau retire kena pada gaji pokok nya dan tempoh berkhidmat (“khidmat” ni berasal dari perkataan “khadim” atau “khadam”). Campur dengan EPF, memang kenyang pakcik. Sekarang dah takde. So nak tunggu apa kerja lama-lama dengan Petronas? Ada offer lain chow lah. Ini tiru Shell.

    2. Medical benefit dah tak se-gah dulu. Dulu unlimited. Sekarang pekerja baru ada limit. Bagus lagi kerja dengan kerajaan atau swasta. Ini tak tahu siapa tiru siapa, Shell or Petronas.

    3. Housing loan dah outsourced to banks. Kenyang lah bank makan interest lebih, walaupun staff Petronas cuma bayar 3.5%. Ini tiru dari Shell.

    Banyak lagi seperti yang disebut-sebut dalam blog ni.

    Saya bet dengan seorang kawan dulu, Petronas in 2005 and 2010 samada sama (business as usual) or lebih teruk dari 2005.

    Alhamdulillah nampaknya tekaan saya betul, yakni lebih teruk lagi especially untuk staff.

    Staff yang bodoh bangang tak reti buat kerja, tak reti baca engineering drawings, tak reti handle government, staff itulah yang dinaik jadi manager, senior manager. Yang pandai buat kerja samada resign sebab dapat offer bagus or kena CTO konon ada attitude problem.

    Rahsia

    26/09/2010 at 3:50 pm

    • kisah seekor semut

      Setiap hari semut dtg kerja awal dan terus start keje. Beliau bekerja dgn tekun dan gembira. Bossnya sang singa berasa terkejut melihat sang semut boleh bekerja tanpa pengawasan beliau. Jadi bossnya terpikir kalau sang semut ni ada supervisor, mesti dia akan jadi lebih rajin dan produktif! Jadi bossnya melantik sang lipas untuk menjadi supervisor sang semut. Sang lipas mmg terkenal dgn penghasilan report2 yang mantap.

      Sang lipas mula membuat keputusan untuk menguatkuasakan TAMS(Time Attendance Management Sheet)..dia juge memerlukan sekretary untuk membantu beliau menulis report dan melantik seorang clerk iaitu si labah-labah untuk membantu beliau mengaturcara meeting, menjawab telefon dan emel.

      Sang rimau sgt berpuashati dgn prestasi si lipas menghasilkan report dan menyuruh si lipas membuat satu report/graf tentang plant production rate untuk dia present di board meeting. jadi si lipas memerlukan sebuah laptop dan printer kaler untuk membuat tugasnya dan melantik si lalat untuk membantunya..

      Sang semut yang pada mulanya bekerja dgn aman merasa serabut dgn meeting2 dan report2 yang sgt byk memenuhi ruang kalendarnya sehinggakan dia tidak mampu memberi tumpuan 100% kepada plantnya..

      Pada suatu hari bossnya iaitu si singa merasakan sudah tiba masanya untuk melantik seseorang baru dalam departmentnya untuk membantu sang semut. jadi dia melantik si cengkerik. Sang cengkerik masuk dan request sebuah workstation, laptop DELL dan kerusi yang ergonomik untuk tempat kerjanya. dia juga membawa masuk dia punya PA dr previous dept untuk membantunya membuat kerja dan budget control strategy.

      Akibat tekanan kerja, suasana di dept tersebut tidak lagi ceria. Si cengkerik meyakinkam bossnya iaitu si singa supaya melakukan satu tracking survey atau climatic study of environment dlm dept nya(ofkosla panggil konsultan-xkn buat sendiri kot)..setelah mendapat report si boss membuat keputusan bahawa production plantnya makin merosot..jadi dia melantik konsultan lagi si burung hantu untuk membuat audit dan memberi suggestion..

      setelah 3 bulan membuat optimizatioin audit di plant tersebut, si burung hantu membuat kesimpulan bahawa dept tersebut telah ‘overstaffed’!

      (anda pun dah tau apa akan berlaku selepas ni kan?)

      sang singa memecat sang semut kerana beliau telah tidak menunjukkan minat untuk bekerja sikap yang negatif..

      jadi dimanakah anda??fikir2kan dan lu pikirlah sendiri…

      M3 Candidate

      16/10/2010 at 1:07 am

      • Sebenarnya kisah semut ini telah saya jelmakan dalam bentuk gambar didalam posting saya bertajuk “A Tree Full of Monkeys” Written by mohdnasirisa Edit
        10/07/2010 at 6:42 pm. Sila lihat posting itu.

        Walaubagaimanapun terima kasih diatas komen sdr/i itu kerana meluahkan perasaan untuk dikongsi bersama.

        mohdnasirisa

        16/10/2010 at 6:31 am

  11. Salam, any news on this FY CTO?

    I plan to grab it…
    CTO is opportunity for us yg scholar byk and yet terpaksa stay.

    nadz

    09/11/2010 at 11:25 am

    • Wsalam, normally CTO is offered after the Mar/Apr PPA exercise, not during the Oct PPA session, by Oct you only know where your position is whether you get M3 and there are still room for you to “improve”, from Nov-Mar. So stay cool, kalau you nak stay lagi dalam Pet, make sure you do whatever things they asked you to do. But if decide to grab the offer, you buatlah apa yg patut, you know best.

      mohdnasirisa

      09/11/2010 at 1:44 pm

  12. Saye overseas scholar baru keje 2yrs. Risau ttg CTO sbb
    overseas scholar loan sgt sgt la byk. Kalu ade overseas scholar
    yang pernah terima/accept CTO boleh tak share ur xprience. CTO
    cover tak scholar loan payment.mekasih

    Eina

    28/12/2010 at 11:10 am

    • Sebenarnya CTO ni xkenal oversea atau local students, apabila kena, that’s it. Dia punya formula cuma satu, kalau anda masih muda, Petronas Akan bagi 12 x gaji bulanan anda. Kalau anda cuma tinggal beberapa bulan saje lagi sebelum pencen, Petronas Akan bagi 4 x gaji bulanan anda. Yang selebihnya kalau anda masih lagi berhutang dgn Petronas, Dia org Akan paksa anda buat loan bank untuk settle hutang anda tu.

      mohdnasirisa

      02/01/2011 at 7:52 pm

      • agak2 utk 2nd time saya yang kerje di syarikat MaLaNG sdn bhd di sarawak ni, dpt m3 kali ke-2.. dpt tak agak2nye cto.. sy cume nk byr scholar petronas je… adehh…. muda2 lagi dh berhutang sana-sini.. tgh cr2 kerje, update resume.. agak2nye syrkt sime darby kt johor ada m3 jgak tak?

        NURUL

        04/05/2011 at 1:04 am

      • Kalau tak silap saya, bila dapat M3 kali kedua, xde CTO lagi dah, CTO cuma dioffer pada kali pertama dapat M3. Kompeni lain belum ada CTO lagi, mungkin VSS adalah kot..

        mohdnasirisa

        04/05/2011 at 7:32 am

  13. […] Pampasan Petronas July 201022 comments 3 […]

  14. assalamualaikum,

    just nak tanya apa m3 sebenarnya? kalau dapat m3 akan dapat offer untuk berhenti kerja ke? biasanya bulan berapa dapat offer utk berhenti kerja, kalau x berhenti gaji tak naik dan bonus x dapat ke?

    did

    25/04/2011 at 5:11 pm

    • Waalaikumussalam,

      M3 adalah marginal 3 dalam proses penilaian prestasi pekerja. Dia tergolong didalam kelompok rating 4 iaitu yang paling bawah dari rating 1 hingga 4. Yer kalau anda dapat M3, anda akan dioffer untuk berhenti kerja dengan pampasan setahun gaji basic anda. Bulan april anda akan tahu sekiranya anda dapat m3 ni. Kalau anda terus bekerja, anda akan dapat minimum kenaikan gaji dan bonus dan anda tergolong dalam kumpulan orang yang di”perhatikan”. Tahun depan kemungkinan besar, boss anda akan memilih anda sekali lagi untuk mendapat m3 ini, kalau anda tak bodek mereka.

      mohdnasirisa

      25/04/2011 at 6:13 pm

  15. apakah maksudnya anda tak perlu buat PIP, kalau tahun depan dapat m3 lg baru kena pip? pernah tak orang dpt m3 dapat bonus sama byk ngan orang x dpt m3?

    manjalara

    08/06/2011 at 8:09 am

    • Tak perlu buat PIP ialah anda tak perlu menjalani KPI berasingan selama 6 bulan, anda terpaksa mengadap boss anda setiap bulan untuk memastikan KPI anda dipenuhi dan dipersetujui oleh boss anda. Kalau kena lagi tahun depan, barulah kena PIP. Mana ada org dapat M3 dapat sama bonus dengan org lain….u dapat separuh jer

      mohdnasirisa

      08/06/2011 at 8:23 am

  16. separuh je????? sedihnya… tahun ni bonusnya boleh tahan juga…… betullah u kata m3 ni sangat2 melukakan hati dan menyakitkan jiwa raga…..kalau tak kuat semangat memang xleh fokus dan boleh hancuss….yelah kerja teruk2 dapat m3 mcm student cemerlang xdpt 10 A spm..gitulah ..ibaratnya dari kacamata kengkawan…….mudah – mudahan Allah memurahkan rezeki dari sumber yang tidak di sangka – sangka kerana ALLAH ITU MAHA KAYA AMIN

    manjalara

    08/06/2011 at 9:27 am

  17. Assalamualaikum Tuan,

    Saya dipanggil interview untuk position procurement. Interview tu akan diadakan minggu depan. Walaubagaimanapun, saya baca entry yg ini dari atas sampai le ke bawah sekali dan mula rasa sangsi jika saya ditawarkan kerja di Petronas (atau Petronas Carigali), apakah ia adalah antara salah satu keputusan yg betul saya buat dalam kehidupan saya atau tidak. Saya juga teringin sangat nak tahu apa sbnarnya pakej benefit yg ditawarkan Petronas memandangkan perbincangan di atas ada juga menyentuh benefit Petronas kini tak la se-gah mana..🙂 DIharap supaya Tuan atau siapa2 yg berpengalaman dapat membantu saya dalam membuat keputusan sebegini. Terima kasih Tuan.

    -Masih takut2

    Wee Win

    08/01/2012 at 2:16 am

    • Waalaikumussalam tuan,

      Hidup kita ini cuma ada 2 nasib sahaja, samada nasib baik atau nasib buruk. Didalam kompeni, anda akan bernasib baik jika anda MENGENALI orang2 atasan seperti CEO, Vice President dan President dan anda betul2 BAIK dengan mereka, yakni mereka akan dengar pandangan anda. Jikalau anda tidak mengenali sesiapa, maka anda adalah orang biasa dan nasib anda adalah 50-50 sahaja, untung batu tenggelam, untuk sabut timbul, itu sahaja.

      Adakah anda sudah bekerja sekarang ditempat lain dengan gaji RM2000-3000 sebulan? Jikalau ya, baik anda teruskan ditempat anda bekerja sekarang kerana duit bukanlah segala2nya. Betul gaji dikompeni agak tinggi, RM4500/sebulan, tetapi kehidupan ditempat procurement adalah sangat memeritkan. Anak saya sekarang bekerja di procurement dept dan hari2 merungut kerana terlalu banyak kerja kerana tak cukup kakitangan. Kerana apa? kerana ramai yang resign, tak sanggup buat kerja2 procurement. Tetapi jikalau anda masih lagi menganggur, baik anda cuba dulu, mana tau untung sabut timbul.

      Benefit sudah luntur sekarang, jikalau dalam tahun 80-90an dulu, begitu banyak sekali benefit yg disediakan kepada staff kompeni, tetapi sekrang semuanya sudah terhakis. Saya seorang pesara kompeni. Apa yg saya ada selepas pencen? satu sen pun tak masuk apa setiap bulan dan saya terpaksa mencari kerja baru untuk mendapat gaji untuk menyara keluarga saya. Jikalau saya pesara kerajaan, sekurang2nya saya mendapat pencen separuh gaji dan saya tak payah lagi mencari kerja lain. Itulah kompeni..kompeni boleh mengambil anda hari ini, dan mencampakkan anda diesok hari. Kalau anda baca komen2 dari pembaca2 blog saya ini dilain2 posting, anda akan dapati ramai yg kena aniaya oleh kompeni. Saya malas nak cerita panjang bab aniaya ni, baik anda baca sendiri.

      Apa2 pun buat solat Istikarah dahulu sebelum pergi interview dan diharap dapat membantu anda membuat keputusan.

      mohdnasirisa

      08/01/2012 at 7:26 am

      • Sokong 200%….

        Jack

        07/02/2012 at 5:50 pm

    • Nasihat ikhlas drp aku… Betul cakap En. Nasir, kalau anda masih menganggur buleh lah mencuba… Tak rugi apa2… Jika anda sudah bekerja dan tiada apa2 masalah besar di tempat sekarang, teruskan saja… JANGAN TERSILAU DGN KILAUAN NAMA PETRONAS… Saya juga dahulu dtg drp company luar… Dan sgt2 steady di situ… Dek kerana saya tersilau dgn kilauan nama Petronas, saya pun menerima offer nya dan menerima padah yg buruk… Jika anda mendapat kenaikan gaji sebanyak 40-50% drp gaji sekarang, mengikut pengalaman saya… ia adalah amat tidak berbaloi dgn apa yg anda akan lalui selepas ini…. Pertaruhan nya amatlah tinggi… Bak kata En. Nasir, kompeni boleh ambil anda hari ini, dan boleh buang anda esok hari…

      Zack

      11/02/2012 at 11:46 pm

  18. Salam Tuan2,

    Saya yang baru masuk xsampai 6 bulan ni pun dah boleh rasa mcm mana teruknya Petronas skrg..
    Banyak sgt benda yg x betul..
    Before ni saya sempat kerja dgn Halliburton but bila petronas panggil sy terus tukar kerja.
    Niat baik nak balas budi sponsor belajar dulu tp klu mcm ni xtaw la berapa lama boleh bertahan..

    Sama2 la kita bersabar dan sambil2 tu cari rezeki kt tmpt yang lg appreciate kita..

    Rezeki tu ada di mana2..bukan kerja petronas je boleh kaya..;)

    Ridwan

    14/08/2012 at 3:06 pm

    • Wellcome to the club…🙂 Hanya org yg pernah masuk dlm Petronas shj yg tahu apa itu Petronas… Jika rasa tak oleh carry on… Buleh lah buat persediaan awal sebelum bala besar dtg menimpa… BTW, m3 ada lagi ke sekarang?

      Zack

      15/08/2012 at 8:06 pm

      • Mengikut org dalam, 3M dah xde dah. Tapi xtau apa cara lain pulak yg akan digunakan nanti.

        mohdnasirisa

        15/08/2012 at 8:18 pm

      • Abis yg 3L, 3S & 3H tu masih ada lagi ke?

        Zack

        16/08/2012 at 1:10 pm

      • Oh yg tu mmg tetap ada, xboleh lari oooo…

        mohdnasirisa

        16/08/2012 at 1:21 pm

  19. Saya ada kenalan lama bekerja di petronas dah lebih 10thn cz dpt biasiswa study d us dulu dr petronas. Tahun 2010..dia submit resignation letter. Start that gaji kena hold until now. Konon release bulan 6,2011 but until now belom ada apa pun… Dia ada gak crita sikt la prosedur y the bcz.. Everything but i still dont get it.

    Just need ur opinion…

    liana

    12/12/2012 at 10:01 am

    • Saya minta maaf sebab takde pengalaman dalam bab ini, tapi saya rasa kawan anda itu patut follow-up dgn bahagian gaji supaya di buat pembayaran dgn segera. Kalau dah melampau sangat, tulis saje ke ruangan forum surat khabar2 terkenal supaya boss diorang dapat tahu perkara ini, besar kemungkinan org terlibat akan dipanggil untuk menjawab.

      mohdnasirisa

      12/12/2012 at 5:17 pm

  20. Sudah bekerja di kompeni dalm 3 tahun
    Dept HSE
    2 tahun dpt kpi is good
    Lepas isu becanggah pendapat dgn bos dan diugut utk dihantar ke sudan
    Hasilnya dapat M3 or marginal 3 ….totaly bullsh#t
    Dont know how to explain with my fmly

    wan iresma

    26/02/2014 at 7:50 pm

    • Masih ada M3 lagi sekarang? Saya ingat dah takde, teruk2 kompeni ni..
      Tapi saudara kena bertahan dulu sekarang, tak perlu bagitau famili. Dalam masa ni, cuba cari position ditempat lain, subsidiari lain, dapat angin baru. Kalau rasa bengang sangat, cari kerja ditempat lain, blah dari situ..

      mohdnasirisa

      26/02/2014 at 7:59 pm

  21. Saya bukan bekerja dengan Petronas tetapi saya bekerja dengan salah satu anak syarikatnya.
    Saya juga mengalami masalah yang sama. Saya diberhentikan kerja pada 6 September 2013 setelah PIP 9 bulan (sepatutnya 6 bulan – ditambah 3 bulan lagi) dan domestic inquiry saya gagal.
    Sebelum itu, saya menolak separation package yang ditawarkan memandangkan saya masih memerlukan kerja dan banyak komitmen. Saya dimestikan mengambil PIP selama 6 bulan setelah saya mendapat rating 4 untuk tiga tahun berturut-turut.
    Kini saya telah hilang pekerjaan. Komitmen banyak. Menunggu masa untuk mendapat notis bankrap. Rumah terpaksa dijual.

    Saya menuntut keadilan di mahkamah padang mashar nanti. Mereka tidak dapat memperbodohkan DIA kerana dia lebih bijaksana dan mengetahui segala-galanya.

    Eksekutif teraniaya

    30/06/2014 at 2:05 am

    • Saya turut bersimpati dgn nasib saudara..Insya Allah rezeki ada dimana-mana, teruskan berusaha mencarinya..

      mohdnasirisa

      30/06/2014 at 5:38 am

  22. Saya di tawarkan utk bekerja di petronas dagangan bhgn eastern..adakah harus saya join??? Sungguh tak keruan skrg

    Anuar

    02/07/2014 at 8:36 pm

    • Cuba dulu nasib anda, mana tau nasib baikkan? tak rugi mencuba…kalau nasib xbaik, keluar cari kerja lain..

      mohdnasirisa

      02/07/2014 at 9:19 pm

      • Just nk tau environment ..how great the pressure of petronas coz sy dtg drpd banking sector..

        Anuar

        03/07/2014 at 6:49 pm

      • Camni lah, anda skrg ni kerja dgn bank Cina atau Melayu? Kalau cina pukul kita, kita tak terasa sangat sbb kita tau dia kafir kan? tapi kalau melayu pukul melayu, camne kita rasa? Dendamnya sampai keliang lahat..itulah suasana dalam kompeni melayu yg kerjanya hanya menjatuhkan org lain, baru kita dapat naik, tapi suasana ini ada dimana-manakan?

        mohdnasirisa

        03/07/2014 at 6:56 pm

      • Ok.i faham apa saudara katakan..tp trauma sy kena tikam di tmpt kerja dlu belum habis..itu yg sy cuba dptkn gmbrn kerja d petronas..terima kasih atas jwpn2 tuan..

        Anuar

        03/07/2014 at 7:01 pm

  23. Alhamdullilah…saya dah dapat kerja sekarang di universiti MAHSA..setelah menganggur setahun..Dalam masa setahun ni la saya sempat bersama-sama dengan arwah abah yang telah meninggal dunia pada 24 Julai 2014..Saya mula bekerja pada 01 oktober 2014..Allah menggantikan rezeki saya di universiti MAHSA rupa-rupanya…

    Eksekutif teraniaya

    28/12/2014 at 1:25 am


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: