Mohd Nasir Isa's Blog

Just another WordPress.com weblog

Hati Kering

with 17 comments

Tau tak kawan-kawan semua, siapakah yang berpotensi mendapat M3 setiap tahun? Saya rasa semua orang bawahan taukan? Siapa lagi kalau bukan anda semua?

Diseparuh OPU ada juga boss yang berhati “basah”, mau juga dia tukarkan tempat (rotate) siapa yang akan mendapat M3, bukan semua boss berhati “kering”. Kalau tahun lepas anda sudah mendapat M3, maka pada tahun ini M3 tu akan diberikan kepada orang lain pulak, begitulah seterusnya pada tahun2 yang akan datang. Tapi bila kena giliran kita, melenting jugak kitakan, maklumlah segala KPI telah kita penuhi, tapi oleh kerana quota yang perlu diisi, maka kita terpaksa dikorbankan, betul tak? Boleh dikatakan segala kerja yang kita lakukan sebelumnya sia2 saje. Kawan2 tau siapakah yang “mencipta” M3 ni?

Nak tau? Dia ni semasa didalam bahagian jualan dulu, berjaya mengkayakan dirinya dengan memiliki Pump Station sendiri, cuma nama station itu ditukarkan kepada nama adiknya supaya segala keburukan yang dilakukannya “terpelihara”. Dia memang kaya raya sekarang, dia juga memang berkuasa besar dalam Petronas sekarang. Sebenarnya M3 tu bukanlah idea bernas dari dia, dia cuma menciplak saje dari GM yang dah bankrup tu. Dia tu, masa sekolah dulu cuma buat aliran sastera jer, bukan dari jurusan sains pun, tapi kerakusannya melebihi keupayaannya. Saya bukan nak memperkecilkan kawan2 yang dari aliran sastera, bukan begitu niat saya, saya cuma nak memberitau bahawa dia ni bukanlah pandai sangat, itu jer niat saya.

Saya ada terdengar kawan2 yang kena M3 tahun lepas. Dia memberitahu bahawa semasa HRPC diadakan oleh Big boss dan semua ketua2 jabatan semasa membincangkan PPA, soalan pertama yang keluar ialah, siapakah yang kita nak bagi M3 tahun ini? Dari situ, semua orang akan tertumpu kepada “mangsa-mangsa” yang akan dikenakan nanti, maka keluarlah cerita2 buruk yang sengaja direka cipta untuk menjatuhkan mangsa2 tersebut, itulah kerja dia orang !!! Mereka berkata, perbincangan itu cuma berlegar di dalam bilik itu saje (between these four walls) – itulah perjanjian syaitan yang sering berlaku setiap tahun. Tetapi, cerita itu ada juga yang mengalir keluar, kerana sebahagian dari ketua2 jabatan tersebut tidak lagi sanggup bersekongkol dengan boss mereka, mereka pun kadang2 terasa berdosa dengan perbuatan tersebut, tapi apakan daya mereka cuma mengikut perintah. Tapi, didalam Islam apakah perintah seumpama begitu wajib diikut? Jawapannya sama sekali tidak ! menganiaya orang bawahan kamu, kamu akan menerima balasan dari Allah jua nanti diakhirat kelak.

Ditempat saya dulu, ada dua orang yang berhati kering, langsung tidak ingat balasan Allah nanti. Kalau berjumpa dengan mereka, kita tak akan percaya bahawa mereka itu sanggup melakukan perkara terkutuk itu. Salah seorang tu akan tersengeh-sengeh dan apabila berjumpa, dia akan memberikan salam dulu daripada kita, nak menunjukkan bahawa dia ni orangnya alim betul, muka selalu manis, memang kita tak akan percaya apabila ada orang mengatakan bahawa dia ni berhati kering. Setiap orang dah tahu, bahawa didalam HRPC, anak buah dia sendiri akan diratahnya, sampai takde orang yang dapat menepis cerita rekaannya. Seorang lagi, mempunyai dendam yang membara kepada sesiapa sahaja musuhnya. Cuba bayangkan, kesalahan yang biasanya kecil tapi tak disukainya, maka dia akan mengungkitnya lagi didalam HRPC meeting itu. Oleh kerana dia boss, maka yang lain2 tu cuma dapat diam sajelah. Dia pernah menyuruh kakitangan lain melupakan segala dendam lama, tapi dia sendiri tak melakukannya.

Kita boleh lihat, orang yang berhati kering ini akan cepat naik pangkat? betul tak? sebab, dia ni akan melakukan apa saje untuk mencapai cita-citanya walaupun terpaksa memijak kepala kawannya sendiri. Orang2 seperti ini akan bersama-sama dengan kumpulan mereka saja, mereka takkan bersama dengan orang2 yang “lemah” pada pandangan mereka. Mereka ni sepatutnya mampus dari kecil lagi bak kata Ahmad Nisfu dalam cerita Seniman Bujang Lapuk – “Kecil2 tak nak mampus, bila besar menyusahkan orang lain saje”.

Written by mohdnasirisa

25/07/2010 at 4:35 pm

Posted in Petronas

17 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Seronok jugak baca cerita En Nasir ni. Tapi lebeh seronok kalau En Nasir bubuh sekali nama-nama geng jahat PETRONAS yang diceritakan tu, baru lah real. Kalau tak letak nama, macam cerita apa-apa jer, macam gossip-gossip dalam Mingguan Malaysia tu jer.

    pangeran

    05/08/2010 at 8:27 am

    • Sebenarnya, ramai kawan2 yang membaca cerita saya ini sudah pun tahu siapa mereka itu, cuma Sdr Pangeran saje yang berada diluar lingkungan cerita saya ini, jadi sdr mungkin merasa tidak seronok. Apalah gunanya saya meletakkan nama mereka itu dicoretan saya ini? Dalam bab ini, biarlah kita tidak tahu, kerana kalau kita banyak tahu, mungkin makin bertambah pulak dosa kita nanti, wallahu’alam.

      mohdnasirisa

      05/08/2010 at 8:10 pm

  2. kehadapan abg nasir,
    sy br keja petronas 2 tahun, saya pun dpt M3..tp x ambil CTO kerana x yakin dapat bekerja di luar lagi..moral down, tertekan sampai sakit.. gaji x naik- kawan2 naik sampai 5-6ribu tahun ni, tp budak2 M3 dpt 3ribu lebeh je..tolak bersih dpt 2.5k..tolak kete+rumah tinggal 1.5k..tolak bil2, bg makan anak bini lg cukup2 saja..itupun kena makan megi, kat ofis bedal makanan free jer(kan pet byk bazir makanan mase meeting, kan?)..nak makan apa camni..bukan nak kata mata duitan, sy jenis x berkira langsung, setakat guna kereta sendiri pegi training/course dekat2 x pernah claim, dtg kerja weekend x pernah claim..itu dululah, tp skarang terpaksa la claim, nak tampung belanja..

    sy rasa polisi M3 ni sungguh kejam..kawan2 pula semakin bersikap “save my own asshole”, iri hati, dengki dan penuh dgn segala sifat mazmumah..

    apa-apa pun sy tetap mengikhlaskan diri bekerja kerana Allah, bkn kerana petronas atau boss krn sy tau semua rezeki dariNya..

    entah apala nasib tahun depan..

    M3 candidate

    20/08/2010 at 12:00 am

    • ini lah nasib eksekutif muda M3 di sebuah organisasi yang global champion..

      M3 candidate

      20/08/2010 at 12:02 am

    • InsyaAllah anda selamat tahun depan

      mohdnasirisa

      20/08/2010 at 6:40 am

      • yeker?mana abg nasir tau?

        M3 candidate

        21/08/2010 at 2:06 pm

      • Bukanlah tau, tapi kalau anda buat apa yg disuruh, penuhkan KPI tu, kemungkinan besar, M3 tu akan berpindah kepada orang lain pula.

        mohdnasirisa

        21/08/2010 at 3:57 pm

  3. Bismillahirahmanirahim,

    Assalamualaikum,
    Apabila sy trbaca ruangan en nasir, sy dpt rasekan, en nasir adelah seorang yang tidak mengenal erti KESYUKURAN.

    Bagaimana Allah mahu membantu en nasir dalam perkara ini? Ya, Dia Maha Berkuasa, tp en nasir banyak memburukkan orang lain, mencaci, malahan menghina orang lain sedangkan, mereka MUNGKIN tidak pernah berkata-kata buruk tentang en nasir.

    “… itulah perjanjian syaitan yang sering berlaku setiap tahun…” apakah maksud kata-kata ini en nasir? MasyaALLAH, bagi sy, itu policy, bukannye perjanjian syaitan. Iskh3. . MasyaAllah. Lihat sahaja lah kata2 en nasir, menaburkan fitnah. Fitnah itu lagi besar dan berat DOSA nya dr membunuh. Masya Allah…

    Sy memohon maaf andai terkasar bahasa. Sy hanya menegur en nasir . . Jika benar en nasir ditempat yang benar dan seorg yg bersyukur, insyallah, perkara mencaci ini pasti en nasir elakkan.

    Hamba Allah.

    Kembali ke Jalan Nya.

    Yoi

    29/08/2010 at 3:18 pm

    • Waalaikumussalam En/Cik Yoi,

      Meneliti dari tulisan anda, saya dapat merasakan bahawa anda ini seorang yang warak tapi tak bertempat. Sebenarnya saya tidak akan menulis apa yang saya tuliskan itu jika saya tak membuat kajian terlebih dahulu. Saya tak mungkin menuduh jika saya tidak benar2 pasti akan kesahihan perkara tersebut. Saya tidak akan menaburkan “fitnah” jika perkara itu benar2 TIDAK berlaku.

      Tulisan itu berdasarkan kepada segala fakta2 yang dikumpulkan dari BUKAN seorang, tetapi dari beberapa orang yang berada didalam mesyuarat “Perjanjian Syaitan” tersebut.

      Ditempat anda mungkin TIDAK sama dengan tempat saya bekerja dahulu dimana terdapatnya orang2 yang tidak berhati perut seperti yang saya gambarkan itu. Anda tidak tahu yang berkara sebegini telah berlanjutan sejak dari tahun 80an lagi. Saya kalau tidak pasti, saya tidak akan menulis didalam blog saya ini, malangnya anda tersinggah diblog saya dan menuduh saya pula manabur fitnah yang saya rasa anda tidak pernah melakukan kajian terlebih dahulu sebelum menuduh saya pula.

      Kita hanyalah manusia biasa yang selalu melakukan kesalahan, tetapi kalau kesalahan yang sama saje yang kita lakukan kepada orang yang sama, apakah maksudnya itu?

      Saya suka kalau ada orang menegur saya tapi biarlah bertempat, kalau anda tidak tahu hujung pangkalnya, tak perlulah menuduh saya pula.

      Saya pun hamba Allah juga yang selalu kembali kejalan Nya.

      mohdnasirisa

      29/08/2010 at 3:56 pm

    • Salam,

      Diharap dapat memperbetulkan penggunaan perkataan “MasyaALLAH”

      http://qazikirdandoa.blogspot.com/2009/03/maksud-kalimah-masyaallah.html

      Che Mat

      30/09/2010 at 12:00 am

    • En/Cik Yoi,

      bukannya tak kenal erti kesyukuran. En Nasir berhak menulis apa2 fakta, info, pendapat beliau… seperti juga dgn Yoi. Mana Yoi tau yang En Nasir menaburkan fitnah? Bagi saya, saya kenal dgn seseorang yang pernah masuk sekali didalam HRPC semasa perbincangan PPA. Beliau seorang TP. Apa yang digambarkan oleh En Nasir adalah sama dengan apa yang diceritakan oleh kenalan saya itu. UP, kenalan saya itu tak pun dapat M3. Cuma dia menceritakan apa yang berlaku dalam HRPC adalah amat subjektif dan tiada objektif. Semata2 mengata buruk atas sesiapa yg mereka rasa yang tidak ‘visible’.

      hambaAllah

      22/10/2010 at 3:28 pm

  4. Saya terasa “terangsang’serta bersemangat membaca tulisan Tuan.
    Idea yang Tuan lontarkan sangat bernas dan boleh dijadikan sebagai motivasi kepada yang ingin membangun berjaya ( bagi saya setanding dengan Datuk Dr Fadzilah Kamsah )semoga suatu masa menjadi perunding motivasi yang hebat terutama untuk kakitangan PETRONAS yang kecewa.
    Saya adalah seorang pengawal keselamatan yang telah berkhidmat hampir 20 tahun.
    Semasa bekerja saya berpeluang berbual secara santai dengan peringkat pengurusan ( President/VP serta pelbagai peringkat)bertugas di kediaman mereka atau pun majlis sosial dan diterima secara baik jika isu yang dibualkan boleh dikongsi saya akan turut serta jika tidak saya cuba jadi pendengar yang baik.

    Jika tidak keberatan pohon ceritakan pengalaman tuan berkaitan berbagai falsafah dalam PETRONAS sejauh mana ianya dihayati.
    1.Nilai bersama “KEKELUARGAAN
    2.PGB “Bersama Bagaikan Satu”

    Lain lain isu seperti saya ada terbaca artikel kenyataan Tan Sri Hassan didalam akhbar “bekas kakitangan adalah juga satu produk yang bermutu apabila dilepaskan dipasaran kerja hasil dari perancangan ( latihan dalaman /biasiswa )

    Contoh mungkin boleh diambil diri Tuan sendiri apa yang pasti semangat bersaing survival patut dijadikan contoh (berani menonjolkan diri dengan menjadi blogger dan menceritakan pengalaman / musibah bahana M3 dll jika ada setengah pihak mungkin merasa malu.

    Apa yang pasti tabik hormat saya berikan dimana Tuan begitu meraikan pengunjug blog tuan dengan lebih menggunakan bahasa pengantar BM bukan nya bahasa Inggeris bagi saya kadang kadang terdapat bidasan tuan agak kasar bahasanya bagi saya itu adalah lambang ketelusan.

    Semoga tuan terus berjaya dan diberikan idea idea baru

    abangdie

    24/09/2010 at 9:02 am

    • InsyaAllah saya akan memberikan komen saya berkenaan dengan falsafah yang tuan nyatakan didalam komen tuan itu apabila saya ada masa dan idea2 yg lebih menarik nanti.

      mohdnasirisa

      24/09/2010 at 6:37 pm

  5. En/Cik Yoi ni x pernah kena M3, mana dia tau.

    M3 candidate

    27/09/2010 at 9:28 pm

    • bila dah kena M3 nanti, bolehlah En/Cik Yoi berkongsi panglaman..

      meng

      28/09/2010 at 2:30 pm

  6. Inilah contoh perangai memalukan kakitangan petronas carigali yg rata rata sama saja. Memeras kontraktor setiap masa atas nama proj mgt.

    wan

    15/03/2016 at 1:03 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: