Mohd Nasir Isa's Blog

Just another WordPress.com weblog

M3 Consultant

with 10 comments

Selain dari duit pampasan, untuk staff2 yang menerima CTO tu disediakan dengan khidmat konsultansi dari syarikat yang Petronas pilih. Kali ini mereka memilih Ayers Asia untuk memberikan tunjuk ajar bagaimana “staff buangan” ini untuk “hidup” diluar Petronas, nak menunjukkan yang dia orang tu perihatin kepada mangsa2 mereka konon !!! Tak taulah berapa Petronas habiskan duit untuk syarikat ini pulak…bukan tak tahu yang mereka tu semua ada retirement plan masing2, inilah masanya untuk mengaut keuntungan secara sembunyi, dikelabui dengan projek2 semacam ini. Selain menganiaya staff, mereka juga boleh mendapat keuntungan besar bak kata omputeh, killing 2 birds with one stone.

Aku ditelefon oleh seorang budak perempuan dari Ayers Asia ni sebaik sahaja aku melapor diri ditempat kerja baruku ini. Terkejut jugak dia bila aku mengatakan yang aku sudah ada kerja sekarang dan dia juga mengucapkan tahniah kepada aku kerana terlalu cepat dapat kerja semula setelah dibuang dari Petronas. Tetapi aku mengatakan bahawa aku masih memerlukan “khidmat nasihat” dari dia orang walaupun sudah bekerja, yerlah apalah salahnya mendengar nasihat yang berguna kan?

Dia mencadangkan beberapa nama konsultan untuk aku pilih, macamlah aku kenal dengan dia orang tu. Akhirnya dia memilih seorang yang bernama Musa untuk menjadi konsultan aku. Dalam pada itu, dia juga ada menyatakan yang Petronas akan membayar duit telefon RM100.00 sebulan untuk 3 bulan seterusnya dan juga menyediakan ofis untuk kita membuat kerja2 kita nanti.

Musa ni pulak dah dua kali telefon aku nak jumpa muka, tapi malangnya aku masih lagi sibuk dengan kerja2 baruku. Jadual kerja yang padat membuatkan aku tiada masa untuk berdating dengannya. Maklumlah malam ni akan ke Kota Kinabalu untuk meeting esok dan minggu depan terpaksa pulak ke Labuan untuk melawat fabrication yard disana, tapi aku dah buat tentative arrangement dengan dia untuk berjumpa selewat-lewatnya hari khamis minggu depan, insyaAllah jadi kot.

Apakah sebenarnya muslihat Petronas disebalik melantik Ayers Asia sebagai consultant kepada staff2 buangan ini? Daripada kawan2 yang kena M3 tahun lepas, masih ramai lagi dari mereka yang menganggur, tak dapat kerja. Jadi apakah justifikasi untuk Petronas meneruskan projek ini, hanya mereka yang berkepentingan saja yang tahu.

Written by mohdnasirisa

04/08/2010 at 2:32 pm

Posted in Petronas

10 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. kuran-kurang ada hati walau kering sekali pun. lebih teruk kalau tak ada hati perut.

    meng

    08/08/2010 at 8:30 pm

    • Takde hati perut tu biasa kita guna untuk Polis yang menyaman kita, untuk pengurusan kita gunakan istilah hati kering….

      mohdnasirisa

      08/08/2010 at 10:20 pm

  2. no more loyalty in petronas; staff would do anything to secure their position, for at least another PPA cycle year. backstabbing, selfish, no teamwork, stepping on others, etc. are now a worrying culture in petronas.

    din

    14/08/2010 at 10:50 am

  3. salam en. nasir,

    sy pernah menjadi student u dlm PM, mohon letak ur link in my personal blog.

    bagi sy m3 ni bukan masalah middle management, ni masalah top mgmt atau polisi… apa nak buat, nama pun makan gaji, org bagi makan buatlah apa yg disuruh..:)

    TQ

    wakif

    17/08/2010 at 8:05 am

  4. abang nasir…apa kata abang pakat dengan konsultan tuh…buat meeting olok2….and then duit sewa tuh amik la sikit….duit petronas aje pun

    Anuar ahmad

    18/08/2010 at 3:47 pm

  5. Saya memang dah jangka orang seperti awak ini akan buat komen seperti ini, tapi saya ada keberanian untuk mendedahkan nama saya diblog, bukan macam awak yg munafik tak mahu gunakan nama sebenar, pengecut!!!

    mohdnasirisa

    31/08/2010 at 5:17 am

  6. […] M3 Consultant August 20109 comments 4 […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: