Mohd Nasir Isa's Blog

Just another WordPress.com weblog

Era Kontraktor

with 6 comments

Cuma tinggal satu saje lagi bayaran yang belum dilunaskan oleh Petronas kepadaku iaitu bayaran bonus seperti yang dijanjikan didalam surat perjanjian perbehentian kerja dengan Petronas tempohari. Bayaran bonus ini bergantung kepada budi bicara Petronas, tapi mengikut kawan2 yang berhenti pada tahun lepas, cuma separuh sahaja bayaran yang akan dibayar nanti iaitu jikalau kakitangan Petronas dapat 4 bulan, maka kita orang akan dapat 2 bulan jer. Itu pun jadilah, rezeki jugak namanya tu.

Walaubagaimanapun sudah 3 minggu aku tak menulis didalam blog ini. Mungkin sudah kekeringan idea bagaimana nak belasah Petronas. Ditambah pula dengan kesibukan aku dengan kerja2 yang dilakukan sekarang, asyik terbang kesana, terbang kesini melayan klien syarikat aku.

Duit pampasan Petronas sudahpun dibayar dan aku gunakan duit itu untuk membeli sebuah apartment di Batu Caves Centrepoint pada 19/8/2010 yang lalu, boleh bayar cash dengan duit pampasan itu, aku lega kerana tak payah berhutang apa2 lagi. Aku mengambil masa 2 hari untuk memunggahkan segala barang2 dari rumah sewa di Kg Baru ke Batu Caves. Segala kemudahan boleh didapati disana, jadi kehidupan aku sekarang agak selesa, cuma terpaksa tinggal bersendirian sahaja dirumah berbilik 3 itu. Sesekali keluarga aku akan datang apabila musim cuti sekolah tiba.

Bekerja sebagai kontraktor sekarang memang agak cerewet kerana terpaksa melayan kerenah staff client, macam2 benda yang mereka suruh buat, boslah kononnya, biar gaji kecil pun, tapi mesti berlagak lebih. Kalau nak bandingkan gaji engineer kontraktor adalah lebih kurang 2 kali ganda daripada gaji “Pegawai2 Petronas”, tapi lagak dia orang lebih 2 kali ganda daripada lagak engineer kontraktor, itulah hakikatnya. Sorilah kalau ada member2 Petronas terasa dengan kenyataan ini!!

Satu lagi benda di Petronas yang masih lagi berlaku ialah kita dapat lihat dan menyakitkan mata, masih ramai lagi Mat Salleh yang bekerja dengan Petronas, pagi tadi terjumpa Mat Salleh yang dah tua, terhincut2 pula jalannya masih lagi dipercayai oleh Petronas yang kononnya banyak pengalaman dan boleh membawa Petronas ke “Global Championship” kononnya, sedangkan Melayu yang lebih banyak pengalaman sengaja dipinggirkan samada didalam atau diluar Petronas. Begitu singkat sekali fikiran mereka !!

Bekerja diera kontraktor ni amat menyenangkan sekali, tiada lagi punchcard, tiada lagi KPI bodoh yang menyiksakan jiwa setiap staff Petronas dan tiada lagi closed minded thinking yang diamalkan oleh staff Petronas. Diluar Petronas, terasa dunia ini begitu luas sekali dan banyak peluang boleh kita dapati jikalau kita mahu bekerja dan sanggup berusaha lebih sikit. Hidup diluar ni, kita boleh melakukan banyak kerja dalam satu waktu, tidak terikat dengan sesiapa, bebas dari cengkaman pemusnah yang cuma mahu kita membuat kerja untuk dia sahaja tapi mendapat gaji kecil.

Setiap staff Petronas macam sudah di “brainwashed” dan merasakan bahawa tiada langsung peluang untuk bekerja diluar, aku pun begitu jugak dahulu, tapi setelah berada diluar, maka kita dapat merasakan bahawa dunia luar lebih baik dari dunia “Petronas” sehinggakan ada kawan2 lama yang baru mengetahui yang aku sudah keluar Petronas menelefon aku sambil menyatakan kekesalan mereka dengan pemergian aku, macamlah aku tak boleh hidup diluar Petronas. Sebenarnya kehidupanku diluar Petronas adalah lebih baik berbanding dengan dahulu, itu saje yang dapat aku katakan sekarang. Sehingga berjumpa lagi di posting yang akan datang, insyaAllah.

Written by mohdnasirisa

26/08/2010 at 9:37 am

6 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Wah baiknya anda, macam malaikat !!! tapi dalam baik tu boleh pulak menuduh orang menipu dan berlagak… terimalah hakikat yang staff Petronas ramai yg makan suap, kalau dulu saya tak tahu, tapi bila diluar Petronas sekarang baru tahu yg staff Petronas ini ramai yg korup

    mohdnasirisa

    31/08/2010 at 5:14 am

  2. terima kasih atas tulisan anda. Saya sering tertanya2 samada keputusan saya masuk dalam bidang pertanian adalah betul atau tidak -sedangkan saya lulusan Mechanical. Ia, dunia diluar amat luas peluangnya, hanya untuk orang yang berani dan pandai memanfaatkanya yang akan berjaya.

    shah

    09/09/2010 at 10:23 pm

  3. Apartment harga 60k? Ada lagi tak? Batu Caves tu ada LRT/Komuter dekat-dekat tak?

    Hansac

    25/09/2010 at 10:15 am

    • Saya tak tahu samada ada lagi ke tak apartment yg harga RM60,000.00, tapi you boleh masuk website mudah.com, cari kat situ, dulu saya cari disitulah dapat rumah yg saya duduk skrg ni. LRT di Taman Melati lebih kurang 5km, saya pegi naik moto dan park kat situ dan ambil LRT ke KLCC, komuter ada kat kuil hindu tu, tapi saya xpernah cuba lagi…

      mohdnasirisa

      25/09/2010 at 2:07 pm

  4. En. Nasir,
    Beli apartment tu untuk duduk sendiri ke ?
    Masa tu berapa harga ? Beli atas orang ke atau dari developer ?
    Saya pun plan nak beli area batu caves, boleh teropong syaitan2 berterbangan bila tiba hari Thaipuasam nanti….. hehe….. just my 2 cent….

    harun

    29/12/2012 at 4:45 pm

    • Ya En Harun, saya beli untuk duduk sendiri masa kerja dgn Petra dulu. Harganya pada masa tu Sep 2010 RM80,000.00, apartment kecil jer. Beli atas tangan orang, dia buat duit masa tu sebab dia beli semasa bank lelong. Sekarang saya dah xkerja lagi, sesakali buat istana hinggap masa pegi KL.

      mohdnasirisa

      29/12/2012 at 5:58 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: