Mohd Nasir Isa's Blog

Just another WordPress.com weblog

Bonus Petronas

with 50 comments

Dengar khabar, pengumuman telah dibuat oleh Presiden Petronas pada hari Jumaat 27/8/2010 semalam bahawa semua kakitangan akan mendapat bonus pada bulan depan. Persoalannya sekarang, cuma dua (2) bulan gaji saje yang akan dibayar kepada seluruh kakitangan Petronas. Kenapa sikit sangat jika dibandingkan dengan tahun2 lepas?

Dengar cerita orang dalam, Petronas Board sudahpun meluluskan bonus sebanyak 4 bulan gaji, tapi semasa dibawa kepada kelulusan, 2 bulan gaji kakitangan Petronas telah di hijack untuk dibayar kepada kakitangan kerajaan. Patutlah CEUPAC dan seluruh media massa heboh baru2 ini menyiarkan berita bahawa kakitangan kerajaan akan memperolehi bonus RM500.00 seorang. Bertuah betul kakitangan kerajaan mendapat hasil dari keringat kakitangan Petronas tanpa bersusah payah bekerja dan tak perlu memenuhi KPI masing2, semua dapat samarata RM500.00 seorang. Kan adil namanya tu !!!

Sepertimana biasa, seluruh kakitangan Petronas akan mengeluh panjang dan diikuti dengan berbagai2 perbualan kedai kopi membincangkan tentang “Kesikitan” duit bonus tahun ini. Cerita ini akan berpanjangan sehingga kepada bonus tahun depan dan akan menjadi lipatan sejarah kepada seluruh warga Petronas.

Jikalau dulu2, kakitangan Petronas berhempas pulas bekerja dengan apa cara sekalipun, tak kira samada mencantas orang lain, hanya untuk kepentingan diri sendiri, sambil mengharapkan imbuhan atau bonus yang lebih baik akan menyusul, apakah kakitangan Petronas akan meneruskan rhythm atau momentum seperti sekarang setelah mendapat tahu bahawa mereka tidak mungkin lagi mendapat imbuhan yang bersepadanan dengan usaha yang diberikan? Kalau tidak memenuhi keperluan KPI, M3 pulak akan menyusul bak kata Karam Singh Walia diluah mati bapak, ditelan mati ibu. Lu fikirlah sendiri !!!

Written by mohdnasirisa

28/08/2010 at 10:02 am

Posted in Petronas

50 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Alhamdulillah dapat juga bonus tahun ni…:)

    wakif

    29/08/2010 at 9:42 am

  2. dua bulan pun ok gak, rezeki. lagi molek kalau disedekahkan sedikit kepada yang memerlukan

    meng

    30/08/2010 at 12:16 am

  3. isu kerajaan kelantan saman petronas, apa komen tuan?

    din

    30/08/2010 at 4:55 pm

    • Komen saya ialah Nik Aziz dipermainkan oleh exco2nya yg kononnya menyebelahi beliau padahal Nik Aziz tidak tahu apa2 pasal undang2/Kanun tanah negara. Kerajaan negeri hanya boleh mendapat royalti bilamana minyak yg dikeluarkan digali tidak lebih dari 15 batu dari pesisiran pantai Kelantan. Sedangkan minyak yg dikeluarkan adalah beratus batu dari pantai Kelantan.

      Jikalau sekalipun Kerajaan Kelantan menang dipusingan pertama dalam tuntutannya, Petronas masih lagi boleh membuat rayuan sehingga akhirnya dia akan menang juga kerana Petronas mempunyai banyak peguam2 yg sudah lama menunggu kes2 sebegini. Banyak loophole yg dapat diputarbelitkan oleh peguam2 mereka, tapi kali ini mereka mempunyai asas yg kukuh disebalik kanun tanah negara itu. Telah banyak kes2 kakitangan melawan Petronas, jarang ada yg menang.

      Pada adatnya Nik Aziz akan kalah, tetapi pada Allah, itu semua adalah harus belaka..wallahu’alam

      mohdnasirisa

      30/08/2010 at 6:54 pm

      • Saya tak setuju dengan ayat, “Kerajaan negeri hanya boleh mendapat royalti bilamana minyak yg dikeluarkan digali tidak lebih dari 15 batu dari pesisiran pantai Kelantan.” Tiada dalam undang2 kanun tanah negara yang kata macam ini. Cuba baca Perlembagaan Malaysia. Tanah milik Persekutuan hanya 3 -KL, Labuan & Putrajaya. Selain daripada tu, semua milik kerajaan negeri. Maknanya kalau kata minyak tu digali bukan dalam perairan milik Kelantan, maka implikasinya perairan tu bukan milik Malaysia. Cakap kosong saja kalau kata perairan tu milik kerajaan Persekutuan.

        kb

        02/09/2010 at 12:42 pm

      • Baguslah kalau anda betul2 faham Kanun Tanah Negara…..

        mohdnasirisa

        02/09/2010 at 1:06 pm

  4. Baguslah kalau begitu, tapi saya rasa anda orang baru masuk Petronas, belum tahu sepak terajang politik dalaman Petronas..

    mohdnasirisa

    31/08/2010 at 5:09 am

    • saya baru join petronas tak sampai 2 tahun lagi tp dah sakit hati dgn politik staff2 petronas nie…tambah2 dgn adanya M3 skrg nie..yg yg kambing hitam org2 wat keje tp tak visible…org yg tak wat keje tp dikenali oleh ramai boss mmg tak payah wat keje byk pun…tp takpe, wat keje sbb petronas bayar gaji dah lah..

      trg

      03/09/2010 at 2:55 pm

      • Itulah yg terjadi pada saya, tak visible pada pandangan dia orang…

        mohdnasirisa

        03/09/2010 at 3:40 pm

  5. harap2 bonus masuk sebelum raya..dapat jugak nak beli buah tangan lebih sikit untuk dibawa balik ke kampung..

    den

    01/09/2010 at 11:28 pm

  6. i dengar-dengar non-exec petronas nak mogok coz x dpt bonus this yr…according to their CA if execs get 2 mths, they get nothing…tapi tak tau la, mungkin just rumors kot…

    adam

    04/09/2010 at 8:03 am

  7. Interesting post… but maybe some problems or ketidakpuasan hati suarakan dalaman dengan pengurusan Petronas.. mungkin u akan dapat audience(s) yang diinginkan, tetapi sekiranya penulisan kita memberi provokasi yang akhirnya memberi impak negatif kepada organisasi tempat kita mencari rezeki, then tiada gunanya juga. Tak pasal2 kisah rumahtangga Petronas disajikan kepada umum… politik staff lah, kambing hitam lah, lawyer Petronas lah… sensasi yes, but fruitful def not.

    Lara

    04/09/2010 at 12:07 pm

    • itu pendapat kau la lara

      anonymous

      04/09/2010 at 9:55 pm

    • itulah kau lara..duduk dalam pejabat aje.
      kami nie turun naik platform check fin fan bermandikan peluh tak dapat apa-apa.
      tak pernah dalam sejarah tak dapat bonus untuk hari raya.
      sejak CEO yang baru kroni najib.
      CIS!! aku akan berusaha untuk pergi ke QATQR.

      slash

      14/10/2010 at 4:50 pm

    • Haha !!!…. because you are one of them….may be kaki jilat or kaki kipas….
      what kind of audience you talking about ?

      Hassan

      29/12/2012 at 2:39 pm

  8. Waalaikumussalam tuan, salam ramadhan juga untuk tuan,

    Sebenarnya dari dulu lagi persepsi antara penjawat awam dan swasta amatlah jauh berbeza, masing2 memandang serong diantara satu sama lain. Setiap kali saya berinteraksi dengan pegawai kerajaan, saya selalu dihidangkan dengan berbagai2 kerenah yang menyakitkan hati kerana mereka selalunya nak menunjukkan kekuasaan yg mereka miliki, saya tetap saje bersabar. Saya selalu berinteraksi dengan pegawai2 atasan kerajaan kerana mendapatkan kelulusan untuk projek2 syarikat saya dulu.

    Saya tidak kata yg semua pegawai kerajaan bertindak sedemikian, tetapi majoritinya berkelakuan begitu. Mungkin tuan tidak termasuk didalam kategori itu. Saya pernah diherdik oleh Pengarah di Jabatan Perkhidmatan Awan kerana ingin mendapatkan kelulusan untuk menyambungkan pelajaran saya dulu. Mungkin tuan tidak mengerti erti kesusahan apabila berhadapan dengan pegawai kerajaan kerana tuan sendiri adalah pegawai kerajaan, yg terpaksa saya lalui kerana cuma ingin mendapatkan tandatanganya sahaja!!

    Saya meminta maaf kerana tuan “tersinggah” diblog saya, dan saya minta tuan jangan singgah lagi diblog saya.

    mohdnasirisa

    04/09/2010 at 2:35 pm

    • salam bro nasir,
      nak ucap selamat hari raya aidilfitri..
      terima kasih..

      muhaimin rahim

      07/09/2010 at 3:45 pm

      • Waalaikumussalam bro Muhaimin,
        Selamat hari raya aidilfitri kepada anda juga, maaf zahir batin.

        mohdnasirisa

        07/09/2010 at 9:22 pm

    • Maaf, presepsi itu tidak boleh digunapakai lagi. Saya sendiri bekerja dengan agensi kerajaan untuk promosi eksport di bawah MITI. Banyak kerja hakiki untuk menguruskan aktiviti-aktiviti eksport negara, dan juga kerja-kerja adhoc. Bukan setakat itu sahaja, kami selalu kerja sehingga malam hari malah pada hujung minggu, mengatur strategi eksport negara dan koordinasi eksport negara. Saya bersyukur dengan apa yang kami terima elaun kritikal yang bernilai RM100 dan duit raya RM500 meskipun gaji bulanan yang kami dapat jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan Petronas. Tuan seharusnya bersyukur, mendapat bonus 2 bulan. Saya bukan lah untuk mengkritik Tuan, cuba fikirkan tidak ramai yang bernasib baik dapat bekerja di company seperti Petronas yang mempunyai kemudahan healthcare di Prince Court dan mendapat bonus berbulan-bulan.

      Untuk pengetahuan, sebelum menyertai agensi kerajaan, saya pernah bekerja di UEM dan AirAsia. Apa yang penting itu adalah keikhlasan, dan kepuasan dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan.

      Apologies if this post in any way offended you.

      Anonymous

      15/03/2011 at 11:48 pm

  9. Salam……….

    Memang tidak kepuashatian kakitangan yang non eksekutif suadah sampai ke tahap yang tidak boleh dikawal lagi.Saya adalah kakaitangan PERTRONAS yang telah berkhidmat selama 18thn….sejak akhir2 ini PETRONAS telah diguna pakai oleh kalangan ahli politik yang rakus dan mementingkan politik mereka.Tidak tahukah mereka,bagaimana kakitangan2 petronas berkorban meningalkan keluarga,mengadai nyawa bertugas dinegara2 yang bergolak dan pelbagai lagi yang terpaksa ditanggung oleh kakitangan petronas sehinggalah petronas memberi sumbangan yang amat2 besar kepada kerajaan.
    Sekarang……..Medical,Loan perumahan,loan kederaan telah diserahkan kepada consultans yang konon nya boleh menambah cekap kemudahan tersebut tetapi sebenarnya hanya lah memberi kesan yang amat menyusahkan kepada semua kakitangan PETRONAS.
    Sekarang……..kakitangan PETRONAS tiada lansung keistimewaan yang boleh dibanggakan.Bonus pun dah 2 bln…….lama kelamaan PETRONAS akan menjadi sebuah syarikat minyak indonesia iaitu PERTAMINA yang akhirnya terkulai dirogol oleh ahli-ahli politik mereka sendiri……

    pakaboy

    04/09/2010 at 5:58 pm

    • tanda tanda awal tu…the worst is yet to come

      meng

      07/09/2010 at 9:48 pm

    • Petronas tak dapat nak ditunggu lagi.
      Orang tamak selalu rugi.
      dengan keringat peluh yang aku curahkan untuk bekerja dengan MLNG sdn bhd namun ini yang dibagi.
      KECEWA!!KECEWA dgn CEO yang baru.
      ingat doa adalah senjata…
      jika ditindas begini,macammana doa kita?

      slash

      14/10/2010 at 4:55 pm

  10. bonus petronas dah masuk tapi apsal saya dpt x sampai 1 bulan. bonus pun ikut ppa ka?

    din

    05/09/2010 at 1:14 am

    • En Din, ppa mmg ada impact. jgn lupa pula ‘subsidi’ ke LHDN yg biasanya sampai 26%. itu sebabnya duit yg masuk dalam bank tak sampai sebulan gaji…

      ishak

      06/09/2010 at 6:14 am

  11. M3 bonus setengah shj…inna lillah

    din

    06/09/2010 at 12:11 pm

    • Jangan kurang dari RM500 cukuplah…kalau tidak Petronas staff dapat lagi sikit dari penjawat awam.

      mohdnasirisa

      06/09/2010 at 1:17 pm

      • aku tak dapat apa-apa untuk belanja hari raya anak-anak aku.

        slash

        14/10/2010 at 4:57 pm

  12. salam..
    suka baca tntg petrns.saya bkn staff tp suami bekerja di pptsb..selalu jg dgr dia merungut tntng kompeni…
    mohon izin link blog tuan di blog saya…

    azie

    07/09/2010 at 6:29 am

  13. so, brother dgr kat sedronok kerja tempat baru. boleh kah kongsi keseronakkan dgn kita org. Anyway selamat hariraya maaf zahir bathin..

    paka..

    08/09/2010 at 10:31 am

    • Selamat hariraya juga untuk anda.
      Seronok ni bergantung kepada hati kita, kalau kita suka dengan sesuatu itu, maka seronoklah kita, begitu juga dengan sedap, kalau lidah kita merasa sedap, maka sedaplah pada anggapan kita, tapi mungkin tak seronok/sedap pada orang lain. Anyway kalau ada cerita yang seronok nanti akan saya kongsikan bersama.

      mohdnasirisa

      08/09/2010 at 10:41 am

  14. just ingin menyampuk…

    Jarang kitew dengar kerajaan mana mana menganjurkan doa dan majlis terima kasih pada kami NET2 dan junior Exec yg berhempas pulas menggadai nyawa meninggalkan anak isteri dan keluarga demi memenuhi tuntuan negara juga politik… Banyak sangat majlis dan terima kasih di paparkan media terhadap tentera, polis, bomba, pengawal keselamatan yg kebanyakkanya tidak sentiasa berisiko seperti kakitangan NET dan Exec2 ini…

    Kebanyakkan mereka sibuk mengatakan bonus yg diberi pada 3 taun lepas sebanyak 5 bulan… walahal itu adalah selayaknya yg kami patut dapat berbanding dengan apa yang kami kerjakan.. Ada ker ahli politik pernah ambil tau kesusahan dan problem2 yg kami hadapi sepanjang kami mengoperasi sesebuah kilang??? Ada hati ke nak ambil tau… Yg ada hanya macmana nak penuhkan kantung Bank untuk diri sendiri, nafsu juga anak isteri..

    Apa yang sebuk semua katakan adalah royalti pada pihak itu dan ini… x pernah pun mereka mereka ini tau dan cuba fahamai keperitan yang NET rasai untuk menguruskan segala masalah dan memastikan kilang berjalan lancar lantas menjamin nyawa mereka untuk hari itu…

    Apabila bisness bercampur dengan Politik… akan hancurlah bisness itu… Ingat… Pekerja 1 pergi seribu mari tapi Kemahiran 1 pergi 1 juta yg mari belum tentu ada kemahiran…. Kemahiran bukan sesuatu yg boleh develop 5 6 bulan… Ini yang pihak pihak atasan Petronas terlepas pandang… Kebanyakkan org org yg berkemahiran tinggi dalam Petronas di biarkan pergi begitu sahaja…

    Itulah Politik Petronas… Yg BALAnya… kami NON EXECUTIVE TECHNICIAN n JUNIOR EXECUTIVE…

    Uhass

    08/09/2010 at 3:01 pm

  15. Assalamualaikum semua…

    saye kakitangan petronas non-exec nak tanya skit klu ade sape2 tahu bila non-exec akan dapat bonus 2 bulan seperti yang presiden umum ogos 2010 lalu? coz dah nak hampir bulan oktober dah ni.

    dari pemahaman saye tentang pengumuman bonus pada bulan ogos 2010, mengatakan bonus 2 bulan untuk semua kakitangan tetap yang layak. jadi sepatutnya non-exec pun dapat ler.

    selamat hari raya aidilfitri untuk semua…

    haku

    21/09/2010 at 12:56 pm

    • Waalaikumussalam, awak tak akan dapat bonus lagi sebab dah dapat dulu 2 bulan…

      mohdnasirisa

      21/09/2010 at 4:45 pm

      • maksud tuan, 2 bulan yang dapat pada disember 2009 tu ke?

        haku

        22/09/2010 at 11:39 am

      • Kalau mengikut perjanjian KAPENAS, begitulah jawapannya, tuan.

        mohdnasirisa

        23/09/2010 at 8:20 am

  16. assalamualaikum…

    haku berpendapat adalah lebih baik untuk pengumuman pemberian bonus keuntungan dimasa akan datang (kalau ada lagi ler…) just tuju untuk exec sahaja jika bonus 2 bulan kebawah. jadi non-exec tidak akan tertunggu2.

    kalau ditengokkan pada pengumuman presiden bulan ogos lepas, ramai non-exec akan berasa tertipu dengan pengumuman tersebut. ayat yang digunakan seperti semua staf akan dapat pada september ini, walhal tak semua. ayatnya lebih kurang macam ni “pemberian bonus untuk semua kakitangan tetap yang layak”. sapa2 pun mengharap kalau ayat macam ni!!!

    kalau non-exec ditarifkan telah menerima bonus keuntungan lebih awal iaitu pada bulan disember, adalah lebih baik jangan letakkan perkataan “semua kakitangan”. sebabnya bonus dibulan disember sure non-exec akan dapat 2 bulan tak kurang atau lebih walaupun presiden tak umum. waima petronas rugi sekalipun tetap perlu bayar jugak 2 bulan pada disember kerana dah termaktup dalam CA!!!

    sekian pendapat dari haku…

    haku

    23/09/2010 at 9:20 am

    • Tak berkat amik duit dari keringat orang yang berkerja.
      tak berkat hidup nanti.

      slash

      14/10/2010 at 5:01 pm

  17. salam,
    en isa.. saya nak try berpindah ke bidang oil n gas la..ada keje kosong tak bahagian civil?? tq

    budak kecik

    27/09/2010 at 11:38 pm

    • Wsalam, awak sekarang ni kerja dalam industri mana? nak cuba O&G takde masalah, banyak kompeni yg boleh awak join spt shell, exxon, petronas, caltex dll atau nak keluar negara spt arab saudi, qatar, kuwait dll. cari kerja dalam website kompeni2 tersebut.

      mohdnasirisa

      28/09/2010 at 6:22 am

      • saya dalam bidang civil eng…kalau ada keje kosong tmpat en isa bagitaula..

        budak kecik

        29/09/2010 at 11:45 pm

  18. Aku bersumpah mun aku dapat pergi qatar aku akan tinggalkan petronas yang sedang diperkudakan oleh Najib.

    slash

    14/10/2010 at 4:45 pm

  19. dapak puloh doh 500 ke kajaan.

    ari

    15/10/2010 at 11:27 pm

  20. […] The busiest day of the year was September 2nd with 496 views. The most popular post that day was Bonus Petronas. […]

  21. Saya frust! Tinggalkan keje lama untuk berbakti join petronas..tp welfare tak terjaga sejak CEO baru introduce new policy untuk benefits untuk recruit post-june 2010. Semua medical benefits dah la dikurangkan, kepada 3 anak shj.. Capped kepada certain monetary limit…lebih zalim kesemuanya atas dasar pay n claim basis.. No GL untuk ke hospital dptkan rawatan… Sebelum join pihak HR berdolak dalih merahsiakan policy sebenar.sehinggala smp ketika saya perlu ke hospital barula tau nasib sebenar… Menyesal dan rasa tertipu..apa komen saudara? Adil ke untuk recruit yg join bulan june 2010 menerima nasib ini sedangkan recruit yg masuk seminggu atau sehari lebih awal mendapat benefits yg lebih baik….

    Suez

    07/03/2012 at 5:45 pm

    • Sebenarnya yg masuk sebelum Jun 2010 pun apa lebihnya? Kompeni menjadi zalim bermula sejak tahun 2000 lagi. Sebelum 2000, kebajikan pekerja amatlah dijaga oleh mgmt, sehinggalah naiknya seorg laknatullah tu mengkucar-kacirkan segala kemudahan staff. Dia pun dah pencen sekarang, tapi namanya masih teringat sehingga keliang kubur.

      Cuti staff dikurangkan, GL dibuang, diganti ING, had umor persaraan dikurangkan 5 tahun dan macam2 lagi kenikmatan staff dihilangkan, itulah kerja si laknatullah itu. Dia pernah berkata, jika staff xmau mengikut segala polisi yg di buatnya, dia akan memastikan yg staff itu akan mendapat kurang dari apa yg staff mengikut arahannya. Sedangkan dia menerima kenaikan gaji yg lebih tinggi dari kompeni kerana berjaya mengurangkan kos.

      Jadi janganlah menganggap yg sdri ini menerima nasib malang kerana kami yg dahulu lebih malang dari sdri.

      Memang staff yg baru masuk sekarang ditipu bulat2, sebab itu staff yg cerdik xkan kekal disitu, kerana mereka akan cari jalan keluar secepat mungkin. Tentang tempat kerja lama sdri tu, anggap saje yg rezeki anda sudah tiada lagi disitu, betul tak?

      mohdnasirisa

      07/03/2012 at 6:13 pm

  22. Memang betul kata En. Nasir… Staff yg baru masuk di tipu bulat… Saya sendiri mujur lah dpt segera cari jalan keluar… Saya ada seorang kawan yg baru dpt offer Petronas… Dia begitu gembira sehingga terus resign drp kerja dia sekarang… Kerana kata nya Petronas menjanjikan begitu banyak benefit dan gaji yg tinggi… Katanya lagi, bekerja di Petronas umpama telah masuk ke dlm syurga alam pekerjaan… Dlm hati saya… Aku pun berkata begitu juga dahulu semasa mendapat tawaran drp sebelum di hadiahkan dgn M3 yg begitu melukakan hati… Sama2 lah kita tengok samada dia sesuai atau pun tidak bekerja di Petronas…

    Zack

    23/11/2012 at 10:23 am


Leave a reply to slash Cancel reply