Mohd Nasir Isa's Blog

Just another WordPress.com weblog

POLISI YANG SANGAT MENYUSAHKAN

with 30 comments

Diawal tahun 2000 dahulu, staff dikejutkan dengan polisi-polisi baru yang dikeluarkan oleh syarikat, kononnya untuk memantapkan segala urusan.

Yang pertama, cuti tahunan hanya boleh dibawa ketahun depan sebanyak 5 hari sahaja, jadi seluruh kakitangan yang mengumpul banyak cuti tahunan mengelabah takut kehilangan cuti masing-masing. Pengurusan mengambil pendekatan dengan membeli semua cuti-cuti yang berlebihan itu daripada staff untuk tahun itu sahaja. Selepas itu, semua cuti berlebihan akan lenyap begitu sahaja. Pembelian cuti berdasarkan gaji kakitangan terbabit.

Polisi kedua ialah berkenaan dengan faedah kesihatan pekerja. Sejak dari mula-mula syarikat ditubuhkan, Surat Jaminan (GL) dikeluarkan oleh majikan untuk rawatan kakitangan di hospital-hospital dan klinik-klinik kerajaan ataupun swasta. Tetapi selepas malaun itu naik, dia tukarkannya kepada system insuran ING yang sangat-sangat tidak disenangi oleh kakitangan pada keseluruhannya. Semua staff tahu bahawa ING mempunyai sekatannya yang tersendiri, maka segala pembiayaan yang terkeluar dari sekatan ING itu akan terpaksa ditanggung oleh kakitangan itu sendiri.

Banyak lagi polisi-polisi yang dikeluarkan selepas dari itu yang mengekang perjalanan hidup kakitangan. Polisi yang amat mengejutkan staff ialah semua kakitangan baru tidak boleh berkahwin sesama sendiri. Bayangkan betapa teruknya kepala pembuat dasar ini. Dia sudah tidak percaya kepada jodoh pertemuan adalah ditangan Allah. Dia sudah mahu menidakkan kehendak Allah yang Maha Pencipta. Sebenarnya polisi ini dicedok dari polisi yang digunapakai oleh syarikat Fujitsu, Jepun yang sudahpun membatalkannya sejak sekian lama. Pada mulanya polisi ini dapat membantu menyelesaikan “masalah” yang dihadapi oleh Fujitsu berkaitan dengan kakitangan yang berkahwin sesama sendiri. Setelah ramai kakitangan berhenti kerja kerana polisi itu, maka Fujitsu telah menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja. Fujitsu telah pergi ke university-universiti untuk menemuduga pelajar-pelajar untuk diserapkan kedalam syarikat mereka. Menyedari akan bencana yang akan menimpa mereka, pelajar-pelajar tersebut telah menolak mentah-mentah untuk bekerja dengan mereka. Menyedari akan kesusahan untuk mendapat pekerja baru, maka Fujitsu telah membatalkan polisi bodoh itu.

Disini, syarikat itu masih lagi mengekalkan polisi yang sama. Dimanakah kakitangan baru akan berjumpa jodoh masing-masing kerana setiap hari mereka cuma berurusan dipejabat sesama mereka sahaja. Keberangkalian untuk bertemu jodoh diluar syarikat amat tipis sekali, maka tidak akan berkahwinlah mereka semua. Puas hati pembuat dasar ini !!!

Satu lagi polisi yang baru saya dengar ialah kakitangan wanita tidak boleh mengandung dan beranak kerana apabila beranak, staff wanita itu akan mendapat cuti bersalin selama 2 bulan. Inilah masanya boss-boss akan menganiayai staff wanita ini kerana staff itu tidak “PERFORM” semasa cuti bersalin. Telah ramai kakitangan wanita diberi M3 kerana masalah tidak perform itu. Senang sekali boss membuat keputusannya !!!

Apa nak jadi dengan syarikat itu?

Written by mohdnasirisa

24/09/2010 at 6:41 pm

Posted in Uncategorized

30 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Saya dulu nak naik dari 20 to 23 makan masa 9 tahun. Tak apalah bagi saya, sebab saya bukannya high flyer pun. Terbang atas-atas pokok pun jarang, jenis yang meloncat dari satu dahan ke satu dahan.

    But dengarnya new engineers naik from E1 to E2 in 3 years!!!

    Memanglah rezeki masing-masing tapi yang jahanamnya syarikat and by extension: Negara because ultimately, that is a national oil company!

    Hansac

    24/09/2010 at 10:51 pm

  2. ?????????…??

    paka..

    25/09/2010 at 8:07 am

    • kalau berjalan tu, biarlah ke depan, bukan ke belakang….

      meng

      27/09/2010 at 2:06 pm

      • Hmm, mungkin sekali sekala tu kena toleh juga kebelakang kerana mungkin ada orang nak nak langgar/ketok kepala kita…

        mohdnasirisa

        28/09/2010 at 7:24 am

  3. Policy yg sgt menduka citakan..

    brother ken

    28/09/2010 at 9:46 am

  4. Haku rs job mcm haku lah yg paling malang dlm byk2 job kat pet ni. Br posting dpt 9. Lps 4,5 th naik 10. Pastu klu nak naik lg kena naik pangkat atau tggu polisi br gred. Klu x, smpai mampus la 10.
    Bukti dah ada byk. Ada yg 30 th dah servis masih lg 10. X naik pangkat pun. Patut bg la 2,3 step dulu sblm halangan pangkat. Ini 1 step sj.
    Tp still ada keja kira baik dr x keja. Tp dr apa yg haku luahkan tu pun, ada btl jgk.

    haku

    28/09/2010 at 7:57 pm

    • Saya rasa kalau nak rasa duit lebih sikit, berhijrahlah ke Arab Saudi ke, Qatar ke….

      mohdnasirisa

      28/09/2010 at 8:07 pm

    • aku sokong apa yg hang ckp tu….kije ok dh cuma org yg duk atas ni je ntah apa yg depa buat xmau pkir org bwhan ni…borinkkk

      bodyguard

      06/10/2010 at 10:47 am

  5. Yang kelakar nya polisi “high flyer” ni, semua orang kena jadi high flyer ke? Habis siapa nak buat kerja kalau semua orang jadi MD/CEO? Takkan semua nak jadi mandur kot?

    Name Saye Lahsiye

    28/09/2010 at 10:02 pm

    • Rupa2nya awak perasan jugak tentang high flyer ni yer? Petronas mahu semua staff dia jadi CEO, takde sorang pun kuli yg buat kerja…

      mohdnasirisa

      29/09/2010 at 10:24 pm

  6. abg dulu first time ke dpt m3? bln berapa die offer cto?

    ana

    29/09/2010 at 9:37 pm

    • Ya first time kena M3, Petronas offer CTO bulan Jun dan saya keluar Petronas pada 15 Julai 2010.

      mohdnasirisa

      29/09/2010 at 10:21 pm

      • abg nasir tau dpt m3 bile?bln 3 ms discussion dg bos tu ke.

        ana

        30/09/2010 at 10:28 pm

      • Saya dapat tau bila final rating diperingkat Education Division, bukan semasa discussion dgn bos saya, tapi diperingkat tertinggi dimana VP menjadi chairman PPA, saya kena force ranking untuk mencukupkan quota 10% Education Division dimana bos saya tidak lagi boleh men”defend” saya. Disinilah GM saya membiarkan saya dibelasah kerana dah lama dia nak kerjakan saya.

        mohdnasirisa

        30/09/2010 at 10:48 pm

  7. Salam,

    Dengar nye tahun ni last m3. Memang patut la kalau gitu sebab orang yang tak kena pun jadi tak senang duduk. Ada juga bos yg resign pasal tak puas hati M3 kene kat anak buah dia.

    Sekarang ni nak transfer pun takut..baik transfer bulan April lepas PPA. Ada org transfer Oct pas tu kene.

    Wasalam

    Ayah Lang

    02/10/2010 at 1:31 pm

    • Wsalam, dengar dari kata Manager yang saya jumpa untuk mid-year PPA bulan Oktober ni, takde pun sebut pasal tahun ni last M3…

      mohdnasirisa

      07/10/2010 at 6:52 am

      • lagi 10 peratus tahun depan gamaknya…hmmm…

        meng

        10/10/2010 at 7:35 am

  8. Keputusan CA bg tahun ni lambat sangat la Depa bagi knp erk…???? Penin2 kpl ku…Ada sapa2 tau..

    bodyguard

    06/10/2010 at 11:32 am

  9. […] POLISI YANG SANGAT MENYUSAHKAN September 201018
    comments 5 […]

  10. BMW M3 masih ada tahun 2011 ini..kita tgk sapa yang kenaaaa..yihaa..

    M3 candidate

    07/02/2011 at 11:18 pm

    • en nasir dah lama kerja.

      utk yg baru masuk dalam setahun dua pon berpotensi utk dpt m3 ni.. so baik keluar cari kerja lain dgn company yg ada appraisal system yg boleh develop staff dan xde cantas2..

      patrk

      12/03/2011 at 12:29 pm

  11. sy tgh mencari2 kerje di sekitar JB… selain sime darby, titan group.. ada lagi tak company? selain petronas… kali pertama thn lps dpt m3, parents xbg quit… tp thn ni, parents dh pasrah dh… xsangka petronas mcm ni… huhuhuhu…

    NURUL

    01/05/2011 at 7:09 pm

  12. polisi skg ni bonus ikut KPI lak dah.. sape2 yg dapat 3A ke atas je dapat bonus.. 3B sampai 4 tu mimpi je lah nak dapat bonus…

    mids09

    21/01/2013 at 12:47 pm

    • Ehm… nak tanya sikit.. saya dapat offer PMO ,PCSB kat kerteh, kontrak basis 2 thn..
      Klu ikut org yg interview blh apply permanent klu performance ok…

      rasanya berbaloi tak klu accept offer ni ? Atau sakit kepala ?

      P2member

      31/05/2013 at 3:32 pm

      • Petronas tak cukup orang nak buat kerja sekarang, terpaksa offer pada sesiapa jer..kalau xde kerja lain boleh cuba dulu, mana tau anda suka nanti, kalau xsuka boleh blah..kalau dah ada kerja, baik continue jer, kompeni Melayu ni banyak buat kita sakit hati..

        mohdnasirisa

        31/05/2013 at 3:39 pm

  13. En Nasir,

    Sekarang saya bekerja di sebuah company automotive malaysia, top sale rank in malaysia..

    Apa yg berlaku di Pet ni sama macam company saya… force rank , to follow HR guide line….

    15 % for EP 3,4 (M3)…..average EP2 60 %(PP3) … tapi bonus stil 6 Month in average..

    Apa yg berlaku memang sama di kebanyakan company GLC…

    Yearly Increment berapa % normally ..?

    Saya baru dapat offer dr PCSB ..kerja kat KERTEH…offer 80% up dr current salary…

    Contrat basis ..2 Years… dok tgh pening nak accpet ker tak offer ni ….

    nak kena jd weekend husband … 😦

    En Nasir dah lama ker dgn PET ?

    P2member

    31/05/2013 at 4:25 pm

    • Kalau offer lebih ambil jerlah, tapi kena jadi weekend husband tu macam saya gak dulu, saya dah pencen sekarang. Xde masalah lagi..nanti kita akan jumpa di INSTEP kalau you join PCSB ni, saya akan mengajar Project Mgmt dan Project Economics, insyaAllah..

      mohdnasirisa

      31/05/2013 at 4:34 pm

      • Ehmmm..nak dapat peluang ni memang susah…. kalu tolak… mungkin dah takde peluang….

        Nak aplly permanent staff tu possible ..dan susah tak during contract period ?

        P2member

        31/05/2013 at 4:41 pm

      • Sori, saya xpernah jadi kontrak staff..

        mohdnasirisa

        01/06/2013 at 7:55 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: