Mohd Nasir Isa's Blog

Just another WordPress.com weblog

PPA Datang Lagi !!!

with 23 comments

Setiap tahun, 2 bulan yang selalu ditunggu-tunggu oleh semua staff syarikat ialah pada bulan Oktober dan Mac kerana pada masa itulah nasib masing-masing akan ditentukan oleh boss mereka.

Pada masa saya menulis ini, kebanyakan anak syarikat telahpun dan sedang menjalankan urusan tawar menawar berkenaan dengan KPI staff-staff mereka. Sebagaimana biasa, urusan tarik menarik, menambah dan membuang KPI berlangsung diantara staff dan boss masing-masing. Jikalau terlebih KPI, maka diatas ihsan boss, staff itu akan dikurangkan jumlah KPI dan jika berkurang, maka boss akan menambah lagi bebanan keatas kerja-kerja yang sedia ada. Begitulah kerja-kerja yang “Berfaedah” ini dilakukan setiap tahun dengan mengambil masa lebih kurang 4-5 bulan dihabiskan dengan begitu sahaja. Jikalau dikira betul-betul, staff syarikat cuma bekerja 7 bulan sahaja dalam setahun.

Saya berkesempatan berjumpa dengan 3 orang sahabat yang masih lagi bekerja dengan syarikat sewaktu berkunjung dimajlis perkahwinan anak salah seorang dari mereka itu. Masing-masing mengeluh apabila saya berkata “PPA datang lagi”. Salah seorang darinya berkata yang beliau sudah tidak menghiraukan lagi berkenaan dengan PPA ini. Dia kata, dia cuma menunggu sahaja bila dia akan dipanggil oleh bossnya untuk ditemuduga dan ditunjukkan nasibnya nanti, dia sudah tidak mahu memikirkan lagi pasal PPA ni, sampai begitu sekali keadaannya. Fobia PPA.

Minggu lepas, kawan saya, manager dilaut ada memberitahu saya bahawa dia terpaksa bekerja didarat semasa offday kerana kesihankan anak buahnya. Saya tanya kenapa? Dia memberitahu, jika dia tidak pergi, maka alamatlah anak buahnya akan diberikan M3 kerana tiada orang yang nak menangkis segala fitnah dan serangan dari pihak lain yang ingin menjaga kebajikan anak buah mereka juga. Begitulah keadaan semasa PPA dilakukan setiap tahun. Baru-baru ini, ada seorang pengunjung yang memberikan komennya diblog saya ini mengatakan bahawa, tahun ini merupakan tahun terakhir M3 akan dihadiahkan kepada staff-staff. Saya ada bertanya kepada kawan saya tu, dia kata, pihak pengurusan tidak ada pun berkata begitu, maka dengan perkataan lain, M3 akan terus dilaksanakan lagi sampai bila-bila.

M3 ni sebenarnya amat ditakuti oleh boss-boss juga. Pagi tadi saya ada bercakap-cakap dengan staff yang baru pencen yang baru join ditempat saya bekerja ni, dia kata, ada boss ditempat dia bekerja dulu, hilang begitu saja, tanpa kesan, tak tau kemana pergi, namanya pun sudah terkeluar dari organization chart. Tahu-tahu tempatnya digantikan oleh orang lain sahaja. Sampai sekarang tak tahu bagaimana nasibnya, beginilah parahnya M3 ni….

Written by mohdnasirisa

11/10/2010 at 11:24 am

Posted in Uncategorized

23 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. En nasir…isu saham ni camner plak yer..? Dgr kata dulu petronas bg pada kakitgn tanpa loan bank…skang ni sapa yg nak saham kene wat loan ngan bank dulu..saya pon xpaham sgt sbb 1st time dapat saham nie..

    brother ken

    13/10/2010 at 11:12 am

    • Ok dulu2, saham PDB dan PGB diberi PERCUMA sebanyak 1 dan 5 lot masing2 setiap staff. Pada masa tu, adalah sikit duit yang kita dapat selain dari bonus setiap tahun. Ada yang masih menyimpannya sampai sekarang (Bagi mereka yg tak jual). Dulu2 management “JAGA” kepentingan staff, tapi sekarang anda mungkin tau sendirilah.

      Cuba bayangkan, bagaimana mgmt kata dia “beri” saham itu sedangkan kita mesti membayarnya? Makna disini, Petronas tak bagi tapi kita yang membelinya.

      mohdnasirisa

      13/10/2010 at 3:02 pm

      • Ok thanks a lot..

        brother ken

        14/10/2010 at 1:14 pm

    • haha..kena tipu
      haha..kena tipu

      slash

      14/10/2010 at 5:07 pm

      • ye ye kene tipu lg..hhuhu

        brother ken

        15/10/2010 at 8:56 pm

  2. Betul. PPA datang lagi….tgh buat preparation apa yg patut based on the result untuk mid year ni. ye la, kalu nampak PPA result mid year mcm tak cukup makan je….so bersedialah menghadapi sebarang kemungkinan kena offer the CTO tu. Refinance rumah ke ( in case loan compeni)…tambahkan simpanan emergency ke( top up duit CTO)..sambung balik study part time ke..MBA ke….apart from cari keje lain….emm betul kata En nasir, emm quite parah jugak la M3 nih. Rezeki tu Allah yg bagi, bukannya compeni,,,disamping kita berusaha mencari pendapatan yg berkat…

    Tanpa Nama

    13/10/2010 at 11:39 am

    • boleh releasekan nama siapa yang mencipta polisi2 pelik2 ni abg nasir isa?

      M3 Candidate

      16/10/2010 at 12:42 am

      • kisah seekor semut

        Setiap hari semut dtg kerja awal dan terus start keje. Beliau bekerja dgn tekun dan gembira. Bossnya sang singa berasa terkejut melihat sang semut boleh bekerja tanpa pengawasan beliau. Jadi bossnya terpikir kalau sang semut ni ada supervisor, mesti dia akan jadi lebih rajin dan produktif! Jadi bossnya melantik sang lipas untuk menjadi supervisor sang semut. Sang lipas mmg terkenal dgn penghasilan report2 yang mantap.

        Sang lipas mula membuat keputusan untuk menguatkuasakan TAMS(Time Attendance Management Sheet)..dia juge memerlukan sekretary untuk membantu beliau menulis report dan melantik seorang clerk iaitu si labah-labah untuk membantu beliau mengaturcara meeting, menjawab telefon dan emel.

        Sang rimau sgt berpuashati dgn prestasi si lipas menghasilkan report dan menyuruh si lipas membuat satu report/graf tentang plant production rate untuk dia present di board meeting. jadi si lipas memerlukan sebuah laptop dan printer kaler untuk membuat tugasnya dan melantik si lalat untuk membantunya..

        Sang semut yang pada mulanya bekerja dgn aman merasa serabut dgn meeting2 dan report2 yang sgt byk memenuhi ruang kalendarnya sehinggakan dia tidak mampu memberi tumpuan 100% kepada plantnya..

        Pada suatu hari bossnya iaitu si singa merasakan sudah tiba masanya untuk melantik seseorang baru dalam departmentnya untuk membantu sang semut. jadi dia melantik si cengkerik. Sang cengkerik masuk dan request sebuah workstation, laptop DELL dan kerusi yang ergonomik untuk tempat kerjanya. dia juga membawa masuk dia punya PA dr previous dept untuk membantunya membuat kerja dan budget control strategy.

        Akibat tekanan kerja, suasana di dept tersebut tidak lagi ceria. Si cengkerik meyakinkam bossnya iaitu si singa supaya melakukan satu tracking survey atau climatic study of environment dlm dept nya(ofkosla panggil konsultan-xkn buat sendiri kot)..setelah mendapat report si boss membuat keputusan bahawa production plantnya makin merosot..jadi dia melantik konsultan lagi si burung hantu untuk membuat audit dan memberi suggestion..

        setelah 3 bulan membuat optimizatioin audit di plant tersebut, si burung hantu membuat kesimpulan bahawa dept tersebut telah ‘overstaffed’!

        (anda pun dah tau apa akan berlaku selepas ni kan?)

        sang singa memecat sang semut kerana beliau telah tidak menunjukkan minat untuk bekerja sikap yang negatif..

        jadi dimanakah anda??fikir2kan dan lu pikirlah sendiri…

        M3 Candidate

        16/10/2010 at 1:10 am

      • Karam Singh Walia pun tak boleh releasekan nama2 orang ditempat terbuka ini, tapi pada umumnya dalam syarikat ini ramai yg tau siapa mereka itu

        mohdnasirisa

        16/10/2010 at 6:18 am

  3. hati kering kembali beraksi……

    meng

    13/10/2010 at 3:27 pm

  4. Saya berbual dengan seorang teman lama beberapa minggu dulu. Dia kata IPC tu antara benda terburuk yang OPI keluarkan, kerana dengan sebab IPC ni lah orang nak jaga KPI sangat sampai sanggup makan kawan, memburuk-burukkan orang lain untuk jaga kepenting diri sendiri.

    Name Saye Lahsiye

    14/10/2010 at 11:53 am

    • IPC OPI ke yg keluarkan?
      HR kot

      patrk

      12/03/2011 at 12:12 pm

  5. M3 nie untuk non executive ke encik nasir?

    slash

    14/10/2010 at 5:08 pm

    • Tidak, semua level dari NE ke VP

      mohdnasirisa

      14/10/2010 at 5:16 pm

      • Pembetulan… M3 ni cuma untuk executive & above (up to CEO level sahaja)… non-exec tak kena sbb they are “dipayungi” oleh KAPENAS (persatuan kakitangan petronas)… alaaa… cam CUEPACS tuuu…..

        VP tak termasuk sbb diorang ni contractual….

        green~tea

        17/10/2010 at 7:17 pm

  6. Boss you lupa kot saham PDB dan PGB dulu mana dapat free. Kena bayar lah. Tapi takde banyak songeh macam sekarang kena lalui cimb pelbagai.

    Name Saye Lahsiye

    15/10/2010 at 8:56 am

    • Saya tak lupa tapi saya tak pegang saham tu, cuma bila Petronas bagi saya ambil dan terus jual, jadi saya ambil duit lebihan dari harga sebenarnya, dulu saya boleh buat duit tambahan untuk bina rumah saya.

      mohdnasirisa

      15/10/2010 at 1:56 pm

    • dulu under RHB….🙂

      green~tea

      17/10/2010 at 7:19 pm

  7. so sy kena ambil je ke loan bank ni?pastu terus jual ke?any nasihat?

    M3 Candidate

    16/10/2010 at 12:40 am

    • Apa yg saya dengar, kalau kita betul2 serious nak main saham ini, kita kena ambil loan itu dan tunggulah bila saham tu naik baru kita boleh jual, baru dapat untungnya, sama spt lain2 saham yg kita beli diluar sana.

      Tapi kalau nak terus jual mungkin tak berbaloi kerana masa tak mencukupi dan kita kena ingat juga bahawa saham MMHE dan petchem tu mungkin tak naik spt yg dijangkakan. Tapi kebiasaannya saham Petronas akan naik diperingkat permulaan dan lama2 dia akan jatuh juga spt lain2 saham.

      mohdnasirisa

      16/10/2010 at 6:24 am

  8. Saham petchem tak akan naik mencanak macam PGB dan PDB. PDB pun tak berapa naik sangat. Petchem lagilah, dengan maintenance banyak, staff ramai, cost up, profit down, nak naik macamana? Bukannya ada kontrak supply tetap macam MLNG or PGB.

    Nasihat saya ialah kalau nak beli, belilah sekadar apa yang dioffer pada staff, takdenya depa nak offer banyak2 macam PGB dulu sampai 5 lot (5 ribu syer sebab masa tu, 1 lot = 1000 syer). PDB pun 2 lot saja.

    Sekarang ni masalah rasuah dalam negara kita terlalu berleluasa, Petronas pun tak tberkecuali dah sekarang. Shamsul tu dulu Hassan suruh retire sebab ada “sebab”. Sekarang ni Shamsul dah jadi big boss, lagilah senang Najib nak buat projek.

    Lahsiye Bin Sikeret

    17/10/2010 at 7:24 am

    • Semua product from petchem petronas ada kontrak supply tetap…. please check your source back..🙂

      green~tea

      17/10/2010 at 7:13 pm

      • Green Tea: Please check your source, again, too. Product macam baja urea mana ada kontrak supply tetap. Semuanya pakai spot market. Products like that (urea) and plastic derivaties, it is a buyers market. Harga products macam tu turun naik on a daily basis. LNG lain cerita, because buyers will leverage and futures are mature on fuels, LNG, energy sources. Takat baldi plastik siapa nak leverage bang woiii

        Name Saye Lahsiye

        20/10/2010 at 3:27 am


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: