Mohd Nasir Isa's Blog

Just another WordPress.com weblog

Kerenah Klien

with 3 comments

Bermula 12 Okt 2010 yang lalu, aku ditugaskan sepenuh masa di Labuan Fabrication Yard menguruskan tentang projek yang sedang dijalankan. Aku disediakan dengan segala kemudahan yang sepatutnya oleh majikanku disini seperti hotel dan kenderaan persendirian supaya tidak mengganggu tugas yang diberikan.

Mula-mulanya perjalanan projek agak lancar sehinggalah di “ganggu” oleh kelewatan penghantaran barang-barang projek oleh pembekal sehinggalah mendapat reaksi yang kurang menyenangkan dari pihak klien. Macam-macam ragam pihak pembekal untuk mendapat keuntungan yang lebih dari pihak kami. Ada yang meminta bayaran dibayar sepenuhnya, baru barang-barang tersebut akan dihantar kesini, maklumlah Labuan ini jauh dari KL.

Memandangkan dateline yang seharusnya ditepati makin dekat, pihak klien telah menghantar Pengurus Projeknya, seorang wanita kesini 2 minggu lepas. Didalam mesyuarat yang diadakan disini, apa lagi, kami dibelasah seteruk-teruknya oleh wanita ini. Beliau menuduh kami tidak buat kerja, duduk relaks saje, kalau tidak ada dia, projek ini tidak akan berjaya, pendek kata semua benda dia saje yang betul, orang lain semua tak buat kerja. Amboi, sedapnya berkata-kata, maklumlah cakap tak perlu bayar. Kalaulah kami disini tak buat kerja, takkanlah kebanyakan barang-barang projek telah dihantar keoffshore untuk dipasang disana. Saya ada juga menjawab tuduhan beliau bahawa kami juga ingin menyiapkan kerja-kerja ini dengan secepat mungkin kerana kami ingin juga balik cepat kepada keluarga masing-masing kerana dah lama kami disini bekerja siang malam setiap hari, 7 hari seminggu tanpa henti.

Didalam mesyuarat tersebut, beliau ada mengatakan bahawa jika kami mempunyai sebarang masalah, tak kira samada besar atau kecil, kami mesti memberitahunya supaya beliau dapat menyelesaikannya dengan segera. Tetapi, anda semua mahu tahu apa yang terjadi apabila kami memberitahunya selepas beliau balik ke KL tentang masalah pekerja yang balik awal? Beliau telah memarahi kami disini sambil mengatakan kami ini langsung tak boleh diharap, tak boleh buat kerja langsung, ini bukan masalah dia, kami mesti menghadapinya sendiri disini. Begitulah hebatnya pengurus projek ini, lambang seorang hipokrit/munafik yang sangat menakjubkan sekali. Sebenarnya beliau bersikap demikian setelah diberi makan sekenyang-kenyangnya oleh pemilik Fab Yard ini sebelum balik ke KL tempoh hari, jadi segala kepincangan oleh pihak taukeh itu terpaksa ditutup oleh beliau.

Pengurus Projek Klien sebenarnya tidak tahu membuat kerja, sebaliknya cuma tahu menyuruh kontraktor bekerja saje, kalau dia bekerja ditempat kontraktor, dialah orang yang paling tidak tahu membuat kerja.

Sebenarnya wanita ini seorang andartu, tidak ada tanggungjawab keluarga, cuma hidupnya dihabiskan untuk bekerja saje. Tidak ada kasih sayang diberi atau diterima untuk/oleh sesiapa. Umornya yang dah lanjut membuatkan beliau tidak lagi di “pandang” oleh lelaki. Beliau ini, perangainya samalah seperti apa yang saya gambarkan/tuliskan didalam posting saya dahulu iaitu “Hati Kering”. Beliau seorang yang bercita-cita besar, seperti apa yang diceritakan oleh seorang staffnya yang sama-sama bekerja disini. Apa yang saya dengar dari staffnya itu, wanita ini sedang “menguruskan” M3 untuk dihadiahkan kepada staffnya itu pada PPA bulan Oktober ini. Jadi, benarlah apa yang saya katakan dulu, orang yang bercita-cita besar sebenarnya tidak mempunyai hati perut yang bersih.

Hari ini, segala barang-barang projek telah kami terima dari pihak pembekal dan tiada masalah lagi. Kami cuma menunggu kerja-kerja terakhir untuk disiapkan sebelum tarikh akhir yang penghabisan pada 27 Oktober 2010 ini. Pada hari itu, segala kerja-kerja untuk projek ini akan siap 100% semuanya di Labuan Yard ini. Selepas ini, aku mungkin akan dihantar ke offshore pula untuk menguruskan projek pemasangan terakhir disana.

Written by mohdnasirisa

25/10/2010 at 9:00 am

Posted in Uncategorized

3 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. klien ni pet ke? baca dr post ni pengurus wanita tu mcm dr pet..

    azie

    25/10/2010 at 9:55 pm

  2. mcm mana project manager mcm tue blh stay dlm orgnization, yang buruk di kekal kan, yang baik di buang begitu saja.Tiada maknanya KPI jika pihak majikan tidak kotakan janji malah mungkir janji

    Faizul

    30/10/2010 at 8:53 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: