Mohd Nasir Isa's Blog

Just another WordPress.com weblog

BLOK BLOG

with 15 comments

Aku tak nak bertanya, tak nak ambil tahu pasal tempat lama, tapi kawan-kawan lamaku masih lagi sanggup menyampaikan berita kepadaku tak kira masa.

Satu malam diawal bulan November ini, aku dikejutkan dengan panggilan telepon dari nombor yang tak ku kenal sedang aku asyik menonton filem di notebook ku dirumah. Aku menjawab panggilan itu. Mulanya aku ingat, dia menekan salah nombor kerana dia pun was-was tentang nombor aku. Selepas memperkenalkan dirinya baru aku ingat kepadanya.

Dialah yang beria-ia menyuruhku menyaman kompeni lamaku kerana memberi aku M3. Selepas bertanya khabar dia mula mencurahkan ketidakpuasan hatinya kepadaku. Katanya, dia sekarang sedang menunggu masa untuk menerima M3 jugak!!! Dia merasa amat tertekan sekarang, jadi untuk meredakan sedikit tekanan, dia menelepon aku untuk bertukar-tukar fikiran. Dia sempat memberitahu kepada aku yang blog aku ini sudahpun diblok ditempat lama aku bekerja. Rupa-rupanya blog aku ini cukup popular disana! Jadi untuk menutup segala “berita” yang aku tuliskan didalam blog ini, penguasa bongok itu telah mengarahkan IT supaya menutup blog aku ini disana. Rupa-rupanya akalnya cukup pendek, dia tidak tahu bahawa ramai kakitangan ada broadband sendiri, tanpa disedari blog ini dapat juga diakses melalui broadband. Itulah kehebatan broadband masakini.

Satu lagi berita yang sangat hangat diperkatakan pada masa ini disana ialah berkenaan dengan penutupan satu jabatan yang sangat-sangat disayangi oleh penguasa itu. Dia pernah memberitahu aku dulu bahawa hanya jabatan itu sahajalah yang dia tahu mengenainya dari A-Z kerana jabatan itulah yang pernah dipeloporinya dari zaman dia mula-mula bekerja dahulu. Dengan kuasa siapa kalau bukan Allah, pihak pengurusan telah membuat keputusan bahawa “Anak Emas” penguasa itu akan di “Outsource” kan kepada orang lain, maka segala kuasa yang ada pada penguasa itu hilang sekelip masa. Segala kesukaannya selama ini akan lenyap tidak lama lagi, secepat bulan Disember ini.

Tetapa, ada tapinya!!!

Dengan kuasa yang masih ada lagi pada penguasa itu, ramai kakitangan akan dikorbankan tidak lama lagi samada secara khusus atau tidak. Pertama, majoriti dari fakulti-fakulti disitu akan kehilangan kerja masing-masing, maklumlah bila kompeni baru yang akan mengendalikan bahagian yang di outsourcekan itu berkemungkinan besar akan menggunakan tenaga pengajarnya sendiri kerana sesiapa pun tahu, gaji kakitangan disitu sekarang tidak mampu dibayar oleh kompeni baru nanti. Samada kakitangan disitu sanggup menerima gaji yang lebih rendah atau berhenti kerja dan cari kerja lain.

Kedua, kalau dulu-dulu, kakitangan dari fakulti berkenaan selalu sombong kalau di minta untuk mengajar dari jabatan lain, maka sekarang, mereka tiada pilihan terpaksa bekerja dengan jabatan lain semata-mata kerana fakulti sendiri tidak ada kerja, padan muka!

Ketiga, ada jabatan-jabatan yang akan disatukan nanti, maka ramailah SM yang akan hilang kerja. Dengar khabar jabatan lamaku akan disatukan dengan jabatan yang satu lagi tu. Disini, ramai orang sudah nampak bahawa bos lamaku akan dikorbankan oleh penguasa itu kerana SM jabatan yang satu lagi itu adalah “Orang Harapan”nya. Beginilah nasib kita bila kita tidak diberikan peluang yang adil, cuma ditentukan oleh orang yang zalim.

Apa-apa pun, aku cuma boleh mengucapkan selamat semuanya kepada kawan-kawan lamaku itu.

Written by mohdnasirisa

11/11/2010 at 11:16 am

Posted in Uncategorized

15 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Nasibaik la kawe tubik awal2.. mgkin Allah masih syakn kawe.. alhamdulillah..

    Mat Yo

    13/11/2010 at 8:13 am

  2. en nasir, just nk tny, en nasir dulu dpt m3 with pip, or without pip? sbb saya ada dgr rumor yg kate cto hanya offer tuk org yg dpt m3 without pip je, sapa dpt m3 with pip tak bleh apply cto. ni dh apply thn lps pny ppa lg..risaula jgk, sbb kalau dpt m3 tak dpt cto mmg ssh la..

    azie

    25/11/2010 at 1:36 am

    • Cik Azie, semasa saya kena dulu, semua orang yang dapat M3 together with pip, tak dengar pulak yg without pip sebab boss saya kata begitu. CTO akan di offer kepada semua orang yg dapat m3. Jangan bimbang, rezeki itu ada dimana-mana. Saya sekarang, kehidupan saya lebih baik dari masa saya dalam petronas dulu, Allah itu maha adil dan pemberi rezeki.

      mohdnasirisa

      25/11/2010 at 6:39 am

      • en nasir, bos saya br inform td, katenye taktau lg ada cto ke tak this financial year. kate die skang pet taknak tulis dlm letter diorg offer cto pd m3, instead drg cakap boleh request for cto if m3. reason being; nak elak kena saman la kot. and ikut kate die lg, thn lps tak sume org di offer cto, ada offer, ada tak. yg dioffer tu sbb drg dah dua kali kene m3. tp ikut circulation letter from hrm, macam contradict plk. en.nasir ada dgr ape2 latest update?

        last info saya dgr, tahun ni m3 ada, but cto mungkin takde. susah jgk tu.

        azie

        21/12/2010 at 6:44 pm

      • Cik Azie, nampak sangat perbuatan diorang selama ini salah dari segi undang2 buruh. Tetapi kalau tahun ini takde cto, maka amat malanglah nasib staff yg mendapat M3 tu kerana kalau kita sendiri yg minta dari pihak pengurusan, maka Petronas BERHAK untuk tidak membayar apa2 ganjaran, jadi kita keluar Petronas free saja.

        Saya masih lagi belum mendengar apa2 berita dari dalam Petronas kerana agak sibuk kebelakangan ni, dah lama tak jumpa member2 Petronas, nantilah bila saya ada cerita baru, akan saya beritahu kepada anda.

        Ini semua adalah kerja peninggalan Anuar Ahmad dulu, takpe dia sedap didunia ni saje, nanti diakhirat dia akan papa kedana insyaAllah

        mohdnasirisa

        21/12/2010 at 7:53 pm

  3. en nasir ada last info? saya mayb akan kena m3 thn ni, sbb baru pindah october, and my boss ckp by relative ranking sy last la. Tp, die kate jgk, m3 ada but cto takde. petronas bagi cto but not in monetary form, pet akan carikan keje kat luar, huhu. saya kalau boleh nak duit.ntahla, taktaula camne ni..

    azie

    11/01/2011 at 10:27 am

    • Cik Azie, saya xde last info sebab dah lama xjumpa kawan2 petronas, tapi mungkin apa yg boss u cakap tu betul. Ada beberapa pilihan yg u boleh buat, satu, buat tak tau jer tentang M3 tu kerana ramai staff buat macam tu dan sampai sekarang Petronas tak buang staff yg dapat M3, tapi u akan dapat bonus sikit, naik gaji sikit dll yg menyakitkan hati, tapi kalau u boleh tahan, ok. Mungkin tahun depan u boleh recover dan xdapat M3 lagi insyaAllah.
      Kedua, u boleh minta VSS, tanya boss/HRM u how to go about. Mungkin u nasib baik boleh dapat duit VSS tu.
      Ketiga, mungkin I boleh tolong u dapatkan kerja tapi I xboleh janji sebab decision is from my boss, apa background u, engineering ke? kalau u ada resume boleh hantar kat saya nanti saya tolong forwardkan kepada member saya yg memerlukan staff baru. Saya cuma mahu menolong kepada org yg teraniaya, insyaAllah.

      Sekian terima kasih

      mohdnasirisa

      11/01/2011 at 11:08 am

  4. ape email en nasir?

    azie

    11/01/2011 at 12:44 pm

  5. apa emel azie?

    M3 candidate

    22/02/2011 at 7:37 pm

  6. en nasir, pip kene undergo dari bulan berapa? masa en nasir dpt cto tu tgh buat pip ke?

    azie

    11/03/2011 at 11:08 am

    • Kalau tak silap saya, dia orang terus buat immediately, sebab tu saya belaaaaa awal sebab tak nak buat PIP tu lah

      mohdnasirisa

      11/03/2011 at 11:15 am

  7. Salam En. Nasir..saye dpt m3 tahun ni dan dlm kategori pip..1st time PPA.. Saya confuse ttg CTO ni.. boleh explain lanjut?

    Jay

    15/04/2011 at 4:34 pm

    • Wsalam Jay, soalannya mudah tapi jawapannya memeningkan kepala. Anda kena tanya diri anda, hanya anda yg tahu jawapannya. Mau kerja lagi ke dgn Petronas atau tidak?

      CTO ini adalah pampasan sekiranya anda tidak mahu lagi kerja dgn Petronas. Anda akan mendapat 12 bulan gaji anda sekarang. Sekiranya anda sain surat tawaran CTO itu, dgn sendirinya anda BUKAN lagi pegawai Petronas.

      Sekiranya masih lagi ingin kerja dgn Petronas, maka anda kena lalui laluan yg agak perit iaitu membuat apa saja kehendak didalam PIP itu dan bergantung pd your boss samada nak menerima atau menolak segala kerja2 yg anda lakukan mengikut PIP itu.

      Harap dapat menjawab kemusykilan anda, dan kalau ingin penjelasan lain, boleh tanya lagi tapi saya rasa itu sudah memadai.

      mohdnasirisa

      15/04/2011 at 8:40 pm


Leave a reply to mohdnasirisa Cancel reply