Mohd Nasir Isa's Blog

Just another WordPress.com weblog

Bai’ah Syaitan

with 11 comments

Setiap tahun sebelum keputusan muktamad diberikan kepada calun-calun yang akan mendapat M3, satu perjumpaan atau mesyuarat diadakan bagi menentukan kesetiaan diantara mereka yang akan berdepan dengan kakitangan yang akan diberikan M3 itu.

Mereka akan bermesyuarat di ibu pejabat masing-masing dengan setiap Manager, SM, GM, CEO sehinggalah ke VP akan menyimpan segala rahsia diantara mereka – biar pecah diperut jangan pecah dimulut. Sebab itu setiap individu yang mendapat M3 TIDAK akan mendapat apa-apa berita dan nasihat tentang keputusan yang bakal dibuat oleh staff terlibat. Saya juga dulu semasa menerima surat dari boss saya, dia cuma kata, tolong sain surat penerimaan itu saja, lepas tu dia tutup mulut dan saya terus pergi dari biliknya.

Untuk tahun ini, banyak sekali spekulasi berlegar-legar disekeliling staff yang akan mendapat M3. Ada boss yang mengatakan pada tahun ini, masih lagi ada M3, tapi staff terbabit tidak akan diberikan CTO – maknanya Kompeni akan mengaut lebih untung dari kerugian pihak staff. Staff M3 tahun ini akan lebih sengsara daripada kami yang kena tahun lepas. Tahun ini kompeni tidak akan memberikan apa-apa duit pampasan sekiranya staff mahu keluar dari kompeni itu.

Disini saya ingin mencadangkan, ada beberapa pilihan kepada staff M3 yang akan membuat keputusan mereka nanti. Pertama, apabila anda mendapat M3 nanti, anda buat tak tahu saje, macam tak ada apa-apa yang berlaku. Ini kita panggil “menyerap risiko” dalam pengurusan, maknanya kita terima kenyataan yang kita mendapat M3.
Tapi yang tak sedapnya, banyak bala yang akan kita terima nanti iaitu, kenaikan gaji yang amat kecil, bonus yang amat sedikit, mungkin tidak akan naik grade langsung dan lain-lain kesusahan lagi. Ramai staff yang mengambil option ini setelah 2 tahun M3 dilaksanakan.

Kedua, anda mungkin nak mengikut jejak saya, keluar dan cari kerja lain. Tapi ramai staff yang takut dan tidak yakin samada mereka boleh diterima diluar nanti. Serupa dengan saya dulu, saya amat takut sekali untuk keluar dari kompeni ini. Tetapi jika anda yakin, cuba pujuk boss anda untuk memberikan pekej VSS kepada anda, sekurang-kurangnya anda mendapat sedikit pampasan setelah keluar dari kompeni dan sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk menyelesaikan hutang-hutang yang bertempek-tempek disekeliling badan anda tu. Tulah dulu tak terfikir pun bala akan datang sekelip mata. Buat hutang sana sini. Sorilah kalau ada yang terasa pedas.

Apa yang saya perhatikan selama ini, semua staff yang mengambil pilihan pertama diatas masih lagi bekerja dengan kompeni walaupun ada yang mendapat M3 kali kedua. Bermakna disini, kompeni setakat ini belum lagi membuang staff seperti yang dijanjikan dahulu. Kalau begini, saya rasa anda semua yang bakal mendapat M3 tak payah berduka lara, buat tak tahu saje,tapi dalam hati siapa yang tahu seperti seorang budak yang sama-sama bekerja didalam projek saya sekarang buat muka “Toye” ajer. Dia mungkin fikir saya tak tahu yang dia adalah produk M3 juga. Tapi kerana glamor bekerja untuk kompeni itu, dia buat muka selamba dan biasa saje.

Written by mohdnasirisa

25/01/2011 at 3:04 pm

Posted in Uncategorized

11 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Karang ni selain dari M3 cite reorg pula. Ada position yg akan dideletekanlah…bla2..
    Ada org cite saya kena interim setahun (position E3 kene delete) kat OPU pasal sesetengah position macam E3 bukan senang nak tunggu kosong, ramai waiting list.

    Ayah Lang

    29/01/2011 at 9:25 am

    • Nampaknya “Musim Gelora” kembali lagi

      meng

      30/01/2011 at 9:56 pm

      • Ada orang kata, tahun ini Petronas akan “mengotakan” janjinya dahulu bahawa sesiapa yang mendapat 2 kali M3 akan dibuang kerja, wallahu ‘alam

        mohdnasirisa

        31/01/2011 at 11:56 am

  2. Gila ke apa management petronas ni. I hope yang resign from petronas sebab dapat m3 akan sue petronas for constructive dismissal. sue ramai-ramai. kita tengok siapa yang menanggg

    Jejaka Pemalu

    02/02/2011 at 3:54 pm

  3. Saya cadangkan buat persatuan, contoh: “Persatuan Bekas Pekerja Kompeni” lantik peguam bagi pihak persatuan, yang paling bagus Karpal Singh. Sue kat mahkamah…..

    Ayoh Ku

    22/03/2011 at 4:35 pm

    • Kami dah cuba buat dulu, tapi tak berjaya. Karpal Singh? Nak masuk jumpa dia jer dah kena RM10,000.00, belum cakap apa2 lagi….

      mohdnasirisa

      23/03/2011 at 10:11 am

  4. Saya adalah mangsa M# buat kali ke-2 berturut2… kali pertama sy dijanjikan yg sy bleh improve… bln mac bile year end, boss kata dh improve.. lega, tak M3 lagi kot… tp jumaat lps dpt surat dr HR, final HRPC… dpt M3 lagi.. tak terkata, terus nangis kt boss… Why don’t u tell me earlier??? n… sy dgn pasrah… akan amik cto juga… amik peluang m3 ni utk reunite dgn suami yg selama ni saya berjauhan dgn suami krn petronas yg kusayangi.. tp petronas lgsung tak amik peduli kebajikan staff…

    NURUL

    01/05/2011 at 6:59 pm

    • Takziah dan rasa simpati yg amat sangat dari saya, tapi apakan daya kita org bawahan ini. Inilah nasib org yg xde cable dan ambillah peluang Kalau dioffer cto dan jagalah family anda dari sekarang.

      mohdnasirisa

      01/05/2011 at 8:52 pm

  5. Terima kasih en. nasir for the support. Cuma, disbbkan saya ni junior executive.. yg saving pun tak berape nk ada.. tp dah 2 kali kena M3.. scholar petronas lagi.. rasa takut pulak bile petronas suruh berenti.. 2 kali berturut2.. paalah malang nasib diri ni..

    Saya suka kata2 en. nasir, “jagalah family anda dari skrg..”. Saya sudah mula nampaknya duduk jauh dr keluarga, (konon berkorban utk petronas, sgup duduk jauh), dlm keadaan diri skrg tak terurus, rasa rumahtangga juga berantakan, nazuzubillah.. kerjaya hancur.. moga ada lubuk rezeki buat diri ini di luar sana…

    NURUL

    10/05/2011 at 1:29 pm

    • InsyaAllah akan ada rezeki anak adam itu walau dimana ia berada, cuma kita perlu berusaha sahaja untuk mendapatkannya. Lagipun anda mempunyai degree, takkanlah susah sangat nak cari kerja. Katakan “PETRONAS IS NOT EVERYTHING IN THIS WORLD” Lagi pun sekarang ni, mana ada lagi “added values” dalam petronas? you work for money only, no more loyalty, integrity, cohesiveness….

      mohdnasirisa

      10/05/2011 at 2:29 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: