Mohd Nasir Isa's Blog

Just another WordPress.com weblog

Archive for February 11th, 2011

Perangai Pegawai Kompeni

with 13 comments

Diakhir tahun lepas dan diawal tahun ini, pekerja-pekerja kontraktor di”gembira”kan dengan berita-berita projek-projek baru ditawarkan kepada kontraktor2 tersebut. Bukanlah apa sangat, cuma kami pekerja2 kontraktor ini akan ditawarkan dengan kontrak kerja baru selama 2 tahun lagi. Jadi dapatlah kita semua bernafas selama 2 tahun lagi sebelum terpaksa mencari kerja baru pulak.

Diakhir tahun lalu, 3 kontraktor ditawarkan dengan kontrak baru berjumlah lebih kurang RM400 Juta setiap kontraktor untuk selama 2+1 tahun dan pagi tadi “The Sun” melaporkan 1 lagi kontraktor mendapat tawaran kontrak sebanyak RM802 Juta dari kompeni.

Maka bergembiralah semua orang samada dipihak kompeni atau kontraktor kerana masing2 akan mendapat habuan masing2. Cuma sekarang, kita tidak tahu, habuan itu kita akan terima dalam bentuk halal atau haram. Ada orang yang menjaga setiap sen yang dia dapat mestilah dari sumber yang halal, tapi ada yang tidak hirau samada halal atau haram, semua dia kebas. Yang inilah saya nak buka cerita sikit kerana selama ini semasa saya berada didalam kompeni, saya tidak pernah tau berkenaan dengan mereka2 yang mendapat “pembiayaan” dari taukeh2 kontrak ini.

Yang malangnya, mereka2 yang mendapat “pembiayaan” ini semuanya Melayu/Islam. Bagi mereka, kalau mereka tidak mendapat habuan ini, perjalanan hidup/kerja mereka adalah tidak normal lagi. Sudah menjadi adat kepada mereka2 ini untuk menerima habuan ini, kalau tidak, maka kocek mereka akan berkurangan setiap akhir bulan. Kalau dulu2 kita cuma dapat mendengar cerita2 begini didalam perkkhidmatan kerajaan sahaja, tapi sekarang, telah melarat dengan “jayanya” kedalam kompeni glamor ini. Cuba bayangkan, seorang executive yang bergaji RM8-9 ribu sebulan dapat memakai jam Rolex berharga RM30,000 dan membawa kereta BMW. Cuma sekarang ni, dia ni sudah berada didalam perhatian kompeni, mungkin tak lama lagi dia akan “say goodbye” kepada kompeni tersebut.

Kes lain, ada Sn Engineer kompeni dengan selamba menyuruh kontraktor membelikan kasut safetynya yang berharga RM600 di Pertama Complex, mungkin bagi sesetengah orang, kes ini remeh temeh. Tapi cuba bayangkan apa yang akan disuruhnya dibelakang tabir. Kontraktor terpaksa “akur” kerana untuk mendapat kontrak seterusnya bergantung kepada recommendation Sn Engineer ini. Jadi senanglah pihak kontraktor untuk mendapat kontrak seterusnya, hanya dengan menyuruh di dol ini membuat recommendation yang “baik” saje. Ada orang kata, kenapa tak lapor saja kepada SPRM? Jawapannya pun serupa seperti diatas. Sebenarnya mereka2 ini tidak makan seorang. 2 minggu lepas, saya ada bercakap dengan kawan lama saya di Labuan, katanya budaya ini semakin teruk dalam kompeni sehinggakan mereka2 yang tidak mahu menerima “Habuan” ini dari kontraktor terasa macam bersalah kerana kiri kanan mereka dipejabat menerimanya. Katanya lagi susah bagi mereka untuk mempercayai cerita2 begini, tapi itulah hakikatnya pegawai2 kompeni sekarang.

Satu lagi cerita yang agak lucu, mereka2 ini tidak mahu menerima dalam bentuk wang ringgit, tapi dalam bentuk hiburan. Tiap2 malam mereka memaksa kontraktor membayar caj kelab dangdut yang mereka masuki. Cuba bayangkan, isteri2 mereka dirumah tidak tahu yang laki2 mereka bersuka ria dikelab dangdut setiap malam kerana maklumlah staff kompeni selalunya balik lewat kerumah setiap malam, kononnya menyiapkan kerja2 yang banyak dipejabat. Yang lucunya, pada suatu malam seorang staff kontraktor disuruh oleh bossnya untuk membawa staff2 kompeni ini pergi kekelab dangdut. Dia pun pergilah dengan staff2 kompeni itu, nak dijadikan cerita, masuk waktu maghrib, dia pun nak pergi solatlah. Ditinjau kesana kemari dalam kelab dangdut itu dimana ada bilik solat!!! Tak jumpa juga, dia cuba2 tanya staff kelab itu dimana, dengan selamba staff kelab itu kata, tuan, mana ada bilik solat disini tuan. Ini bukan surau atau masjid, ini kelab dangdut tuan !!! selepas membayar bil untuk staff2 kompeni itu, beliau terus keluar dalam balik solat. Itulah yang diceritakan kepada saya, terbahak2 juga saya dibuatnya.

Sebenarnya mereka2 yang menerima habuan ini tidak mempunyai apa2 jatidiri lagi, tidak mempunyai maruah dan harga diri lagi kerana diri mereka sudah di”beli” oleh kontraktor2 tersebut. Bayangkan, apa akan jadi kalau mereka tidak boleh membuat apa2 keputusan yang kritikal kerana diri mereka sudah tidak berharga lagi. Mereka cuma menjadi pak turut saje.

Persoalan saya disini, apa nak jadi dengan anak bangsa kita yang terjerumus dalam bencana ini yang masih bekerja dengan kompeni glamor ini? Apa akan jadi dengan kompeni ini dalam jangkamasa panjang? Apa jadi dengan integrity, loyalty dan banyak lagi “ty” yang dilaungkan oleh kompeni ini? Sama2lah kita renungkan.

Written by mohdnasirisa

11/02/2011 at 3:59 pm

Posted in Uncategorized