Mohd Nasir Isa's Blog

Just another WordPress.com weblog

Perangai Pegawai Kompeni

with 13 comments

Diakhir tahun lepas dan diawal tahun ini, pekerja-pekerja kontraktor di”gembira”kan dengan berita-berita projek-projek baru ditawarkan kepada kontraktor2 tersebut. Bukanlah apa sangat, cuma kami pekerja2 kontraktor ini akan ditawarkan dengan kontrak kerja baru selama 2 tahun lagi. Jadi dapatlah kita semua bernafas selama 2 tahun lagi sebelum terpaksa mencari kerja baru pulak.

Diakhir tahun lalu, 3 kontraktor ditawarkan dengan kontrak baru berjumlah lebih kurang RM400 Juta setiap kontraktor untuk selama 2+1 tahun dan pagi tadi “The Sun” melaporkan 1 lagi kontraktor mendapat tawaran kontrak sebanyak RM802 Juta dari kompeni.

Maka bergembiralah semua orang samada dipihak kompeni atau kontraktor kerana masing2 akan mendapat habuan masing2. Cuma sekarang, kita tidak tahu, habuan itu kita akan terima dalam bentuk halal atau haram. Ada orang yang menjaga setiap sen yang dia dapat mestilah dari sumber yang halal, tapi ada yang tidak hirau samada halal atau haram, semua dia kebas. Yang inilah saya nak buka cerita sikit kerana selama ini semasa saya berada didalam kompeni, saya tidak pernah tau berkenaan dengan mereka2 yang mendapat “pembiayaan” dari taukeh2 kontrak ini.

Yang malangnya, mereka2 yang mendapat “pembiayaan” ini semuanya Melayu/Islam. Bagi mereka, kalau mereka tidak mendapat habuan ini, perjalanan hidup/kerja mereka adalah tidak normal lagi. Sudah menjadi adat kepada mereka2 ini untuk menerima habuan ini, kalau tidak, maka kocek mereka akan berkurangan setiap akhir bulan. Kalau dulu2 kita cuma dapat mendengar cerita2 begini didalam perkkhidmatan kerajaan sahaja, tapi sekarang, telah melarat dengan “jayanya” kedalam kompeni glamor ini. Cuba bayangkan, seorang executive yang bergaji RM8-9 ribu sebulan dapat memakai jam Rolex berharga RM30,000 dan membawa kereta BMW. Cuma sekarang ni, dia ni sudah berada didalam perhatian kompeni, mungkin tak lama lagi dia akan “say goodbye” kepada kompeni tersebut.

Kes lain, ada Sn Engineer kompeni dengan selamba menyuruh kontraktor membelikan kasut safetynya yang berharga RM600 di Pertama Complex, mungkin bagi sesetengah orang, kes ini remeh temeh. Tapi cuba bayangkan apa yang akan disuruhnya dibelakang tabir. Kontraktor terpaksa “akur” kerana untuk mendapat kontrak seterusnya bergantung kepada recommendation Sn Engineer ini. Jadi senanglah pihak kontraktor untuk mendapat kontrak seterusnya, hanya dengan menyuruh di dol ini membuat recommendation yang “baik” saje. Ada orang kata, kenapa tak lapor saja kepada SPRM? Jawapannya pun serupa seperti diatas. Sebenarnya mereka2 ini tidak makan seorang. 2 minggu lepas, saya ada bercakap dengan kawan lama saya di Labuan, katanya budaya ini semakin teruk dalam kompeni sehinggakan mereka2 yang tidak mahu menerima “Habuan” ini dari kontraktor terasa macam bersalah kerana kiri kanan mereka dipejabat menerimanya. Katanya lagi susah bagi mereka untuk mempercayai cerita2 begini, tapi itulah hakikatnya pegawai2 kompeni sekarang.

Satu lagi cerita yang agak lucu, mereka2 ini tidak mahu menerima dalam bentuk wang ringgit, tapi dalam bentuk hiburan. Tiap2 malam mereka memaksa kontraktor membayar caj kelab dangdut yang mereka masuki. Cuba bayangkan, isteri2 mereka dirumah tidak tahu yang laki2 mereka bersuka ria dikelab dangdut setiap malam kerana maklumlah staff kompeni selalunya balik lewat kerumah setiap malam, kononnya menyiapkan kerja2 yang banyak dipejabat. Yang lucunya, pada suatu malam seorang staff kontraktor disuruh oleh bossnya untuk membawa staff2 kompeni ini pergi kekelab dangdut. Dia pun pergilah dengan staff2 kompeni itu, nak dijadikan cerita, masuk waktu maghrib, dia pun nak pergi solatlah. Ditinjau kesana kemari dalam kelab dangdut itu dimana ada bilik solat!!! Tak jumpa juga, dia cuba2 tanya staff kelab itu dimana, dengan selamba staff kelab itu kata, tuan, mana ada bilik solat disini tuan. Ini bukan surau atau masjid, ini kelab dangdut tuan !!! selepas membayar bil untuk staff2 kompeni itu, beliau terus keluar dalam balik solat. Itulah yang diceritakan kepada saya, terbahak2 juga saya dibuatnya.

Sebenarnya mereka2 yang menerima habuan ini tidak mempunyai apa2 jatidiri lagi, tidak mempunyai maruah dan harga diri lagi kerana diri mereka sudah di”beli” oleh kontraktor2 tersebut. Bayangkan, apa akan jadi kalau mereka tidak boleh membuat apa2 keputusan yang kritikal kerana diri mereka sudah tidak berharga lagi. Mereka cuma menjadi pak turut saje.

Persoalan saya disini, apa nak jadi dengan anak bangsa kita yang terjerumus dalam bencana ini yang masih bekerja dengan kompeni glamor ini? Apa akan jadi dengan kompeni ini dalam jangkamasa panjang? Apa jadi dengan integrity, loyalty dan banyak lagi “ty” yang dilaungkan oleh kompeni ini? Sama2lah kita renungkan.

Written by mohdnasirisa

11/02/2011 at 3:59 pm

Posted in Uncategorized

13 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. sucks. i know it’s realiti. saya kerja situ mmg dengar ada org mcm tu. hanya jaga diri la jgn buat menda yg sama.

    me the martian

    11/02/2011 at 4:21 pm

  2. sucks. i know it’s reality. saya kerja situ mmg dengar ada org mcm tu. hanya jaga diri la jgn buat menda yg sama.

    me the martian

    11/02/2011 at 4:21 pm

  3. dulu sebelum 2005 tak seteruk begini. sekarang memang teruk sangat. salah kontraktor juga. kontraktor yang start. lepas tu pulak petronas bagi gaji ciput. konon berkhidmat untuk negara.

    Lahsiye Bin Sikeret

    11/02/2011 at 6:38 pm

    • …aaappaaa…petr#$&s…hehehe..

      UB45

      12/02/2011 at 11:29 am

  4. kesan sampingan 3M.CTO pulak dah tak ada.kompeni tikam pegawai kompeni.pegawai kompeni tikam kompeni.

    anwar ahmadun

    13/02/2011 at 12:08 pm

  5. tu la pandai2 kompeni buat polisi2 yg ntah apa2 dan menyusahkan nie…. kalau aku ada peluang memang akan aku tikam kompeni ni…. bukan kompeni jer, semua bos2 yg tak guna tu sekali akan aku tikam….
    pergi jahanam la kompeni dan bos2 yg tak guna nie….
    aku dengar2 polisi yg kata tak boleh kahwin sesama staff dah kena tarik balik sebab lawyer kompeni tak dapat nak jawap bila hakim tanya “hukum Allah jer hukum kompeni” yg paling teratas…?

    M3 wat B

    14/02/2011 at 7:43 pm

  6. petronas ni terkenal dengan rule-rule bodoh. contoh latest, tak boleh kahwin sesama staff. bermukah sesama staff boleh lah kot.

    dulu staff perempuan kat dayabumi (1990s) tak boleh pakai seluar panjang, kena pakai baju kurung. Kan ke bodoh gilababi rule ni?

    sekarang pulak, ada rule staff lelaki tak boleh berambut panjang. konon penerampilan tak kemas, malu tengok dek orang luar. ini pun rule bodoh juga.

    agaknya warna spender pun petronas nak dictate.

    dah lah setengah opu insist pakai uniform, ini peninggalan jepun/korea dulu lah ni.

    Jejaka Pemalu

    16/02/2011 at 7:05 pm

    • aku ada dengar2 yg setengah2 opu nak sangat2 pakai uniform bukan sebab semua org yg kat situ nak pakai sangat… tapi org2 yg menguruskan tempahan uniform nie yg sebenar nyer beria2 sebab diorang nie boleh masyuk dari kontraktor2 yg buat uniform tu… last2 staff dapat uniform yg saiz ntah apa2… dan kadang2 material utk uniform tu pun kureng jer…. yer la sebab kontraktor2 pun nak kena cari jalan nak cover apa yg mereka bayar kat tukang2 yg menguruskan tempahan tu….

      M3 wat B

      16/02/2011 at 7:20 pm

      • Semua orang mau masyuk beb !!!! dari semua bahagian, cawangan……

        mohdnasirisa

        17/02/2011 at 8:45 am

      • tak untung banyak membuat uniform.ada seorang vendor untung berjuta sebab anak dan bini kerja dalam pcsb.maklumat hala tuju kompeni vendor ini tahu dulu.anak pula kerja dalam bahagian yang vendor ini selalu buat bisnes.dapat pula akses budget dan rancangan projek kompeni masa depan.entah entah bahagian sumber manusia pun ada sedara kalau tak macam mana anak bini boleh duduk pcsb.dengar kata ramai pengurusan atasan pcsb datang majlis kahwin anak vendor ini.kalau betul kuat sungguh kable vendor ini.apa lah nasib kompeni

        anti kronism

        16/03/2011 at 8:55 pm

      • mungkin kita boleh buat satu blog, just untuk mendedahkan segala kepincangan dalam kompeni kot, supaya orang-orang yang dah lama mengaut keuntungan secara haram ni diberi M3/4 oleh kompeni dan terus berambus dari situ…

        mohdnasirisa

        17/03/2011 at 10:22 am

  7. Setuju sangat kita dedahkan sapa2 yg rasuah ni…
    penat2 je aku kerja..member yg ‘suspected’ makan rasuah dapat 2… siuuutt

    Kurapan

    27/03/2011 at 7:46 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: