Mohd Nasir Isa's Blog

Just another WordPress.com weblog

Balasan Allah

with 18 comments

Tidak sampai setahun aku dihadiahkan dengan M3 oleh penguasa itu tahun lalu, tahun ini dia menerima balasan dari Allah juga. Dia juga ditendang keluar dari situ kerana pengurusan tidak lagi mengiktiraf kerja-kerjanya disitu.

Kerana apa?

Sejak dari dulu lagi dia tidak mempunyai wawasan yang positif. Sejak dia kembali kesitu atas tajaan godfathernya pada tahun 2005, dia tidak pernah memikirkan bagaimana nak menaikkan taraf pendidikan disitu. Apa yang dia tahu cuma menyambung kerja-kerja yang telah dilakukannya sejak dari tahun 1981 dulu lagi. Pemikirannya selalu negatif kerana dia tidak tahu mengeluarkan idea-idea baru untuk memajukan lagi institut itu. Nah, hari ini, telah terbukti bahawa telahan aku memang betul. Orang yang tak sepatutnya berada disitu, akhirnya dihumban keluar oleh pengurusan.

Oleh kerana godfathernya tersangat berpengaruh pada masa itu, beliau telah diangkat menjadi penguasa dengan gred yang lebih tinggi, sedangkan dia tidak mempunyai nilai-nilai atau ciri-ciri yang mebolehkannya untuk berada disitu. Itulah kalau rasuah bermaharajalela, orang bodoh pun boleh menjadi tuan besar. Kalau bukan kerana godfathernya, CEPnya mungkin setakat E2 sahaja. Kalau tak percaya, cuba bagi soalan-soalan Skill Group Program untuk menilai keupayaannya, tak mungkin dia akan lulus SKG assessment !!

Kemana dia pergi selepas ini?

Dengar khabar dia telah dihumban ke OPU yang dia tak pernah terfikir oleh otaknya. Selepas ini tahulah dia bagaimana orang-orang di OPU itu mengerjakannya pulak. InsyaAllah tahun ini, dia pula akan merasa M3 pulak !!

Ingatlah kepada orang-orang yang tak mempunyai hati perut, balasan Allah adalah benar dan pasti akan berlaku baik didunia ini atau diakhirat nanti, tunggulah kerana ia pasti akan datang kepada kita.

Written by mohdnasirisa

10/05/2011 at 10:21 pm

Posted in Uncategorized

18 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Baru jumpa link ni… http://www.aduanrakyat.com.my/petronas-menindas-pekerja

    tapi, apa tindakan org yg menerima aduan?

    NURUL

    10/05/2011 at 11:36 pm

    • Tidak boleh buat apa-apa. Mereka tiada kuasa.

      Batch2010M3

      15/05/2011 at 9:09 pm

  2. Samalah kita.. Nampaknya Petronas lebih sayangkan mereka2 yang berpura2 dari yg jujur menjalankan tugas (tapi tak menyinar dimata mereka). Itulah bahananya m3. Harap diteruskan agar jenis2 mcm contoh diatas ni akan terkeluar jugak akhirnya.

    Batch2010M3

    15/05/2011 at 6:06 pm

  3. Batch 2010M3 masih lagi bekerja di petronas ke? saya pun mangsa M3 tahun 2010… dan 2011 juga.. malang nasibku rasanya… xsngup lg mencipta rekod utk thn 2012…

    NURUL

    16/05/2011 at 9:34 am

    • Saya mengambil keputusan keluar dgn mengambil CTO. Inilah keputusan win2. Petronas memang pun nak buang pekerja jadi elok keluar. Kalau selamat tahun depan tahun berikutnya tak tau lagi.( polisi any 2 M3 within 5 years dah kena kick out)Tapi kalau dah dapat sekali selalunya next year akan dapat juga. Mcm Nurul dah dua kali dapat M3… nampaknya dah habis peluang di Petronas. Elok bersedia apply tempat lain. Kita hanya berbangga kerja Petronas tapi diluar sana adalah lebih bagus. Kalau tak pun dlm keadaan sekarang.

      Batch2010M3

      17/05/2011 at 5:44 pm

  4. Assalamualaikum Sdr Mohd Nasir,

    Entah bagaimana pagi ni hati saya tergerak untuk google “politik di Petronas” dan terjumpa blog saudara. Seluruh pagi saya tak dapat berhenti membaca postings dan komen di blog saudara oleh kerana ia membawa sejuta memori kepada saya.
    Ya, dulu saya pernah bekerja di Petronas selama lebih 20 tahun. Walaupun saya berhenti bukan kerana M3 atau CTO saya memmang amat masak dan jijik dengan culture politik mombodek yang berleluasa di Petronas. Memang saya faham benar apa yang saudara telah lalui, kepedihan dan stress yang terasa pada waktu itu. Izinkan saya berkongsi pengalaman kenapa saya berhenti sekadar melepaskan sikit pedih yang masih saya rasai.
    Sebab saya berhenti mungkin lain sikit tapi persamaan atau common denominator nya ia lah: boss yang zalim. Boss (ex-boss sekarang ni) saya adalah manusia yang paling zalim saya pernah kenal di dalam hidup saya. Mungkin Firaun atau Hitler lebih zalim, tapi saya tak personally kenal mereka. Pada 2008 saya bertukar dari HQ dan memasuki satu anak syarikat Petronas, promotion konon. Setelah beberapa bulan di sana saya dapati ada sesuatu yang tak kena dengan cara dia, sebagai seorang boss atau ‘leader’, berinteraksi dengan saya. Yang saya belajar di kursus-kursus pasal leadership di Petronas semuanya tak boleh pakai langsung dengan ex-boss saya ni. Dia bersikap sejuk dan ‘stand off-ish’ seperti dia tidak dapat menerima saya bekerja dengan dia. Segala usaha saya untuk membina hubungan kerja yang lebih baik di tepis nya sahaja. Pandangan saya sedikit pun dia tak peduli malah dia akan jegil dan tengking jikalau saya cuba buka mulut sikit. Sikap kasar beliau terhadap saya makin meningkat hingga ke tahap maki hamun dan menghina saya semasa mesyaurat dan di khalayak ramai. Kadang-kadang terpingga-pingga dan teramat sedih saya di buat nya.
    Tetapi apa yang buat beliau paling bengang dengan saya ialah apabila dia menyuruh saya memberi kerja kepada satu syarikat kontrektor tanpa mengikut prosedur tender. Untuk mengelakkan diri daripada di libatkan dengan penyelewengan saya berkeras untuk membuat perkara yang betul (do the right thing), yaitu mengikut polisi dan prosedur tender yang telah di tetapkan dalam syarikat. Ini meyebabkan kebencian beliau terhadap saya lebih meluap-luap. Semenjak dari hari itu kezaliman beliau terhadap saya berkali ganda.
    To cut a long story short, hendak tak hendak saya pun meletakkan jawatan oleh kerana stress yang amat sangat dan kesihatan saya yang jelas telah terjejas. Pada masa tu saya belum dapat tawaran kerja pun; satu risiko yang besar tapi saya terpaksa nekad dan bertawakkal. Maklumlah anak-anak masih bersekolah, hutang ruamh belum selesai, dan apabila kita sudah sampai ke suatu tahap umur dan pendapatan, tak banyak syarikat yang sanggup mengambil kita. Tapi Allah SWT Maha Pemurah dan Maha Pengasih, selepas lebih sebulan menganggur Alhamdullillah saya mendapat pekerjaan.
    Di antara pengajaran episod runcing dalam hidup saya ini ialah jangan berputus asa, sentiasa berusaha, berdoa dan apabila berjaya tingkatkan lagi kesyukuran terhadap Allah SWT.
    Apa cerita dengan ex-boss saya tu sekarang? Dengar cerita dia balik ke Petronas masih dengan jawatan yang tinggi. Tak hairan lah dia memang pandai bodek dan kipas belakang orang atas. Buat kerja tak le pandai mana, gaji besar menghabiskan beras saje. Nak katakan leadership skill bagus, jauh sekali. Kakitangan di suruh pergi kursus leadership lah, buat assessment lah, tapi orang macam dia leadership skill yang dia pakai hanyalah dengan memaki hamun dan mengertak orang supaya resign. Actually, I am not the first and I won’t be the last of his victims as long as he is still in the company. He is way past his use by date and the sooner he retires for good from the company the better. Tapi takpelah benda-benda macam ni is beyond our control.
    Thanks brother for allowing me to get this thing off my chest. I still feel a bit sore with the guy but from the following hadis I know justice will be done. All the best.

    Daripada Abu Musa al-‘Asy’ari, Nabi s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah menangguhkan azab terhadap orang yang zalim, sehinggalah apabila Allah mengazabnya, ia tidak dapat lepaskan diri.”
    (Riwayat al-Bukhari)

    Mohd.

    17/05/2011 at 6:06 pm

    • Waalaikumussalam bro,
      Benar apa yg dikata, nasib kita serupa, dibenci oleh keparat walau apa kebaikan sekalipun yg kita buat, kita tak pernah dipandang. Sebaliknya kebencian sentiasa melekat kat muka dia. Tak pernah nak menyelesaikan apa “kesalahan” yg kita buat sebaliknya kemarahan yg selalu ditunjukkan. Tapi saya sudah merdeka dari cengkaman dia tapi bayang2nya masih lagi terasa, itulah sesekali teringat, saya menumpukan sepenuh hati menulis diblog ini, itu saje cara saya melepaskan geram saya sampai sekarang.

      mohdnasirisa

      17/05/2011 at 7:05 pm

      • Apa pun, buat baik berpada pada, buat jahat jangan sekali. Agar kita dipandang mulia dulu, kini dan selamanya. Bila pencen pun, orang respek lagi, tak nanti masa ada kuasa je orang pandang. Sekadar pandangan.

        meng

        19/05/2011 at 9:57 pm

  5. btul ke dengar cite cto takde tahun nie? circulation hrm tak kluar2 lg, kalau thn lepas dh tahu dh by this time..tny org hr pun drg kate taktau, increment, bonus pun tak dgr pape berita..management sunyi sepi je thn ni

    kiki

    25/05/2011 at 4:44 pm

  6. Salam semua, setelah membaca luahan perasaan saudara & saudari dlm blog ni, saya sangat bersyukur orang2 seperti anda semua telah berhenti dari Petronas. Hati anda penuh dengan kebencian, hasad dengki, hasutan, maki hamun dan sikap2 negatif. Sememangnya Petronas mahu menyingkirkan insan2 seperti ini dengan memperkenalkan M3 dan baguslah ia berjaya. Semoga bahagia dengan kerjaya baru dan saya yakin anda semua berasa lega, kerana Petronas sememangnya tidak sesuai untuk orang2 seperti tuan2 dan puan2. Prinsip saya: berkerja bukan untuk boss, KPI, bonus, dsb. Bekerjalah dengan ikhlas kerana minat, kerana agama, keluarga, bangsa & negara… Percaya dan dalamilah konsep rezeki, takdir, niat dan usaha.

    Tapi lain manusia berlainan hatinya, terpulanglah masing2. Maaf jika menyinggung🙂

    moshahriz

    07/06/2011 at 5:29 pm

    • Tidak tersinggung langsung saya dengan “KEMULIAAN” hati anda, cuma saya ingin bertanya berapa lama anda dalam kompeni ini, kalau cuma dengan prinsip anda yg disebut itu tanpa kabel yang kukuh, insyaAllah anda tidak akan kekal lama juga, suatu hari nanti anda juga akan menghamburkan “kebencian, hasad dengki, hasutan, maki hamun dan sikap2 negatif” yang anda sebutkan itu, percayalah. Jangan jilat balik kata2 anda itu. Sesungguhnya anda belum kenal apa itu kompeni. Selamat maju jaya dalam kompeni anda.

      Saya approvekan komen anda ini supaya anda akan balik semula keblog ini suatu hari nanti, insyaAllah.

      mohdnasirisa

      07/06/2011 at 6:50 pm

  7. terima kasih kerana approve, ini blog saudara dan saya menghormatinya..
    – saya tak lah lama sgt tapi cukup la untuk dilantik sebagai SKG trainer seperti tuan
    – saya bukanlah alim sangat, cuma harap saudara jangan mendoakan sesuatu yg tidak baik kepada org lain..🙂
    – saya taklah loyal sangat, cuma rasa tersinggung terhadap orang2 yg menghina Petronas, mencari keburukan semata2, walhal perkara yg baik dilupakan, diabaikan..

    moshahriz

    07/06/2011 at 8:01 pm

    • Anda, saya rasa tak faham isu Sebenar disini. Sebenarnya saya tidak memusuhi kompeni, tetapi segelintir manusia yg menggunakan kuasa dgn rakus sehingga sanggup menganiaya staff2 dibawahnya, itu sajer. Tapi kalau tuan rasa itu pun tak patut, saya rasa tuan tak payahlah buat komen2 yg tak relevan kerana kita bercakap berlainan irama. Dan juga tak perlulah menjenguk blog ini lagi maklumlah anda kenal saya tapi saya xkenal anda

      mohdnasirisa

      07/06/2011 at 8:24 pm

  8. Baiklah, ini kali terakhir saya menjenguk di sini sbb tak sanggup baca lagi dah🙂
    Anyway, saya cuba faham situasi saudara & rakan2 yg rasa teraniaya, mmg di mana2 company pun ada insan2 sebegini, saya pun ada pengalaman peribadi yg serupa… bagi saya abaikan saja sbb seperti kata saudara sendiri, Allah akan membalasnya. Kalau layan sgt kita yg penat & rugi masa. Baik gunakan energy tu utk memperbaiki diri. Jangan kerana nila setitik rosak susu satu barrel🙂

    Cuma harap jgn terlalu berdendam & teruskan dgn kehidupan baru.. Blog saudara dibaca oleh seluruh dunia, seperti juga saudara ada hak untuk bersuara, kami (bukan saya seorang ye) juga ada hak untuk menegur, terutamanya komen2 negatif dan tidak menggambarkan keadaan sebenar, minta maaf sekali lagi.. Wasalam

    moshahriz

    07/06/2011 at 10:19 pm

  9. Saya rasa moshahriz nih org HR kot? Ntah lah saya rasa blog u nih more about those penguasa yg salah guna kuasa dalam Petronas. And saya rasa people should know about this abuse of power. And to accuse those yg dapat M3 tuh memang layak disingkirkan sebab berhasad dengki etc. Itu sudah satu penghinaan. To me if there were to be a perdebatan about this, much better. The 10% quota, the subjectivity in PPA rating and all.

    Mohd

    08/06/2011 at 1:30 am

  10. Tak kena kat dia buleh lah cakap baik… Cuba kena kat batang hidung dia, baru tahu langit tu tinggi ke rendah… Biar seluruh dunia tahu pasal blog ni lagi bagus… Biar semua org tahu bahawa org2 dlm Petronas ni cuma tahu kipas bos sahaja.

    Alien

    18/07/2011 at 7:45 pm

  11. @moshahriz kenyataan anda “Hati anda penuh dengan kebencian, hasad dengki, hasutan, maki hamun dan sikap2 negatif. Sememangnya Petronas mahu menyingkirkan insan2 seperti ini dengan memperkenalkan M3 dan baguslah ia berjaya” adalah sungguh biadap.

    Saya masih berada di Petronas, tapi tak sepatutnya saudara mengeluarkan kenyataan sepeti itu. Banyak yang keluar Petronas bukanlah mempunyai hati seperti itu. Banayak yang saya kenal yang keluar dari Petronas semata2 mereka adalah orang yang pendiam yang buat kerja mereka. Disebabkan tidak ‘visible’ mereka dikenakan M3 dan seterusnya keluar dari Petronas. Takdepun diorang hasad dengki.

    shah

    30/10/2011 at 11:53 am

  12. petronas memerlukan staff yg dinamik. maksudnya tahu buat kerja yg diamanahkan, dan juga tahu tambah nilai gaji yg dibayar. tambahan nilai inilah yg membezakan top performers, leaders dan thinkers dgn org2 yg hanya care about kerja sendiri. jgnlah berkecil hati sekiranya anda tak visible dan merasakan sebab itulah dpt m3.

    mmg betul ada yg perform dan dpt m3, itu mmg tak adil. tapi setiap yg dibuat mesti ada hikmahnya. tengoklah saudara nasir sendiri. dapat m3, berhenti dan dpt kerja lagi better, tanpa masalah politik, tanpa m3, gaji lebih lumayan, dan lagi best boleh buat blog ini sambil mengingatkan pegawai yg bagi m3 tentang balasan Allah.

    ramai juga yg kerja di petronas tanpa mengira imbuhan duniawi ni. asalkan niat kerja untuk ibadah, dapat balasan di ‘sana’ dah amat bagus. hidup akan tertekan kalau sering mengenang kembali peristiwa hitam. saya ingin mengingatkan diri sendiri dan rakan2 seperjuangan agar betulkan niat dan anggaplah titik peluh ini membantu negara membangun dgn hasil buminya.

    pada saya, sikap favoritism ada di mana2. dan merekalah yg biasa terlepas m3. di blog ini sendiri pun, kalaulah ada rating untuk semua posts, saya rasa posting saya mungkin berada dikelompok m3. dan yg menyokong saudara nasirlah yg dapat rating 1 dan 2. dan paling sedih, mungkin tak berpeluang diapprovekan untuk tatapan orang….posting yg sebegini saya anggap yg dpt rating 4 dan terus dibuang kerja.

    harap maaf jika terasa hati. saya juga pernah dpt m3, tapi terus pertingkatkan diri dan alhamdulillah, tahun berikutnya dpt rating 2.

    ukhrawi

    23/11/2011 at 9:39 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: