Mohd Nasir Isa's Blog

Just another WordPress.com weblog

3XXL/3XL/3L – Idea baru, sistem baru?

with 26 comments

Sudah lama saya tidak menulis disini, hari ini terasa teruja semula untuk menulis. Bukan apa, cuma bila ada seorang sahabat bertanyakan pendapat saya tentang sistem baru ini.

Adakah ini sistem baru?

Bagi saya, ini adalah idea lama yang diberi nafas baru. Kenapa saya berkata begitu? Didalam tahun 1990an dahulu, kompeni menamakan sistem ini dengan nama 3A, 3B dan 3C. Sekarang diberikan nama baru pulak! 3XXL, 3XL dan 3L (bukan nama sebenar). 3L dan 4 berada didalam kumpulan yang sama, sama seperti sebelum ini M3 dan 4 berada didalam kumpulan yang sama. Jadi, anda semua sekarang dikitar semula kedalam zaman dahulu kala!!!

Adakah sebuah kompeni yang besar dan berdaya maju memerlukan pegawai-pegawai bergaji besar yang tiada idea baru dan hanya pandai mengitar semula idea lama? Hanya anda semua sahaja yang dapat menjawabnya, atau anda semua tidak kisah, asalkan diakhir bulan anda dapat gaji, anda sudah bahagia?

Anda semua kena ingat, setiap yang bernyawa, ada kitaran hidupnya. Apa maknanya kitaran hidup? Ia bermula dengan kelahiran dan diakhiri dengan kematian. Anda akan lahir kedunia, membesar, dewasa, tua dan akhirnya mati. Begitu juga dengan kompeni, ia akan berakhir dengan kematian juga jika anda semua tidak menghiraukan “Kehidupannya”. Untuk memanjangkan kehidupan kompeni, anda memerlukan pegawai-pegawai yang mempunyai idea-idea baru yang dapat diterjemahkan kedalam setiap perancangan masa depan kompeni untuk meneruskan perjalanan hidupnya. Jika anda semua tidak menghiraukannya, maka alamatnya, malapetaka yang besar akan anda hadapi. Setiap akhir bulan, anda tidak akan dapat gaji lagi.

Persoalannya sekarang, adakah kompeni mengambil pegawai-pegawai baru yang mempunyai idea-idea baru? Pada pendapat saya, orang-orang yang cerdik tidak mahu menyertai kompeni kerana mereka lebih suka bekerja dengan kompeni2 arab yang menawarkan gaji yang lebih tinggi. Bekerja dengan kompeni, anda tidak akan menjadi kaya raya seperti mereka2 yang bekerja dengan tok2 arab. Criteria pemilihan untuk masuk kompeni ialah CPGA 3.5 keatas, mungkin kompeni menganggapkan bahawa pelajar2 yang mempunyai CPGA 3.5 keatas ni merupakan orang2 yang cerdik! mereka lupa yang alam akademik dan alam pekerjaan adalah dua alam yang berbeza!

Pelajar2 yang “cemerlang” kononnya merupakan bakal pegawai2 yang berdaya maju. Maka berduyun2lah pegawai2 baru ini masuk kompeni. Apa yang akan terjadi dengan kompeni? Semua pegawai2 baru ini menganggap yang mereka adalah boss, kerana mereka cerdik, jadi siapa yang nak buat kerja kalau semuanya jadi boss? Oleh kerana zaman sekarang tiada sesiapa lagi bercakap pasal loyalty, maka bagi mereka yang frust kerana tak dapat jadi boss, akan keluar dari kompeni dan menyertai kompeni lain yang sanggup membayar gaji yang lebih tinggi. Kalau mereka tidak keluar pun, mereka akan mendapat M3 atau sekarang ni 3L. Jadi, siapa yang akan rugi?. Sebenarnya kompeni memerlukan keseimbangan didalam pengambilan pegawai2 baru. Ada yang akan buat kerja, dan ada yang akan jadi boss, baru kompeni dapat berjalan seperti yang dirancangkan.

Saya bukanlah orang yang boleh menasihati pegawai2 besar didalam kompeni kerana saya telah berada, nun jauh disana. Apa2 pun saya cuma boleh mengucapkan selamat maju jaya dengan “sistem” baru anda semua.

Sekian buat kali ini, hingga berjumpa lagi di posting yang akan datang, insyaAllah. Wassalam.

Written by mohdnasirisa

13/11/2011 at 5:26 pm

Posted in Uncategorized

26 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Salam En. Nasir. Apa khabar En. Nasir sekeluarga, diharapkan sihat sejahtera hendaknya. Warghh..kompeni ‘tu’ dah ada sistem baru ker En. Nasir. Bunyinya seakan-akan saiz pakaian sahaja (XXL/XL/L)🙂. Macam-macam En. Nasir.

    Nas

    14/11/2011 at 11:47 am

    • Wsalam Nas, Alhamdulillah saya sekeluarga sihat walafiat. Pandailah dia orang kononnya buat sistem baru, dia orang ingat semua orang lain bodoh macam dia. Saje nak bagi sedap sikit cerita, kalau tajuk tak umph, orang xmau baca nanti..

      mohdnasirisa

      14/11/2011 at 12:16 pm

  2. kalau tak silap diorang panggil rating M3 tu sbg 3H (High), 3M (Middle), 3L (Low)… habis yg selama ini yg dpt M3 tu ada yg LEBIH baik dari yg dpt PPA 3 atau 2. Jawablah di AKHIRAT sana wahai BOSSES yg ISLAM tapi TIDAK ADIL. Rezeki orang lain kamu TUTUP, nescaya ALLAH SWT akan tutup rezeki kamu kalau tak pun anak cucu cicit kamu…ALLAH SWT Maha Adil…

    Rudi Azman

    26/11/2011 at 11:20 am

    • Bukan,sebenarnya 3L tulah M3. Kononnya semua yg dapat 3L tu xleh buat kerja. Hanya hati yg keras dan tiada iman saja yg dapat menzalimi orang lain.

      mohdnasirisa

      26/11/2011 at 12:18 pm

      • Diorang kata 3L tsb tak bole buat keje dan pd masa yg sama ader gak calon mendapat PPA 4…tak faham betul diorang ni. Dah ler staff senior makin takder…yg lama2 ni ler yg jadi mangsa M3 dan PPA4. Tapi yer la…kita tgk sampai mana pencapaian PETRONAS ini tanpa org2 senior yg dah lama yg mmg tahu BUDAYA KERJA PETRONAS. Entah ke mana VISION PETRONAS serta LOYALTY CULTURE yg cuba diterapkan oleh PETRONAS selama ini. Atau mrk2 yg naik jadi “manager” tsb melalui cara AMPU dan JILAT mmg tidak ada budaya sebegitu. Saya dpti ader ramai bebudak baik lelaki dan pompuan yg baru keje tak lebih 5 tahun dah naik E2 hanya kerana dier pandai GEDIK/SEKSI/AMPU…Selamat Maju Jaya wahai PETRONAS ku…

        Rudi Azman

        27/11/2011 at 10:42 am

  3. Salam En Nasir

    Baru je kenal dengan blog Tuan. Memang mengasyikkan hehe🙂

    Kalau kerja dengan ikhlas, InsyaAllah adalah la ganjaran…

    weber

    27/11/2011 at 9:04 am

    • Wsalam, didalam kompeni, istilah ikhlas sudah tidak wujud. Walaupun kita kerja dgn ikhlas xde orang pandang kita kalau kita xjilat tot-tot boss. Itulah hakikatnya dunia masakini.

      mohdnasirisa

      27/11/2011 at 2:15 pm

      • Setuju sangat2 dgn En Mohd Nasir. Kerjalah dgn ikhlas bagai nak rak- tetiba bebudak yg baru masuk keje tak sampai setahun dua tapi pandai JILAT…bebudak pompuan yg gedik gedik pakai sendat dan tunjuk sedikit lurah…melabur dgn tajaan GOLF utk boss…ikhlas anda hanya dipijak2…org lain dpt BONUS 4bln…anda dpt M3…padahal anda keje bagai nak rak…anda lambat sikit masuk pejabat dah dijadikan kriteria mendapat M3..padahal member lain, merokok kat lobby hampir sepanjang masa…dpt PPA2…sungguh cukup ikhlas tu..

        Rudi Azman

        28/11/2011 at 1:30 pm

  4. Assallamualaikum… Sebenarnya sudah lama jugak saya tak masuk ke sini semenjak saya keluar drp kompeni kira2 dua bulan lepas. Saya keluar pun kerana menjadi salah seorang mangsa kpd sistem bodoh ni. Saya keluar pun tanpa apa2 pampasan CTO drp kompeni. Tapi nekad kerana tak mahu lagi nasib di perkotak katik kan oleh sistem zalim ini… Tak sangka pula ada sistem baru menggantikan M3 ni… Mula2 saya dengar M3 nak dihapuskan, tapi x sangka pula digantikan dgn sistem yg lebih pelik🙂 Apa pun selamat maju jaya kepada rakan2 yg masih lagi berada di dlm kompeni… Saya kini bahagia di tempat baru kerana tiada lagi dihantui oleh PPA merapu dan M3 walaupun tidak lah glamour spt bekerja di kompeni🙂

    Zack

    28/11/2011 at 9:57 pm

    • Waalaikumussalam, tak kira dimana, rezeki kita pasti ada, itu janji Allah. Tahniah kepada anda kerana sangat berani menghadapi kehidupan baru dan insyaAllah saya berdoa agar anda berjaya ditempat baru.

      mohdnasirisa

      28/11/2011 at 10:25 pm

      • Salam & Terima kasih semua kerana memberikan feedback positif🙂 Izin kan saya berkongsi pengalaman saya di dlm kompeni sebagai pedoman kepada semua… Saya sebenarnya bukan lah anak jati kompeni yakni bekerja dgn kompeni dari awal karier saya. Saya dtg drp sebuah MNC Engineering di luar sana dan masuk ke dlm kompeni setelah hampir 10thn bekerja di luar sana. Saya masuk ke dlm kompeni terus ke gred E2. Sewaktu saya mula menjejakkan kaki ke dlm kompeni, saya dpt merasakan sesuatu budaya yg pelik melihat tingkah laku org2 dlm kompeni. Apa yg di katakan pelik itu ialah, kebanyakan org2 dlm kompeni sebenarnya tidak bekerja. Mereka hanya berpura2 bekerja… Berbeza dgn tempat lama saya, org2 disana tidak perlu berpura2 bekerja kerana mereka memang ada kerja yg perlu di buat dan hasilnya boleh dilihat pada masa itu juga. Jika mereka tidak melakukan kerja, bermakna akan bertali aruslah panggilan telefon drp client ke meja boss. Oleh kerana kompeni adalah owner, mereka tidak perlu melakukan semua itu kerana semua kerja telah di lakukan oleh contractor atau pun vendor. Itulah sebabnya bila tiba musim APP, maka pening lah kepala sekelian makhluk dlm kompeni mengarang ayat puitis dan gempak di dlm APP mereka utk di persembahkan kepada para boss2… Dan boss2 pula akan menghabiskan masa berminggu2 mentelaah dan membahaskan puisi2 indah yg di persembahkan kepada mereka. Dan kepada mereka yg pandai mengarang puisi2 indah dlm APP mereka, akan selamatlah mereka drp penyingkiran. Kepada mereka yg hanya tahu bekerja dan tidak tahu mengarang puisi indah, maka bersedialah ke pusingan kalah mati. Saya telah bekerja dgn tiga buah MNC sebelum menyertai kompeni… Saya telah bekerja dgn US, Japan & Europe MNC… Tetapi tidak ada satu pun yg mengamalkan sistem yg membuang masa, tidak produktif dan tidak bermanfaat serta menggalakkan pilih kasih spt ini. Sewaktu saya mula2 mendapat tawaran drp kompeni, saya merasa sgt bangga kerana menyangka nasib saya akan terbela dgn lebih baik… Maklumlah kompeni kan di kuasai oleh “org2 kita” berbanding tempat lama saya yg 90% dikuasai bangsa asing. Tetapi jangkaan saya meleset sama sekali… Saya menerima padah yg jauh lebih buruk di dlm kompeni. Pada masa itu saya mula merasa menyesal kerana meninggalkan tempat lama dan menolak segala counter offer yg ditawarkan oleh tempat lama sewaktu saya berhenti dahulu… Namun dgn kehendak Allah, sewaktu saya mendapat M3 dan tiada semangat lagi utk bekerja, tiba2 saya mendapat panggilan drp bekas boss saya di tempat lama saya. Beliau bertanyakan khabar dan bertanya kpd saya jika berminat menyertainya semula kerana beliau menyatakan masih lagi mengharapkan jasa dan khidmat saya. Utk pengetahuan semua, bekas boss saya itu bukan lah “org kita”, dia ada lah bangsa asing. Saya tidak menyangka sama sekali bangsa asing di sebuah company yg di kuasai bangsa asing lebih menghargai saya drp kompeni yg di kuasai oleh “org2 kita”. Setelah bertemu dan berbincang, akhirnya saya bersetuju menyertainya semula. Saya terus menghantar notis meletak jawatan setelah rundingan saya dgn HR utk CTO tidak berhasil kerana alasan mereka ialah saya adalah M3 without PIP dan tidak layak utk CTO. CTO hanya utk mereka yang mendapat M3 with PIP atau pun PPA4. Kini saya telah kembali ke pangkuan rakan2 lama dan melakukan tugas sebaik mungkin tanpa perlu memikirkan APP dan M3 serta tidak memerlukan kemahiran ampu bodek utk berjaya. Saya hanya sempat bertahan selama 3 thn sahaja di dlm kompeni yg tampak gah di luar tetapi begitu teruk di dlm… Sekian lah pengalaman saya. Semoga menjadi pedoman iktibar kepada yg lain.

        Zack

        29/11/2011 at 11:02 pm

    • Sdr Zack…waalaikumsalam. Syukur mendapat perkongsian dari kengkawan yg telah nekad keluar dan berjaya melepaskan diri dari belenggu “orang orang kita” yg tamak kuasa dan zalim. Semoga orng2 berkenaan yg pentingkan diri sendiri itu suatu masa kelak akan berada di posisi orang yg telah mrk zalimi dgn PPA4 atau M3. Bukan mudah “menipu” dan “memujuk” hati yg marah serta tidak puashati hasil sistem BENGONG ini. Pihak HR pura pura terlupa yg setiap kompeni bukan berdiri teguh dan kukuh oleh para “manager” nyer sebaliknyer kuli kuli bawahan inilah yg menjadikan dan meletakkan kompeni ditempat yg diingini. Ambillah pelajar lepasa UTP atau uni swasta dan awam ber CGPA 3.5 ke atas tapi kalau mrk tidak punyer ciri ciri LUHUR pasti tidak kemana. Sikap luhur, amanah, setia dsb bukan bole diperolehi menerusi CGPA yg tinggi. Ia perlu disemai dan dibudayakan….dalam 30ribu staff PETRONAS, tidak mustahil ader yg akan mendoakan KEHANCURAN kompeni ini kerana marahkan “mrk2” yg menjahanamkan nilai nilai LOYALTY …

      Rudi Azman

      28/11/2011 at 10:50 pm

  5. Marilah kita mendoakan adenye pemimpin yg berani utk mengubah sistem yg menganiaya org ini…jgn lah kita mengharapkn kehancuran kompeni ini kerana negara kita bergantung pada cukai yg dikutip drp kompeni..saya berharap akan ade manusia yg benar2 beriman dpt mengubah semua ini & meletakkan kompeni dilandasan yg betul…saya juga mangsa M3 & amat bersyukur kerana ketika itu M3 tanpa PIP masih boleh memohon CTO. Allah menutup satu pintu utk kita & membuka pintu2 lain utk kita…saya merasa amat kasihan pd kawan2 saya yg lain di kompeni yg benar2 ikhlas bekerja.

    alida latifah

    02/12/2011 at 12:30 am

    • Saya mengandaikan bahawa dari komen saudari ini, TIDAK ADA seorang pun dari pemimpin sekarang yang beriman dan takutkan balasan ALLAH, saya setuju 1000%.

      mohdnasirisa

      02/12/2011 at 8:15 am

      • Mungkin betul apa yg En Nasir, kalau benar2 takut balasan Allah, mesti ada yg dah kena ‘buang’ tanpa disedari ie forced to resigned atau resign dgn sukarela

        alida latifah

        02/12/2011 at 9:22 pm

      • Sebenarnya memang saya dulu kena apa yg dipanggil “Forced Ranking” dimana pada mula2nya saya tidak kena 3M, tetapi oleh kerana tidak cukup quota, saya dipaksa juga menerimanya hanya untuk mencukupkan quota sistem haram jadah tu. Cuba bayangkan, saya tidak sepatutnya kena, tetapi dipaksa juga supaya kena sedangkan saya sudahpun memenuhi kehendak KPI, tetapi oleh kerana kezaliman boss, maka disuruhnya juga saya kena.

        mohdnasirisa

        02/12/2011 at 9:55 pm

    • Yang menjadi masalah dlm sistem ini ialah quota itu. Dan PPA ini sgt2 lah subjektif… Di sini lah akan timbul budaya kipas, bodek, favouritisme dsb nya demi menyelamatkan diri di musim PPA. Saya masih buleh menerima dgn hati terbuka jika saya mendpt m3 kerana tidak memenuhi KPI tetapi tidak for the sake of to fullfill the stupid quota. Tetapi masalahnya, ada juga yg tak memenuhi KPI tetapi pandai membuat karangan dlm PPA, mereka masih selamat. Pada saya keseluruhan sistem ini kena di rombak. Ini ada lah sistem utk org2 yg x ada kerja nak buat.

      Zack

      03/12/2011 at 8:28 am

    • Tetapi realitinya iman kita ni bukanlah sehebat nabi… Bila teraniaya masih lagi mendoakan yg baik2 kpd org yg menganiaya kita. Saya yakin semua yg teraniaya dgn sistem ini akan mendoakan kompeni ini akan jahanam bersama2 dgn pemimpin2 nya yg angkuh dan zalim…

      Zack

      03/12/2011 at 6:02 pm

      • Tapi kesian jugak dengan kawan2 kita yg tak berdosa dan saya masih lagi dapat mengawal perasaan saya supaya tidak mendoakan keburukan kepada kompeni walaupun ada jugak kawan menjadi lawan semasa dalam kompeni.

        mohdnasirisa

        03/12/2011 at 6:25 pm

  6. En Mohd Nasir dan rakan2 dalam forum ini. Mmg tidak ada sesiapa pun yg tergamak utk mendoakan kehancuran kompeni ini yg telah menjadi tempat kita mencari makan. Namun, spt yg En Zack sebutkan, kita ini tidak spt “Iman Nabi”- justeru pasti ader yg akan marah (sudah tentu), kecewa dan menyumpah seranah. Mmg diperingkat awal M3- ramai yg menjadi MANGSA situasi FORCED RANKING. Yg peliknyer saya tak mendengar pun ader Manager/Sr Manager mahupun VP yg kene..(tapi mungkin tak silap saya ader sorang “high profile” PCSB yg kene). Mmg sangat2 SAKIT HATI apabila kita kene PAKSA mendapat M3 walhal kita dah MET KPI. Kalau yer pun PETRONAS nak kurangkan yg “senior” dan dah lama berkhidmat menyumbang bakti dan tenaga utk kompeni- carilah CARA LAIN yg lebih AFDHAL yg HALAL serta TIDAK MENGANIAYA atau pun tawar lah VSS (Voluntarily Separation Scheme) utk staff yg lama. Namun, rasanyer pihak HR yg rata2 nyer suka MENYALAHGUNA, TIDAK ADIL dan MEMPERDAYA staff, mrk mahukan staff RESIGNED tanpa MERUGIKAN $$$ syarikat. Dgn memberikan “situasi” M3 – ramai yg kecewa, benci, marah yg akhirnyer menjadikan motivasi kerja menurun dan seterusnyer menjadi FAKTOR pengukuh utk manager “MENJUSTIFIKASI” M3 berkenaan utk CYCLE akan datang. (Dlm PETRONAS : Once PPA 3/M3 is always PPA 3/M3). Apabila staff malang terbabit dah “demotivated” pasti dier akan dgn SUKARELA berhenti. Ini telah kerapkali berlaku dan inilah yg pihak HR mahukan. KEJI sungguh siapa yg memberikan IDEA BANGSAT ini kpd pihak PENGURUSAN.

    Rudi Azman

    04/12/2011 at 7:19 pm

    • Saya amat bersetuju sekali En. Rudi. Dlm banyak2 org yg menjadi mangsa sistem ini, pasti ada yg akan mendoakan kehancuran kompeni. Ingatlah doa org teraniaya akan di makbulkan Allah… Cuma waktu shj yg akan menentukan bila detiknya akan tiba… Pada pendapat saya, kompeni bukannya x mampu utk offer vss. Tetapi lebih kpd utk menjaga maruah kompeni. Takkan lah kompeni yg paling gah dan glamour kat Malaysia ni pun nak buang pekerja… Dah tak ada duit ke?

      Zack

      05/12/2011 at 8:21 pm

  7. kalau offer VSS, kurang la duit nk salur kt poket2 kroni…PRU 13 dah dekat…paham2 je lah…kalau kt paling ATAS dah mcm tu…mmmm…guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari…Allah Maha Mengetahui & Maha Adil…

    As

    13/12/2011 at 9:41 pm

  8. saya juga mangsa M3, tekad amik CTO dan sekarang dah kluar. Benar apa alida cakap, satu pintu tertutup, satu pintu lagi terbuka. tgk dari segi positif, saya dapat buat apa yang saya nak buat dari sekian lama, tapi kt manusia, mmg tak boleh nak maafkan rasanya siapa yang aniaya kt. dan yang peliknya, manusia2 kat luar ni masih ingat petronas sangat gah, only the best of the best can join the company, which is totally ridiculous. Question to us ex petronas, kalau only the best can join the company, kenapa the worst system is practiced in Petronas?a thing to ponder. Maybe apa yang drg bagus buat adalah aniaya org and bagus puji diri sendiri dalam PPA. Ikhlas in Petronas??I would say most of Petronas employee mmg takde pun yang ikhlas-from my experience.

    azie

    15/12/2011 at 2:15 pm

    • well azie, from my experience ade manusia2 yg ikhlas yg menjadi rakan2 sekerja saya dulu…cuma segelintir je x ikhlas yg menyebabkn keadaan huru hara sesuatu department. rule of thumb – jaga lah perhubungan kita dgn Allah SWT & manusia, & Insya Allah, Allah akan menjadi hubungan manusia dgn kita..the most painful lesson that I hv learned from all this…kalau lah boleh diputar masa ke waktu silam, mahu saja berada dlm kerjaya yg menjadi ladang pahala yg besar seperti doktor & guru..hidup dlm suasana korporat yg bertunjangkn & berkiblatkn barat amat sukar utk menjauhi dosa…pergaulan yg bebas, aurat yg terbuka & kemungkaran di dpn mata/didengari di telinga…

      alida latifah

      26/12/2011 at 9:45 am

  9. Keluhan staff Petronas dalam internet…..

    Petronas, nice on the outside but rotten on the inside Fri, 16 Jul 2010 17:05
    From Young Engineer, via e-mail

    I read with interest your article on the state of the national oil company and would like to add more to it. As a staff of Petronas working as a frontliner, I would like to share my story as to what the actual situation is at Petronas right now.

    Petronas is like a fruit with nice skin but rotten inside. I have been working in Petronas for about two years now. Before this I was in UTP (University Technology of Petronas) and bonded to work with the company for 10 years.

    Before I joined, I had an imagined that my life would be secure and safe, unlike an uncertain future if I had worked outside in the Oil and Gas field.

    My first year of joining the company in 2008 was pleasant, it was a great journey but about a year and a half into it, it began to slide.

    The company started to implement rubbish regulations which affected the morale of most of the staff…like imposing Forced Ranking among its executive staff.

    The Forced Ranking was due to the fact that the government had taken a lot of dividends and was treating Petronas like its bank.

    The effect of Forced Ranking in Petronas was devastating, like half annual increments, half bonuses, discrimination among peers which affected the self-esteem of the staff.

    How would it feel to be labelled a ‘loser’ by using Forced Ranking rather than using the KPI.

    If you ask young Petronas engineers now, I think more than half would say they’d rather quit and join another company. They don’t have a sense of ownership or belonging in Petronas anymore.

    Jack

    21/12/2011 at 5:55 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: