Mohd Nasir Isa's Blog

Just another WordPress.com weblog

Realiti 3L/3M

with 2 comments

Apa kata kali ini kita baca sendiri keluhan hati sahabat kita yang sama-sama kecundang dengan sistem ini. Saya tertarik membaca ceritanya kerana inilah apa yang berlaku sebenarnya didalam kompeni yang terkenal dengan membuang masa paling kurang 3 bulan dalam setahun kerana untuk “menjayakan” sistem yang tak bertamadun ini. 3 bulan dihabiskan untuk membuat dan mengkaji puisi-puisi karangan pegawai2 dan boss2 kompeni.

Salam & Terima kasih semua kerana memberikan feedback positif. Izin kan saya berkongsi pengalaman saya di dlm kompeni sebagai pedoman kepada semua.

Saya sebenarnya bukan lah anak jati kompeni yakni bekerja dgn kompeni dari awal karier saya. Saya dtg drp sebuah MNC Engineering di luar sana dan masuk ke dlm kompeni setelah hampir 10thn bekerja di luar sana. Saya masuk ke dlm kompeni terus ke gred E2. Sewaktu saya mula menjejakkan kaki ke dlm kompeni, saya dpt merasakan sesuatu budaya yg pelik melihat tingkah laku org2 dlm kompeni. Apa yg di katakan pelik itu ialah, kebanyakan org2 dlm kompeni sebenarnya tidak bekerja. Mereka hanya berpura2 bekerja. Berbeza dgn tempat lama saya, org2 disana tidak perlu berpura2 bekerja kerana mereka memang ada kerja yg perlu di buat dan hasilnya boleh dilihat pada masa itu juga. Jika mereka tidak melakukan kerja, bermakna akan bertali aruslah panggilan telefon drp client ke meja boss.

Oleh kerana kompeni adalah owner, mereka tidak perlu melakukan semua itu kerana semua kerja telah di lakukan oleh contractor atau pun vendor. Itulah sebabnya bila tiba musim APP, maka pening lah kepala sekelian makhluk dlm kompeni mengarang ayat puitis dan gempak di dlm APP mereka utk di persembahkan kepada para boss2. Dan boss2 pula akan menghabiskan masa berminggu2 mentelaah dan membahaskan puisi2 indah yg di persembahkan kepada mereka. Dan kepada mereka yg pandai mengarang puisi2 indah dlm APP mereka, akan selamatlah mereka drp penyingkiran. Kepada mereka yg hanya tahu bekerja dan tidak tahu mengarang puisi indah, maka bersedialah ke pusingan kalah mati.

Saya telah bekerja dgn tiga buah MNC sebelum menyertai kompeni. Saya telah bekerja dgn US, Japan & Europe MNC. Tetapi tidak ada satu pun yg mengamalkan sistem yg membuang masa, tidak produktif dan tidak bermanfaat serta menggalakkan pilih kasih spt ini. Sewaktu saya mula2 mendapat tawaran drp kompeni, saya merasa sangat bangga kerana menyangka nasib saya akan terbela dgn lebih baik. Maklumlah kompeni kan di kuasai oleh “org2 kita” berbanding tempat lama saya yg 90% dikuasai bangsa asing. Tetapi jangkaan saya meleset sama sekali. Saya menerima padah yg jauh lebih buruk di dlm kompeni. Pada masa itu saya mula merasa menyesal kerana meninggalkan tempat lama dan menolak segala counter offer yg ditawarkan oleh tempat lama sewaktu saya berhenti dahulu. Namun dgn kehendak Allah, sewaktu saya mendapat M3 dan tiada semangat lagi utk bekerja, tiba2 saya mendapat panggilan drp bekas boss saya di tempat lama saya. Beliau bertanyakan khabar dan bertanya kpd saya jika berminat menyertainya semula kerana beliau menyatakan masih lagi mengharapkan jasa dan khidmat saya. Utk pengetahuan semua, bekas boss saya itu bukan lah “org kita”, dia ada lah bangsa asing. Saya tidak menyangka sama sekali bangsa asing di sebuah company yg di kuasai bangsa asing lebih menghargai saya drp kompeni yg di kuasai oleh “org2 kita”. Setelah bertemu dan berbincang, akhirnya saya bersetuju menyertainya semula. Saya terus menghantar notis meletak jawatan setelah rundingan saya dgn HR utk CTO tidak berhasil kerana alasan mereka ialah saya adalah M3 without PIP dan tidak layak utk CTO. CTO hanya utk mereka yang mendapat M3 with PIP atau pun PPA4. Kini saya telah kembali ke pangkuan rakan2 lama dan melakukan tugas sebaik mungkin tanpa perlu memikirkan APP dan M3 serta tidak memerlukan kemahiran ampu bodek utk berjaya. Saya hanya sempat bertahan selama 3 thn sahaja di dlm kompeni yg tampak gah di luar tetapi begitu teruk di dalam.

Sekian lah pengalaman saya. Semoga menjadi pedoman iktibar kepada yg lain.

Mungkin bagi sahabat saya diatas ini merupakan suatu pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakan dalam seumor hidupnya. Begitulah hebatnya sistem ini yang mengamalkan budaya “BEKERJA” selama 9 bulan dan “BERPUISI” selama 3 bulan lagi.

Jikalau sahabat2 sekalian ingin berkongsi pengalaman, silalah hantarkan “puisi” anda kepada saya untuk dibahaskan diblog saya ini.

Written by mohdnasirisa

30/11/2011 at 9:01 am

Posted in Uncategorized

2 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Salam En. Nasir. Benar, ini lah pengalaman terburuk saya sepanjang karier saya yg sudah lebih drp 10 thn ini. Saya tahu ramai lagi dlm sana yg mahu meninggalkan kompeni. Tetapi masih sayang dgn ke’glamour’an bekerja dlm kompeni. Dahulu saya pun begitu juga, tetapi akhirnya mengambil keputusan nekad setelah tidak tahan lagi dgn nasib yg tidak menentu hasil drp sistem tolol ini.

    Zack

    30/11/2011 at 8:52 pm

  2. Memang tak adil!!! Kalau pandai berpuisi, tulis berjela2, guna bombastic word, sanggup menipu, dll…. cerahlah masa depan dari yg pandai buat kerja tapi tak pandai berpuisi. Ikut lah sgt ‘consultant’ dgn sistem tolol ini.
    Setakat tak mendapat 2 boleh dimaafkan … tapi kalau dah di ‘bakul sampahkan’ sapa2 pun marah.

    Jack

    04/01/2012 at 5:55 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: