Mohd Nasir Isa's Blog

Just another WordPress.com weblog

Watak Pendukung 3M

with 2 comments

Setelah lama kita telah berbincang pasal sistem, apa kata kali ini kita cuba kupas pula tentang watak-watak yang mendukung dan menjayakan 3M ini.

Pada pandangan saya watak2 yang kita ingin kupas ini berkait rapat dengan rasuah. Apa tidaknya kalau tiada rasuah, maka soal pilih kasih tidak timbul langsung. Rasuah timbul dari beberapa bentuk, ada yang melibatkan wang ringgit, ada yang melibatkan kawan baik dan juga saudara mara, cronyism lah katakan. Disinilah timbulnya favoritism dan discrimination kepada orang2 bawah yang tak sebulu dengan boss.

Kompeni sangat bermegah dengan tendering system nya yang dikatakan “corruption-proofed” yang sedia ada digunapakai waktu ini. Sebenarnya dia orang tidak tahu bagaimana pegawai2 bawahan yang terdesak meminta rasuah memutarbelit sistem itu. Cuba lihat saja di bahagian memberi lesen, betapa susahnya pihak kontraktor untuk mendapatkan lesen baru atau nak memperbaharui lesen lama mereka. Dengar cerita dari kawan2 lama saya dari pihak kontraktor, setiap peringkat kelulusan terpaksa dibayar TOL dahulu sebelum file boleh berjalan, sehinggalah sampai ketahap kelulusan, ini adalah rahsia terbuka yang semua kontraktor sudah tahu dan tak perlu cerita panjang lagi.

Satu lagi rahsia terbuka bagaimana pihak kontraktor dapat tender besar2 ialah berapa banyak komisen yang akan “dipulangkan semula” kepada pegawai kompeni. Bukan kompeni, tapi individu dalam kompeni. Saya masih ingat lagi bekas pengurusan saya terpaksa membayar sub-con 60% lebih tinggi dari harga kontrak hanya semata2 untuk membiayai seorang budak gemok yg apabila beliau terbang kepulau itu, sub-con itu akan melayan dia seperti puteri gunung ledang. Pegawai ini mengambil balik komisennya melalui sub-con. Apabila meeting dengan dia, perkataan yang selalu keluar dari mulut dia ialah, kontraktor tak tau buat kerja, dia saja yang boleh membuat segala kerja dengan betul dan siap. Kalaulah budak gemok ini dah tau yg kontraktor tak boleh buat kerja, kenapa lantik kontraktor untuk buat kerja? kenapa kompeni tak suruh saja budak gemok tu buat saja kerja tu?

Oleh kerana budak gemok ini terlalu pandai menulis puisi yang kita bincang diposting yang lepas2 dan juga penjilat tegar boss2, maka dia dinaikkan pangkat ke SM tahun ini. Orang bawahnya juga, penjilat tegar kepada dia juga naik pangkat. Tapi yg ini malas masuk meeting, tapi oleh kerana baik dgn boss, maka soal tu diketepikan langsung, padahal sesi meetinglah penting dimana segala arahan perlu disampaikan kepada pihak kontraktor.

Jadi kesimpulannya, SAH lah bahawa corruption goes together with 3M.

Written by mohdnasirisa

06/12/2011 at 10:52 am

Posted in Uncategorized

2 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Assalamualaikum.
    Saya non-ex dikompeni ini rs masalah pentadbiran mengarut, gila kuasa atau menunjuk kuasa, bukan shj berlaku dikalangan ex, tp juga dikalangan non-ex. Saya ingin berkongsi pengalaman gila ini dgn anda semua.

    Saya ingin memohon pinjaman peribadi dgn koperasi. Diringkaskan cerita setelah saya menerima agreement letter, saya memerlukan t/t boss sebagai pengesahan mengatakan bahawa diri saya bersih dr sebarang tindakan yg blh menyebabkan dibuang kerja. Saya yg memang tidak mempunyai masalah disiplin dengan confident berjumpa dgn boss.

    Boss saya bertanya apa tujuan memohon pinjaman. Saya memberi 3 alasan (1) sebahagian saya ingin beri sedikit kpd isteri saya. Terpulanglah utk digunakan tujuan apa asalkan baik. Tp isteri saya bniaga kecil-kecilan mungkin digunakan utk tujuan tersebut. (2) sebahagian saya ingin stanby kerana mak saya sakit jantung. Mungkin ada keperluan perubatan yg memerlukan perbelanjaan lebih, saya sudah bersedia. Tp apa salahnya kalau saya blh beri rawatan yg lebih baik. (3) sebahagian lg saya ingin buat tambah2 simpanan. Itulah 3 alasan yg saya berikan kepada boss.

    Namun respon boss saya amat mengecewakan. Boss saya kata saya nk berniaga. Mgkn sbb alasan pertama saya. Namun itu hanya sebahagian kecil. Saya berulangkali menyatakan isteri saya yg berniaga kecil2lan, bukannya saya. Isteri saya hanya berniaga kain dan kerongsang. Saya tidak rs peraturan dlm COC begitu zalim. Saya menerangkan dgn lebih detail kpd boss saya. Salahkah isteri saya berniaga? Isteri orang lain juga berkerja tp mungkin ada majikan. Isteri saya juga berkerja tp sendiri. Dua2 pun berkerja cuma profension sj lain. Namun boss saya tetap tidak mahu t/t. Jika saya cuba timbulkan 2 lg alasan, boss saya akan cakap jgn tukar topik. Sedangkan itu alasan saya. Sebaliknya saya dilayan seperti pesalah, pengemis, dihina, diherdik dan ditengking tanpa sebab. Antara ayat yg saya tidak dpt lupakan dr boss saya, “saya tak dengki dengan awak, tp saya tak nak sign”, “nak berniaga konon…”. Setelah hampir sejam saya menahan telinga akhirnya saya dihalau keluar dr pejabatnya dengan hampa.

    Persoalan yg bermain diminda saya adakah seorang boss mempunyai hak mutlak menghalang kakitangan bawahannya membuat sebarang pinjaman walaupun kakitangan tersebut tiada sebarang masalah?

    Salahkah saya….

    Salahkah saya...

    12/12/2011 at 12:10 pm

    • Waalaikumussalam,

      Jawapan saya ada didalam posting terbaru saya yang keluar hari ini, terima kasih kerana berkongsi pengalaman dengan saya.

      mohdnasirisa

      12/12/2011 at 1:22 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: