Mohd Nasir Isa's Blog

Just another WordPress.com weblog

Bossy Konon

with 7 comments

Posting kali ini kita cuba memaparkan dan mengupas perangai orang yang berkuasa dalam kompeni. Pengalaman ini dikongsi oleh seorang sahabat Non-Ex untuk tatapan kita semua. Saya membuat posting ini kerana kadang2 tak semua orang menjengok dibahagian komen dari pembaca, jadi untuk kita tidak ketinggalan disini saya copy/pastekan cerita beliau untuk renungan kita bersama. Mungkin boss beliau ini tidaklah “besar” mana, tapi untuk seseorang itu naik dengan cepat didalam kompeni, perangai dan perasaan hati kering mesti ada didalam setiap boss yang ingin menunjukkan kepada orang bawahanya yg dia ini berkuasa penuh keatas mereka. Begini ceritanya:
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Assalamualaikum.
Saya non-ex dikompeni ini rs masalah pentadbiran mengarut, gila kuasa atau menunjuk kuasa, bukan shj berlaku dikalangan ex, tp juga dikalangan non-ex. Saya ingin berkongsi pengalaman gila ini dgn anda semua.

Saya ingin memohon pinjaman peribadi dgn koperasi. Diringkaskan cerita setelah saya menerima agreement letter, saya memerlukan t/t boss sebagai pengesahan mengatakan bahawa diri saya bersih dr sebarang tindakan yg blh menyebabkan dibuang kerja. Saya yg memang tidak mempunyai masalah disiplin dengan confident berjumpa dgn boss.

Boss saya bertanya apa tujuan memohon pinjaman. Saya memberi 3 alasan (1) sebahagian saya ingin beri sedikit kpd isteri saya. Terpulanglah utk digunakan tujuan apa asalkan baik. Tp isteri saya bniaga kecil-kecilan mungkin digunakan utk tujuan tersebut. (2) sebahagian saya ingin stanby kerana mak saya sakit jantung. Mungkin ada keperluan perubatan yg memerlukan perbelanjaan lebih, saya sudah bersedia. Tp apa salahnya kalau saya blh beri rawatan yg lebih baik. (3) sebahagian lg saya ingin buat tambah2 simpanan. Itulah 3 alasan yg saya berikan kepada boss.

Namun respon boss saya amat mengecewakan. Boss saya kata saya nk berniaga. Mgkn sbb alasan pertama saya. Namun itu hanya sebahagian kecil. Saya berulangkali menyatakan isteri saya yg berniaga kecil2lan, bukannya saya. Isteri saya hanya berniaga kain dan kerongsang. Saya tidak rs peraturan dlm COC begitu zalim. Saya menerangkan dgn lebih detail kpd boss saya. Salahkah isteri saya berniaga? Isteri orang lain juga berkerja tp mungkin ada majikan. Isteri saya juga berkerja tp sendiri. Dua2 pun berkerja cuma profension sj lain. Namun boss saya tetap tidak mahu t/t. Jika saya cuba timbulkan 2 lg alasan, boss saya akan cakap jgn tukar topik. Sedangkan itu alasan saya. Sebaliknya saya dilayan seperti pesalah, pengemis, dihina, diherdik dan ditengking tanpa sebab. Antara ayat yg saya tidak dpt lupakan dr boss saya, “saya tak dengki dengan awak, tp saya tak nak sign”, “nak berniaga konon…”. Setelah hampir sejam saya menahan telinga akhirnya saya dihalau keluar dr pejabatnya dengan hampa.

Persoalan yg bermain diminda saya adakah seorang boss mempunyai hak mutlak menghalang kakitangan bawahannya membuat sebarang pinjaman walaupun kakitangan tersebut tiada sebarang masalah?

Salahkah saya….
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Inilah masalah kita bila kita bekerja didalam kompeni yang dikuasai oleh “Orang Kita” yang berbangsa melayu dan beragama Islam. Umumnya Melayu ini mempunyai sifat2 berikut:
1. Hasad dengki/iri hati terhadap sesama kita – Boss akan berkata yg anak2 buahnya bodoh tak boleh buat kerja, itu pasal dia orang suka bagi staffnya 3M tu. Begitu juga staff melayu akan berkata yg bossnya pun bodoh juga, tu pasal boss asyik duduk kat gred yang sama, tak naik2.
2. Dendam – mesti ada pada melayu, sampai mati tak akan lupa dendam tu kerana kalau boss kita orang kafir, kita faham yang dia tu kafir, maka kita taklah sakit hati sangat. Tapi kalau melayu yang hentam kita, ya Allah sakitnya sampai ke tulang sulbi. Tak ingat dosa pahala lagi dah bila dia kerjakan staffnya.
3. Pijak kepala orang untuk naik keatas dengan cepat walaupun kawan baiknya sendiri.
4. Berpuak-puak dan kadang2 ikut negeri/sekolah lama boss, kalau sama negeri/sekolah maka cepatlah naiknya.
5. Segala sifat2 negatif ada pada melayu, anda boleh menyenaraikan lagi disini nanti.

Sehingga berjumpa lagi adios amigo, gracias
Wassalam

Written by mohdnasirisa

12/12/2011 at 1:25 pm

Posted in Uncategorized

7 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Jelas terserlah kelulusan PHD Boss “mangkuk” tsb. Apa masalah dia? Kalau pun taknak sign- ckp bebaik dan tolak, takpayah nak ceramah dan sakitkan hati org lain. Ingat- org2 dibawah anda akan menjadi TANGGUNGJAWAB anda di AKHIRAT kelak. Bersedialah menjawab SOALAN BONUS dari Allah SWT.

    Rudi Azman

    12/12/2011 at 10:24 pm

  2. Saya pernah diberitahu “bukan Tuhan bayar gaji kamu, company bayar gaji…”

    Alhamdulilah, sudah 4 tahun kerja line construction..

    Rezeki Tuhan beri.
    Percaya pada itu dan berikan terbaik dalam hidup
    Insyallah.

    firdaus

    13/12/2011 at 3:52 pm

  3. Saya sgt bersetuju dgn pendapat En. nasir… Bila kerja dgn Melayu ini lah masalahnya… Nak menunjuk kuasa, hasad dengki dsb nya… Saya sebelum masuk kompeni dan selepas keluar drp kompeni ni pun tak pernah dpt boss melayu… Semua nya bangsa asing dan org kafir… Tak ada pulak diorang teruk sampai mcm ni sekali…

    zack

    18/12/2011 at 9:57 pm

  4. Tiba2 teringat pula pasal cerita budak tajaan kompeni yg kahwin dgn gay dekat Ireland sana yang sedang heboh sekarang ni… Mungkin kah ini permulaan balasan Allah kpd kompeni setelah penganiayaan yg di lakukan oleh org2 yg berkuasa di dlm nya.. Mungkin ini cuma balasan kecil. Hanya nama kompeni yg tercalar sedikit dek perbuatan budak ini… Mungkinkah petaka yg lebih buruk akan menyusul? Hanya Allah yg maha mengetahui… Ingat lah, doa org2 yg teraniaya akan di makbulkan oleh Allah… Itu janji Allah…

    zack

    18/12/2011 at 10:11 pm

    • Ya.. Satu petunjuk, Terlampau memilih sangat. Interview nak best of the best of the best Tengok lah apa result yang dapat ! Konon nak yg terbaik, dinamik, value for money. Nah tengok…. ini tersangat memalukan.
      Sama jugak macam PPA jugak ..pilih punya pilih punya pilih, yang kaki corrupt, makan rasuah, penipu masih didalam lg in fact naik pangkat lg.
      Apa nak jadi…

      Jack

      02/01/2012 at 6:07 pm

  5. saya baru menerima buku terbaru COCD beberapa mggu lps. setelah saya menyemak buku tersebut beberapa kali dan jelas syarikat tidak pernah menghalang ahli keluarga terdekat kakitangan berniaga kecuali yg melibatkan syarikat.

    kakitangan atau ahli keluarga tdk blh menjalankan sebarang perniagaan yg melibatkan syarikat seperti kontraktor yg dilantik. sekiranya ini berlaku disebabkan perkahwinan maka kakitangan perlulh memaklumkan kpd syarikat dgn kdr segera.

    kakitangan tidak boleh terlibat dgn sebarang aktiviti luar yg mendtgkan faedah kpdnya seperti berniaga samaada fulltime atau parttime.

    jelas didlm COCD tidak ada menyebut ahli terdekat kakitangan tidak dibenarkan berniaga walaupun tiada kaitan dgn syarikat. yg tdk dibenarkan hanya jika melibatkan syarikat shj. jika tidak, tiada masalah utk berniaga.

    dlm kejadian yg berlaku boss ini telah bertindak diluar bidang kuasanya. tidak membenarkan staffnya memohon pinjaman peribadi kerana beranggapan staff tersebut ingin berniaga sedangkan wifenya yg berniaga. pinjaman tersebut adalah dgn koperasi yg diiktiraf berlesen dan tidk sepatutnya dihalang. boss tersebut bertindak seolah2 beliau adalah pegawai yg memberi kelulusan pinjaman.

    terima kasih.

    COCD

    01/01/2012 at 9:13 am

    • Terima kasih tefa_698, semoga komen anda ini dapat dibaca oleh kawan2 yang dianiayai dan dijadikan panduan untuk melawan balik hujah dari bossnya.

      mohdnasirisa

      01/01/2012 at 9:21 am


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: