Mohd Nasir Isa's Blog

Just another WordPress.com weblog

Makan Bawah Meja

with 2 comments

Apa kata kalau hari ini kita bincangkan pasal rasuah secara umum didalam pelbagai industri dinegara kita ini. SPRM ditubuhkan bertujuan untuk menghapuskan gejala rasuah ini.

Menghapuskan? Tak mungkin, itu mustahil sama sekali, tapi kalau mengurangkan sedikit mungkin boleh berlaku. Selagi negara kita ini didiami oleh berbagai-bagai manusia dari kalangan berbilang bangsa dan ugama, selagi itu rasuah MUSTAHIL dapat dihapuskan. Kalaupun negara kita ini dihuni oleh umat Islam keseluruhannya pun, tak mungkin rasuah dapat dihapuskan selagi setiap umat Islam itu tidak mengamalkan ajaran Islam yang sebenarnya, yakni setiap orang itu betul2 takutkan Allah. Selagi ada orang Islam yang hanya memakai namanya sahaja, selagi itu rasuah tidak dapat dihapuskan.

Berbalik kepada industri mana yang mengamalkan rasuah paling hebat didunia ini. Kita sering mendengar SPRM menahan berbagai2 ragam manusia diMalaysia ini dengan tuduhan menerima rasuah dalam berbagai2 bentuk dari wang ringgit, percutian diluar negara dan juga dalam bentuk suapan chinadoll. Hari2 kita baca dalam surat khabar, ada saja tangkapan dibuat seperti berita hari ini dengan tajuk besarnya “Suami bekas CEO IIB didakwa rasuah”. Itu baru tuduhan, belum dibuktikan bersalah lagi. Perbicaraan biasanya memakan masa berbulan2 lamanya dan jika disabitkan bersalah, maka akan dimasukkan kedalam Bamboo River Resort, SPA and Country Club.

Selalunya SPRM menyerang individu didalam sektor pentadbiran kerajaan dan industri2 diperingkat IKS (Industri Kecil dan Sederhana) saja, seperti industri perumahan dll. SPRM tidak pernah membuat pemeriksaan keatas industri besar seperti minyak dan gas dimana disinilah lubuk rasuah bermaharajalela. Selalunya yang kena tangkap itu orang Melayu dengan tuduhan beberapa juta ringgit paling besar hasil tangkapannya, seperti berita hari ini menyatakan bahawa rasuah bernilai RM1.6 Juta sahaja. Didalam industri minyak dan gas, rasuah sebegini hanyalah sebesar kuman sahaja.

Cuba bayangkan kontraktor besar2 terpaksa “Melabur” seberapa banyak yang mungkin untuk menang tender yang bernilai ratusan juta ringgit. Kalau kontraktor itu cuma memberikan RM1.6 Juta sahaja kepada pegawai2 kompeni, alamatnya melepaslah tender tersebut. Seperti kata nelayan kepada awak2nya, nak dapat ikan besar, mestilah umpannya besar juga. SPRM kena ingat, setiap peringkat didalam urusan industri minyak dan gas, ada tempat yang boleh dimanipulasi oleh bangsat2 penerima rasuah ini. Kontraktor terpaksa memberi rasuah kerana kalau dia tidak memberi maka dia tak akan dapat menerimanya. Setiap kontraktor ada “Budget” untuk tujuan rasuah ini. Jadi bilamana rasuah dapat dihapuskan? Parti2 politik sibuk mengatakan jikalau dia menang, dia akan menghapuskan rasuah ini, itu cerita dongeng yang selalu didendangkan. Pada hakikatnya gejala rasuah ini tidak mungkin dapat dihapuskan.

Saya mengharapkan agar pihak SPRM dapat memberikan perhatian yang lebih kepada industri besar ini untuk mengurangkan gejala rasuah, perosak bangsa dan agama ini. Sebenarnya pengamal2 rasuah ini biasanya kita lihat dari sifat luarannya biasa saje, sama seperti orang lain, baik dan warak raut wajahnya. Tetapi hakikatnya mereka2 ini mempunyai hati yang lebih kejam dari Iblis dan Syaitan.

Sebenarnya rasuah ini dapat dihapusnya hanya dengan ajaran Islam yang suci, ianya bermula dari rumah kita sendiri. Kita wajib mengajar anak2 kita supaya menjauhkan dirinya dari gejala ini. Jikalau ini berlaku, maka negara kita akan aman damai dan kita dapat hidup dengan sempurna. Saya juga mengharapkan supaya anak2 bangsaku yang telah menyeleweng ini kembali kepangkal jalan, bertaubat dan berjanji tidak akan membuat perkara ini lagi.

Jikalau tuan2 ada cerita2 yang hendak dikongsikan sila cadangkan dikotak komen blog ini.

Adios amigo, gracias
Wassalam

Written by mohdnasirisa

28/12/2011 at 12:57 pm

Posted in Uncategorized

2 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Satu perkara yg dpt saya kesan di blog ini. Blog ini kembali meriah di penghujung tahun. Yakni bersamaan dgn musim demam PPA. Mungkin di waktu ini ramai yg mengalami tekanan perasaan akibat penangan ppa dan tiada tempat utk mengadu melainkan melepas perasaan di blog ini. Tahniah en nasir kerana mewujudkan blog ini…

    Zack

    29/12/2011 at 9:29 pm

  2. Mungkin meriah dengan pihak dari ‘luar’. Yg didalam tu takde masa & tengah pening apa nak di tulis dalam ppa tu. Tunggu lah bulan 4 nanti barulah meriah lagi.

    Jack

    04/01/2012 at 6:04 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: