Mohd Nasir Isa's Blog

Just another WordPress.com weblog

Penutup Posting Tahun 2011

with 4 comments

Posting kali ini bermula dengan komen dari Zack: “Satu perkara yg dpt saya kesan di blog ini. Blog ini kembali meriah di penghujung tahun. Yakni bersamaan dgn musim demam PPA. Mungkin di waktu ini ramai yg mengalami tekanan perasaan akibat penangan ppa dan tiada tempat utk mengadu melainkan melepas perasaan di blog ini. Tahniah en nasir kerana mewujudkan blog ini…”

Terima kasih Zack.

Sebenarnya saya tak menyangka sama sekali blog saya ini dikunjungi setiap hari oleh pembaca2 dan menjadi terkenal dikalangan saudara semua sehinggakan blog ini menjadi begitu terkenal malahan menjadi igauan kepada penguasa ditempat saya bekerja dahulu. Untuk pengetahuan saudara semua, blog saya ini telah diharamkan ditempat kerja saya dahulu apabila penguasa tersebut telah memberikan arahan supaya pihak IT Department menyekat daripada dilayari oleh pekerja2 disitu kerana takutkan saya mendedahkan keburukan perangainya. Sebenarnya penguasa tersebut merupakan peminat nombor satu kepada blog ini juga kerana jikalau tidak, mana mungkin beliau tahu tentang kewujudan blog ini. Berita ini disampaikan oleh kawan2 sekerja dengan saya dahulu kepada saya setelah saya keluar dari situ dalam tahun 2010 dahulu apabila saya mengambil keputusan meninggalkan kompeni dengan mengambil COT walaupun offer yang terlalu sedikit diberikan kepada saya iaitu sebanyak 4 bulan gaji sahaja. Oleh kerana meluat dengan kejahatan penguasa tersebut, saya memberanikan hati juga dengan mengambil COT tersebut.

Memang benar, saya mewujudkan blog ini semata-mata kerana hendak melepaskan perasaan geram saya setelah tiada cara lain lagi bagi saya nak meluahkan perasaan saya setelah begitu kecewa dengan tindak tanduk penguasa disitu yang telah menghadiahkan 3M kepada saya walaupun boss saya sendiri tidak pernah meng”rate”kan saya dengan 3M. Ini ialah kerana prestasi saya dikalangan pegawai2 disitu adalah lebih baik dari mereka semua kerana setiap prestasi pegawai direkodkan didalam sistem komputer. Tetapi oleh kerana kejahatan beliau maka dia telah menunggang terbalikkan keputusan rekod tersebut. Saya mendapat maklumat ini dari Department Head yang menghadiri mesyuarat dalaman APP pada tahun itu. Beliau telah berdendam dengan saya sejak dari tahun 2007 lagi dimana pada tahun itu saya hendak diberikan rating 4 oleh penguasa tersebut tetapi telah disekat oleh CEO kerana tiada alasan bagi CEO tersebut untuk meng”endorse”kan cadangan penguasa itu setelah rekod komputer menunjukan sebaliknya. Pada tahun 2007 tersebut, mesyuarat untuk menentukan keputusan rating untuk saya sahaja telah mengambil masa 2 hari setelah CEO lama itu tidak berkenan dengan cadangan beliau dan akhirnya saya diberi rating 3. Ini membuatkan penguasa itu tidak berpuas hati dan terus berdendam dengan saya. Tetapi dendam beliau akhirnya terlaksana juga pada tahun 2010 kerana berlaku pertukaran CEO kepada kompeni saya dan CEO baru ini begitu dungu sekali dengan tidak menjalankan kerja rumahnya. CEO lama saya seorang KAFIR tetapi baik hati manakala CEO baru seorang ISLAM yang tidak ada belas kesihan kepada sesama Muslim kerana dia tidak mahu menyemak data didalam komputer untuk menentukan kesahihan maklumat yang diberikan oleh penguasa itu.

Manusia ini berperangai mengikut namanya. Nabi junjungan kita Muhammad SAW mengajar kita supaya memberikan nama yang baik kepada anak2 kita kerana dihadapan Allah nanti, kita akan dipanggil dengan nama kita seperti mana nama kita didunia ini, jikalau buruk nama kita maka buruklah nama kita disebut dihadapan Allah dan bilamana nama kita baik maka baiklah nama kita disebut nanti. Daripada kajian yang dibuat dan daripada pemerhatian saya, orang yang bernama buruk ini mempunyai sifat yang buruk juga. Begitulah dengan perangai penguasa tersebut, beliau mempunyai sifat2 pendendam, buruk sangka kepada anak2 buahnya yang tidak sehaluan dengannya. Bayangkan bagaimana beliau mengklasifikasikan kumpulan yang tidak sehaluan dengannya dengan panggilan “Kumpulan Syaitan” kepada kami 15 orang semasa beliau mula2 menjejakkan kakinya ditempat lama saya tersebut pada tahun 2005 dahulu. Nak tahu apa namanya? Namanya ialah ZALIM dan nama ini saya tidak akan lupakan sehinggalah dihadapan mahkamah Allah Rabbul Jalil di padang Mahsyar nanti.

Inilah cerita saya di posting saya yang ke 60 ini. Tak banyak, tapi mungkin dapat menyelami perasaan sesama kita yang senasib dan juga menjadi iktibar supaya kita terus waspada dengan mereka2 yang rakus dengan kuasa yang sedikit yang diberikan oleh Allah SWT. Ingatlah dihadapan Allah nanti “YOU ARE NOTHING” !!! Tak payahlah dibawa title GM ke, SGM ke, CEO ke, Presiden ke dihadapan Allah nanti kerana Allah tidak akan menilai title kamu tetapi menilai perbuatan kamu didalam menjalankan amanah kamu bersama2 dengan title tersebut. Jikalau dipanjangkan umor pun, selepas pencen nanti, tiada orang yang akan memanggil kamu dengan panggilan dan title itu lagi. Orang hanya akan memanggil kamu dengan nama EX sahaja.

Ditahun depan saya akan menceritakan pula bagaimana kawan boleh menjadi lawan saya semasa APP dilaksanakan. Tunggu posting yang akan datang.

Written by mohdnasirisa

31/12/2011 at 9:26 am

Posted in Uncategorized

4 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Terima kasih sekali lagi en nasir kerana memaparkan komen daripada saya… Seperkara lagi yg saya nampak ialah, setiap hujung tahun a.k.a musim APP ni… Ramai ex-company yg di nyahkan drp company dgn cara 3M akan menceritakan pengalaman mereka di masa lalu di dlm company. Saya faham perasaan anda semua kerana saya pun spt anda… Walau pun saya sudah blah drp company, tetapi bila tiba hujung tahun spt ini hati saya menjadi amat sakit sekali mengingat kan peristiwa saya di aniaya dgn 3M. Perasaan sakit hati, marah dan dendam dlm hati ini amat sukar sekali di hapuskan walaupun saya sudah tidak ada kena mengena lagi dgn sistem bangsat itu… Saya pun hairan mengapa jadi begini….

    Zack

    31/12/2011 at 10:01 pm

  2. To me tak menjadi masaalah untuk melepaskan geram didalam blog seperti ini. Ramai juga kakitangan meluahkan rasa hati di beberapa site lain spt. aduan rakyat, site pembangkang, forum dsb. Dipihak yg tertekan / terinaya perlu juga melepaskan apa yg terpendam. Daripada membiarkan ia tersimpan didalam dan menjadi tekanan eloklah releasekan sikit apa yang patut. Takut nanti kena sakit jantung… Kita bukan jenis mcm di barat, bawa kayu besball dan henyak boss secukup2nya. Kalau ada yg jenis tak ada masaalah dan sanggup memaafkan… memang saya tabik…or should we??

    Jack

    02/01/2012 at 5:51 pm

  3. M Nasir,

    Memang sedih dapat CTO. Sapa2 pun sedih.

    Tapi pernahkah Nasir terfikir, bahawa kompeni yg Nasir kutuk tu ada program pampasan utk staff yg kurang perform.

    Banyak kompeni yg lain tak bagi satu sen pun pada non performing staff.

    Bila baca posting2 Nasir, wow. Byk nyer dendam kesumat. Munkin ada baiknya kita muhasabah.

    Saya dah lebih 20 tahun ngan kompeni ni. Pernah dpt 4, 3B, 3, 2 dan mcm2. Ada ketikanya, ada rasa sedikit bias dlm PPA. Tapi sapa cakap dunia ni sentiasa adil. Berhentilah jadi ‘whiner’ dan jadi lah penulis blog yg positive.

    Fikir2 kan lah. ,

    Mat Andalusia

    08/01/2013 at 1:04 am

    • Kalau yer pon tulislah nama sebenar anda, supaya saya tau siapa penulisnya. Rasa tanggungjawab mestilah ada didalam setiap diri seseorang yg menganggap dirinya boleh memberi nasihat kepada orang lain. Saya bangga dgn nama yg diberikan oleh ibubapa saya dan saya tak pernah lupa memberikan nama saya kpd sesiapa yg saya menulis atau bercakap, sebab itulah saya tidak takut untuk memberikan nama sebenar saya di blog saya ini. Saya bertanggungjawab diatas setiap perkataan didlm tulisan saya.

      Terima kasih diatas kesudian anda memberikan komen tersebut.
      Ini cerita lama, saya dah lupa benda2 ini sehinggalah anda mengungkitkannya kembali.
      Sebenarnya saya bukan kutuk kompeni, tapi dulu saya kutuk ex-boss saya yg memanggil saya dgn nama SYAITAN hanya kerana saya tidak mau mengikutinya berjogging setiap hari ahad, dari situlah dia memendam dendamnya sehinggalah kepada masa PPA. Itu sahaja ketidakpuasan hatinya yg menyebabkan saya diberi M3.

      Orang luar kalau tidak tau cerita mestilah mengatakan yg saya ni mmg teruk, tapi apakan daya saya dianianya oleh ex-boss yg namanya sendiri pon ZALIM.

      mohdnasirisa

      08/01/2013 at 6:58 am


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: