Mohd Nasir Isa's Blog

Just another WordPress.com weblog

Bonus Terakhir?

with 14 comments

Dengar cerita, hari Jumaat lepas, 23/3/2012 merupakan hari terakhir kompeni memasukkan duit bonus kepada staff2 yang “mundur”. Kali terakhir ni, nampaknya kompeni memang bagi makan kenyang2 kepada staff2 yang tidak akan merasai lagi bonus pada tahun2 yang akan datang dan pada tahun ini, kompeni bagi bonus sebanyak 5 bulan, wow !!!

Jadi, pada tahun2 akan datang makin ramailah dikalangan staff2 yang akan menjadi munafik. Kalau tidak, tak merasalah lagi bonus. Kenapa saya berkata begitu? Sebabnya, mulai tahun depan, cuma staff yang mendapat merit sahaja yang akan merasai bonus, yang mendapat rating 3 kebawah cuma akan masuk angin keluar asap kata P Ramlee…

Cuba kita buat analisis sikit disini. Mungkin pada pemikiran kompeni, jikalau tak dapat bonus, maka semua staff akan bekerja dengan lebih gigih dan rajin lagi dan prestasi kompeni akan lebih mantap. Mungkin betul dan mungkin juga salah, kerana apabila staff yang kecewa setelah bekerja dgn gigih, dipandang sepi oleh boss2 masing kerana tidak sebulu dgn mereka, maka mereka akan berkata, buat apa aku kerja lebih? Boss takkan bagi aku merit, baik aku relax jer. Oleh kerana didalam kompeni, jumlah mereka yg mendapat merit cuma sedikit, maka prestasi kompeni mesti merudum jatuh. Jadi, tak heranlah jika sekiranya pada tahun depan untung kompeni merosot disebabkan faktor tak mendapat bonus ini.

Setelah tidak lagi mendapat bonus, mesti ada yg berfikir untuk angkat kaki meninggalkan kompeni dan menuju kenegara2 arab yg lebih makmur dari segi bonusnya. Tidak mustahil kompeni akan kehilangan ramai lagi staff2 yang produktif dimasa depan.

Gracias amigos.

Written by mohdnasirisa

25/03/2012 at 3:36 pm

Posted in Uncategorized

14 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. samalah kompeni sy tad dpt bonus.. baik saja engkau angkat kaki..

    Cik Nad

    27/03/2012 at 9:28 pm

  2. sorilah en nasir..tak meriah kali ni. Semua tengah kenyang atau sibuk nak pikir model apa nak ambik untuk kereta kedua, ketiga..atau nak pinang ina, ida ke iza as 2nd?
    cuba ada announcement tahun ni tak ada bonus…pasti berjela response.

    BTW tahun ni tak ada M3 / L3 kan?

    Tahniah to all

    Jack

    04/04/2012 at 5:45 pm

    • Bila duit masuk, orang lupa akan masa depan. Saya xpasti ada ke tak 3M tahun ini. Saya cuma menyampaikan saje berita dari kawan2 di sinun….

      mohdnasirisa

      04/04/2012 at 6:56 pm

  3. Zaman sekarang wang tak ada nilai, bonus cepat habis. Kena invest untuk masa depan. Kadang2 saya heran dengan org Petronas ada yg kakitangan bawahan/young engineers pakai kete lebih dari boss.

    Gen X

    07/04/2012 at 7:48 am

  4. Betul ke mcm tu? Kalau betul mcm tu, maknanya x ada apa2 keistimewaan lah kerja kat Petronas… Benefit pun byk yg dah di tarik balik… Masa saya nak terima offer drp Petronas dulu, benda2 ni lah yg bermain difikiran saya. Tapi kalau bonus tak ada dan M3 pun x ada, maknanya lagi teruk… Dulu kena M3 pun ada lah dpt jugak separuh… Ini org yg dpt 1 atau 2 sahaja dpt bonus? Jgn Petronas ni jadi mcm Perwaja sudah lah… Mula2 semua mewah… Staff semua gaji besar… Pakai kereta power2… La ni? Hidup segan mati x mau…,

    Zack

    09/04/2012 at 1:40 pm

  5. Encik Nasir. Tahun ini lagi teruk….M3 yg dulu tak seteruk mana kalau nak dibandingkan tahun ni kalau dapat 4 terus tak dapat apa-apa, tak ada CTO dah. Gigit kuku. Walaupun M3 dah tak ada, ada pulak 3H (high), 3S (solid), 3L (Low). 3L & 3M tu sama lah masuk dlm kategori 10%. Tahun depan bonus hanya berdasarkan performance yg didasarkan pada bell curve 30:60:10. Bell curve tu ok lagi tapi ranking sejak 2 tahun kebelakangan ini berdasarkan ‘technical know who’. Sape-sape yang suka ampu boss & yes man walaupun bukan utk kebaikan memanglah rating akan dinaikkan. Paling dahsyat cronyism ini dikalangan management, Hrm sendiri……kebolehan tak ada, kepimpinan tak ada, skill pun tak ada tapi sebab gang boss boleh dapat rating 2 walaupun result tak ada. Org yg kerja bagai nak rak tapi tak sibuk-sibuk ampu boss memang tak ada can utk rating 2 atau promotion.

    Ronan

    15/04/2012 at 7:21 pm

    • En Ronan, maka betullah seperti apa yang saya tulis diposting saya ini. Akan lahirlah segala manusia munafik yg menjilat boss mereka.

      mohdnasirisa

      15/04/2012 at 7:42 pm

    • Dasyat2…. Isk… Isk… Nampaknya x silap lah keputusan yg aku buat dulu utk chow drp company….

      Zack

      20/04/2012 at 10:31 pm

    • Betul ke mcm tu? Tapi saya baru jer sembang2 dgn member lama di Petronas… Dia kata bonus pun sama mcm dulu2 jugak… Tak tau ler betul ke tidak…

      Zack

      17/06/2012 at 7:07 pm

      • Dulu masa baru keluar bonus, dia orang cakap macam tu, tak tahu lah sekarang, mungkin dah tukar kot..

        mohdnasirisa

        17/06/2012 at 7:21 pm

  6. Tak mustahil akan datang rating 3 ke bawah kena potong gaji atau vss….. Company will run by these 2 & 1 fela/kroni boss/korup & other cikai jobs will be contract out. Ni akibat campur tangan luar….I am sure.

    Jack

    24/04/2012 at 6:02 pm

  7. Tapi kawan saya cakap tahu depan x tau lagi ler… Mungkin x dak bonus dah… Bonus ikut PPA… Tapi hanya satu yg pasti… CTO tiada lagi… Nak berhenti, sila kan…🙂

    Zack

    23/06/2012 at 12:41 pm

  8. Kalau pikir pasal bonus ni… Aku rasa baik kerja sendiri… Nak bonus 10 bulan ker… 20 bulan ker… Bonus tiap bulan ker… Usaha sendiri… Tak perlu nak harap ihsan majikan.. Tak gitu en nasir🙂

    Zack

    23/06/2012 at 12:50 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: