Mohd Nasir Isa's Blog

Just another WordPress.com weblog

PPA Datang Lagi – 2012

with 31 comments

Apa kategori anda yang akan dapat pada tahun ini, 3L atau 4? Saya harap anda semua akan dapat 1 atau 2 kerana kompeni yang sihat memerlukan mereka2 yang mempunyai emosi dan tahap kecekapan yang baik untuk memberi kecemerlangan kepada kompeni anda. Kalau anda dapat 3L atau 4, anda mungkin tidak dapat menjalankan tugas anda dengan sempurna dan prestasi kompeni anda akan menurun dan terus jatuh.

Bekerjalah untuk bangsa, negara dan agama anda, jangan sesekali anda makan rasuah kerana saya tahu masih ramai yang enggan meninggalkan perkara terkutuk itu.

Written by mohdnasirisa

05/11/2012 at 7:53 pm

Posted in Uncategorized

31 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Macam P. Ramle cakap…
    1 – kadang-kadang…
    2 – sedikit-sedikit…
    3 – baaanyak-banyak…
    4/3L – pasti ada… jadi bersedia lah… haha

    Errr… Mcm mana dgn kemelut pengambilalihan syarikat minyak Canada itu hari? Mungkin Allah tunjukkan sedikit ujian berkat doa org2 yg teraniaya….

    Zack

    12/11/2012 at 11:46 am

  2. kalau resign december dapat bonu ke bang?

    tevez

    20/11/2012 at 11:25 pm

    • Bonus ni adalah hak kompeni untuk menentukannya samada dia nak bagi ke tidak, jadi kalau ada rezeki dia bagi, kalau tak, takdelah. Tengok pada jawapan kompeni selepas anda menyerahkan surat resign tersebut.

      mohdnasirisa

      21/11/2012 at 6:34 pm

  3. Aku rasa… kalau nak resign, baik lepas dpt bonus lah… Kalau resign sebelum duit bonus masuk, alamatnya tipis lah harapan nak dpt bonus… Aku dulu pun resign lepas dpt bonus.. Duit masuk jer terus aku hantar surat resign… Kena hati2 sikit… Company ni memang suka khianati staff sendiri… Tak mcm company lain… Kalau kita layak dpt bonus dia akan bayar juga walau pun kita dah berhenti… Harap2 Allah tunjukkan lah balasan kpd org2/company yg banyak menganiaya pekerja2 nya….

    Zack

    23/11/2012 at 10:04 am

  4. Err… Sekarang ni M3/CTO ada lagi ker? Atau benda2 force ranking mengarut ni dah di mansuhkan?

    Zack

    23/11/2012 at 10:05 am

    • Daripada cerita org dalam, semua benda2 mengarut tu dah takde skrg, tapi saya masih lagi meraguinya..

      mohdnasirisa

      23/11/2012 at 10:36 am

  5. Betul juga tu… Tapi saya pun masih meraguinya juga… Sebab dengar2 3L tu masih ada lagi… Tapi tak tau ler apa akibatnya bila dpt 3L ni… Adakah ia sama akibatnya mcm dpt M3 saya pun kurang pasti…

    Zack

    23/11/2012 at 10:52 am

  6. 3L tu ada lagi ker? Apa akibatnya kalau dpt 3L? Adakah akibatnya sama mcm dpt M3?

    Zack

    23/11/2012 at 10:55 am

  7. M3/3L/ 10 % … Tahun penyingkiran ke tiada penyingkiran ni pada hemat kami patut diberi kepada yg cakap pandai kat atas2 tu… VP, EVp ke, konsultant, P dsb. Dia tak kena bolehlah pandai le nak buat/ inaya. Tak ada inovasi langsung, takde win/win.. Tak pikie ke periuk nasik org. Bukan yg kena m3 tak buat keja!! bahkan lagi banyak berjasa dari yg dapat 2.. tinggal tak mau banyak cakap aje. Ingat kampeni ni mcm maharaja lawak/ AF? Kalau dah tak appreciate staff jgn buat long service award, jgn bagi training, jgn bagi uniform dsb. Bagitau staff anda2 ni tak lama lagi akan dijadikan Contract Staff..habis cerita. Biar staff tak ‘attached’ dgn komoany kaparat ni. nak keluar anytime.

    Labu

    06/12/2012 at 12:02 pm

    • Sabar labu… Siapa yg kena pun semua sakit hati… Aku ni pun dah dekat dua tahun blah pun masih terasa sakit hati yg amat… Semoga Allah tunjukkan lah balasan pd mereka2 yg terlibat samada di dunia atau pun akhirat…

      Zack

      06/12/2012 at 8:27 pm

      • Betul tu… Ni dugaan yg hebat. Sakit hati tuhan saja yg tau. Company yg gah menjadi kebanggaan anak bangsa buat staff mcm sampah …. Sakarang naik meluat aku. Kita tengok le… Boleh tak dia mengatasi zaman kegemilangan koperat nie masa zaman takde M3 dulu tu! Kalau sama buat malu je. Sincere staff dah tak perlu. Yg penting pandai bodek, kabel besar, PPA writeup kena tiptop menipunya bukan main… Boss pulak dah tak turun padang… Biarkan mereka.

        Labu

        22/12/2012 at 11:12 pm

  8. tempat lama abg apa cerita? dengar macam bagus gilerr boss depa

    tevez

    09/01/2013 at 10:18 pm

    • Saya xkenal boss baru, jadi saya xboleh komen apa2 nanti buat dosa kering jer, hehehe.

      mohdnasirisa

      09/01/2013 at 10:51 pm

  9. abg nasir kerja kat mana sekarang? en zack dan en labu kerja sendiri ke?

    tevez

    09/01/2013 at 10:23 pm

    • Saya bekerja dari rumah sekarang, ada kerja ada gaji, xde kerja xde gaji lah jawabnya, kerja sendirilah katakan, tapi alhamdulillah setakat ini, kalau nak dibandingkan dgn org yg ada 15-20 tahun experience, saya rasa saya amat bersyukur sekali dgn Allah yg tidak putus2 memberikan rezeki kpd saya dan keluarga, Alhamdulillah.

      mohdnasirisa

      09/01/2013 at 10:54 pm

    • Saya kerja di tempat lama… Tempat sebelum saya join Petronas…

      Zack

      08/06/2013 at 5:14 pm

  10. lama tak de artikel baru. sibuk sangat ke? ade crite bonus tahun ni ke bang? betul ke 6 bulan?

    tevez

    29/01/2013 at 7:05 am

    • Masih belum ada idea lagi nak menulis, lagi pon cerita 3M ni dah agak basi kerana diorang dah cool it down. Cerita dah tak panas lagi dalam kompeni skrang.

      Pasal bonus, saya tak tau berapa bulan, tapi mulai tahun ni, cuma yg dapat 3A keatas sahaja yg ada bau bonus, 3B kebawah kempunan lah kot, itu saya baru dapat tau dari member yg menyampaikan melalui blog ini

      mohdnasirisa

      29/01/2013 at 12:59 pm

      • Salam, hanya untuk pengetahuan atas pertanyaan kalau dulu kita tertanya-tanya kanapa polisi2 pelik mcm M3 di jalankan di company ini. Bawah adalah jawapannya..seperti yg diduga.
        ———————————————————————————————————————–

        Keraguan dan kritikan pelbagai pihak berkaitan personaliti-personaliti yang dipertikaikan di sekeliling PM yang dikatakan menyumbang kepada prestasi buruk BN pada PRU13, terus kekal dalam keraguan tanpa sebarang penjelasan.

        1. Isu berkaitan peranan penasihat politik tiada respon.
        2. Isu kegagalan war room dan tuduhan berkaitan pegawai-pegawai ibupejabat UMNO yang dikatakan lebih mengutamakan “membuat duit” daripada membantu PM secara ikhlas dan jujur, juga tiada respon hingga kini.
        3. Isu Omar Ong yang dikatakan menjadi penasihat politik yang terbukti gagal dan menjadi penasihat hal-ehwal korporat PM yang melibatkan peranan Ethos Consulting dan McKinsey/APCO yang telah “mentiadakan” agenda melayu, juga tiada apa-apa respon dari PM.

        Banyak lagi isu lain berkaitan dengan “circle PM” terus kekal misteri tanpa penjelasan yang mampu menjernihkan semula pemikiran dan syak wasangka rakyat terhadap pentadbiran PM Najib.

        Pendekatan “tiada reaksi”, “degil dan liat” dalam senyap yang diamalkan di zaman Pak Lah terus berlarutan dalam pentadbiran PM Najib.

        Pendekatan menyapu sampah ke bawah tikar seperti ini sudah terbukti telah hampir membawa padah dalam 2 kali PRU, tapi pendekatan ini masih tetap juga diamalkan. 

        Omar Ong juga adalah di antara nama-nama tingkat 4 yang telah membusukkan nama Pak Lah, dan semua orang tahu dan mengakui nama ini adalah di antara nama-nama yang telah menyebabkan pentadbiran Pak Lah diselubungi pelbagai persepsi yang begitu buruk.

        Ramai menjangkakan apabila ayam mati, maka tungau pun akan turut mati. Tapi apa yang berlaku tungau ini semakin merebak, beranak-pinak, berjangkit-jangkit dan menular masuk hingga ke Petronas dan lain-lain GLC.

        Apa yang menyebabkan PM tidak boleh langsung membebaskan dirinya dari peranan dan cadangan Omar Ong? Kenapa PM “sangat takjub” dengan setiap cadangan yang dipersembahkan oleh Omar Ong ini? Apa rahsia di sebalik kehebatan manusia yang bernama Omar Ong ini?

        Petronas ini diwujud dan dibangunkan hingga ke tahap yang ada pada hari ini oleh manusia yang diberi tanggungjawab pada usia yang begitu muda, malah lebih muda dari Omar Ong. Mungkinkah Petronas ini juga akan dilingkupkan oleh orang yang diberi tanggungjawab pada usia muda? Siapalah Omar Ong jika mahu dibandingkan dengan Tengku Razaleigh yang menjadi arkitek dan perancang utama hingga Petronas tersenarai di dalam 500 fortune?      

        Pelbagai “corporate exercise” yang berlaku semuanya hanya menampakkan pemilikan bumiputera semakin “diluted”. Kombinasi gabungan dan peranan kumpulan neo-liberal dan anti-agenda bumi yang diketuai oleh pemegang authority Nor Yackob dan jaringan tungau-tungau yang sudah berselerak di EPU, PEMANDU dan GLC-GLC sudah menjadi “untouchable”. Malah Airasia sendiri pun sudah tidak boleh disentuh lagi. Kritiklah apa pun, Airasia tetap dengan gaya dan lagaknya memanipulasi pelanggan dan pemilik airport yang memberi hak dia mendarat.

        Tungau-tungau ini sudah jadi alien yang sukar dibendung. Bukan saja tidak boleh lagi dibendung, malah alien ini sudah mendatangkan ketakutan kepada penciptanya sendiri. Alien Tungau ini sudah diprogramkan otak mereka dengan otak neo-liberal dan anti-agenda bumi. Mungkin alien ini suatu hari nanti akan pandai cipta kod untuk membunuh inventornya sendiri.         

        Labu

        14/06/2013 at 4:49 am

  11. Salam tuan,

    tertarik membaca artikel tuan pasal force ranking system y diamalkan oleh “kompeni”. Sistem ini masih diguna pakai ke? bukan ape..saya dpt baru terima offer dari “kompeni” tersebut pd October 2013. Byk rakan-rakan seperti tidak menggalakkan masuk ke kompeni tersebut atas sebab sistem itu,

    Wonderer

    25/11/2013 at 4:10 pm

    • Waalaikumussalam tuan,

      Selagi ada “assessment system” untuk menilai prestasi anda didalam kompeni, selagi itulah ada force ranking untuk menentukan dimana anda akan dikategorikan dalam ranking prestasi anda semua. Cuma masa zaman saya dulu, force ranking ini digunakan untuk membuang pekerja, tetapi sekarang kompeni kekurangan pekerja kerana kehilangan ramai pekerja disebabkan pembuangan tersebut.

      Kekurangan pekerja menyebabkan kompeni menilai semula sistem tersebut dan sekarang kompeni tidak lagi membuang pekerja sebaliknya bagi pekerja2 yg “Kurang Memuaskan” prestasi mereka akan menerima imbuhan yg lebih ketara sedikitnya berbanding dgn mereka2 yg lebih “cemerlang” prestasi mereka. Disini anda akan menerima bonus yg amat kurang atau tidak menerima langsung apabila bonus dikeluarkan.

      Jikalau anda masih lagi menganggur, ada baiknya tuan terima offer dari kompeni, tapi kalau anda sudah ada pekerjaan, tak payahlah, duit bukan segala2nya. Hati anda akan lebih tenteram bekerja dgn kompeni yg lebih mementingkan pekerjanya. Kompeni ini cuma mementingkan bisnesnya sahaja. What is good for business is good for the company.

      mohdnasirisa

      25/11/2013 at 4:38 pm

  12. Petronas sekarang banyak ambik expat. India gaji 63ribu AED kat Dubai pun dia ambik kerja kat malaysia jadi SM engineering. Sanggup bagi orang luar kerja. Ex petronas staff sendiri merempat ke luar negara cari gaji besar

    Ex-petronas juga

    25/03/2014 at 1:24 am

    • Bukan sekarang je, sejak dari dulu lagi, sejak Petronas mula2 ditubuhkan lagi perkara ni dah berlaku. Kalau dulu, Petronas mungkin baru nak naik, jadi mgmt takut nak buat keputusan, so ambil expat untuk dijadikan kambing hitam. Tapi skrg, dah takde sebab untuk pakai expat lagi sbb org kita dah ada banyak pengalaman. Mungkin expat tu sedara diorang kot?

      mohdnasirisa

      25/03/2014 at 7:04 am

  13. Sekarang ni ada 3H (high), 3S (solid) dan 3L (low). Dulu 3A 3B 3C. Dulu kalau dapat 3B ni, memang gelap dunia. 3B ni macam hukuman.

    al hasil balik asal

    dulu salary grade 1 hingga 32. Gred 19, 20, 21… Alih-alih ada HR bodoh pergi tukar jadi E1 E2 E3. Lepas tu semua mangkuk tak cukup baligh naik E3 lepas 5 tahun kerja tapi tak tahu apa. Tukar balik jadi G1 G2 G3 G4 apa kebenda semua

    Al hasil balik asal

    Ex-petronas juga

    28/03/2014 at 7:50 pm

  14. forced ranking ni kompeni ketinggalan zaman saja yang masih buat

    Ex-petronas juga

    28/03/2014 at 8:52 pm

  15. Salam. Agak2 petronas akan buat vss x dlm masa terdekat ni dgn keadaan ekonomi negara sekarang?

    akismet-e5abb21624a281e982db213ee17c0fc7

    12/02/2015 at 7:23 am

  16. Salam tuan. Dgn keadaan ekonomi sekarang agaknya petronas akn buat vss x dlm masa terdekat ni?

    akismet-e5abb21624a281e982db213ee17c0fc7

    12/02/2015 at 7:26 am

    • Waalaikumussalam. Susah nak cakap krn hari ini, kita semua maklum bahwa syarikat2 minyak kekurangan kakitangan termasuk Petronas, jadi kalau bagi vss, maka lebih ramai lagi tenaga kerja baru diperlukan. Lagi pon skrg ni, pertukaran pucuk pimpinan sedang berlaku, maka saya rasa VSS tidak mungkin akan dikeluarkan tambahan pula presiden baru yg akan mengambilalih ada seorang yg lemah lembut.

      mohdnasirisa

      12/02/2015 at 7:42 am

      • Berita bonus terbaru.. Siapa dpt PPA 1 dpt 7 bln, PPA 2 dpt 5 bln, PPA 3H dpt 3 bln, PPA 3S dpt 2 bln.. PPA 3L & PPA 4 dpt 0 bulan.. 0 ok.. 0 bulan = RM0..

        Mcm ni kompeni bertaraf global champion? Yg 3L tu masih lagi PPA 3.. Paling teruk dlm sejarah!!!

        sheena

        22/03/2015 at 11:24 pm

      • Petronas is a business entity.

        mohdnasirisa

        23/03/2015 at 10:50 am


Leave a reply to mohdnasirisa Cancel reply